Saya Sayang Mak Saya

by mohdisa on January 5, 2010

Saya Sayang Mak Saya

Setiap insan di dunia ini pasti mempunyai ibu, emak, mama, mummy dan seangkatan dengannya. Jikalau korang tiada mak, baik korang gantung diri korang dekat pokok rambutan belakang rumah aku. Itu pun kalau korang jumpalah pokok rambutan tu.

Saya Sayang Mak Saya sudah semestinya satu perasaan yang tidak pernah lekang dari hati dan minda aku. Setiap masa aku akan mengingati mak aku, seorang insan yang amat penting dalam hidup aku. Seorang insan yang paling aku sayang. Begitu besar pengorbanan mak aku sejak melahirkan aku sehinggalah membesarkan aku. Setiap pesanan daripada mak aku pasti aku tidak lupa. Setiap masa juga aku merindui mak aku.

Itu sedikit cerita luahan hati kecil aku, sejak aku tidak tinggal sebumbung dengan mak aku. Bukan aku lari dari rumah ya. Sebab aku belajar dan ingin hidup berdikari tanpa menyusahkan mak aku. Aku meninggalkan rumah sejak dibangku sekolah lagi, sejak tingkatan 4. Masuk asrama, kemudian tamat sahaja sekolah aku melanjutkan pelajaran ke Politeknik Ungku Omar, Ipoh. Sudah semestinya aku duduk rumah sewa. Tamat sahaja pengajian di politeknik, aku dapat sambung pelajaran ke Universiti Malaysia Perlis (UniMAP). Lagi jauh dari mak aku.

Sejak aku memasuki UniMAP ni, lagi jaranglah aku pulang ke rumah. Mana tidaknya, dahlah jauh. Bas daripada Kangar ke Taiping mana ada, terpaksa naik bas lompat-lompat. Daripada itu, aku mulai sedar bertapa pentingnya mak dalam hidup aku. Dialah menjaga makan dan minum aku sebelum ini, dialah menyiapkan segala keperluan aku sebelum ini. Bila sudah berjauhan, barulah aku mengerti bertapa besarnya pengorbanan seorang ibu kepada anaknya.

Aku berasa amat bersyukur kerana sehingga saat ini, mak aku masih ada. Ada sewaktu aku amat memerlukan, ada sewaktu aku senang. Ada sewaktu aku susah. Kerana kasih sayang seorang ibu adalah berpanjangan, haiwan pun pandai menyayangi anaknya inikan pula manusia.

Oleh itu aku ingin berpesan kepada korang semua dan diri aku sendiri, hargailah mak kita selagi dia masih ada. Jangan sesekali menyakiti atau melukai hati mak kita. Yang paling penting sekali, jangan derhaka kepada mak kita. Bak kata pepatah, “Syurga di bawah telapak kaki ibu.” Renung-renungkanlah, selamat beramal. :-)

Nota Comel: Entri ini aku tulis setelah melihat rakan sekelas aku memakai t-shirt yang bertulis “SAYA SAYANG MAK SAYA” (Teringat pula kepada mak aku :? )

Popularity: 35% [?]

Luth Textile All In One Lowlucky [dot] com SponsoredTweets referral badge

Related Posts

  1. Hari Bapa?
  2. Kawan Makan Kawan?
  3. Sudah Kembali?
  4. UniMAP Menghalang Para Pelajar Mengakses MalaysiaKini?
  5. Daftar Subjek

Dapatkan update segera dengan melanggan feed saya melalui RSS atau terus ke Email anda. Jangan lupa follow saya di Twitter juga.

{ 3 trackbacks }

uberVU - social comments UNITED STATES
January 5, 2010 at 5:43 pm
IMCurtain.com MALAYSIA
January 5, 2010 at 5:57 pm
negaraku.net MALAYSIA
January 5, 2010 at 10:28 pm

{ 44 comments… read them below or add one }

1 pak long MALAYSIA Google Chrome Windows January 5, 2010 at 5:11 pm

salam…
memangkan kalau jauh terkenangkan mak…..ishhh bab ni rasa sebak jugak..pak long pun pernah rasa cam tu…..dok keja kat klate…lagi jauh nak balik selinsing..
apapun..mak ada segalanya..buat la jasa tumpang dia masih ada…
salam ingatan..
pak long´s last blog ..Hikayat Menda Ajaib My ComLuv Profile

Reply

2 mohdisa MALAYSIA Mozilla Firefox Windows January 5, 2010 at 5:28 pm

wslm
betul tu paklong, selagi dia masih ada
mmg patut kita berjasa kepada dia
jaga hati dan perasaan
pulang ziarah selagi dia masih ada
walaupun jarang, jji pulang
sebak rasanya mengenangkan dia

Reply

3 joegrimjow UNITED KINGDOM Mozilla Firefox Windows January 5, 2010 at 5:12 pm

kat mana nak dapat tshirt camtu?
stylo kot

sayang mak juga

Reply

4 mohdisa MALAYSIA Mozilla Firefox Windows January 5, 2010 at 5:29 pm

kat malaysia banyak je bro, ko kat mana?

Reply

5 Zul MALAYSIA Mozilla Firefox Windows January 5, 2010 at 5:22 pm

mak kita nieh mmg pengorbananya mulia sesangat…
manakan tidak… hampir separuh hidupnya untuk menjaga kita..
sihat, sakit, kaya atau miskin…
kasih sayangnya x pernah berkurangan, tapi makin bertambah..
Zul sayang mak zul..
thankz mak!
Zul´s last blog ..Sepucuk Surat Cinta My ComLuv Profile

Reply

6 mohdisa MALAYSIA Mozilla Firefox Windows January 5, 2010 at 5:31 pm

betul tu zul, pengorbanan dia terlalu besar buat kita semua
menjaga, membelai, mendidik, ada ketika susah dan senang
sayang mak aku!!!

Reply

7 Si Naga MALAYSIA Mozilla Firefox Windows January 5, 2010 at 5:29 pm

aku sayang mak aku juga..
Si Naga´s last blog ..Azam Tahun 2010 My ComLuv Profile

Reply

8 mohdisa MALAYSIA Mozilla Firefox Windows January 5, 2010 at 5:32 pm

ada bro jaws, hehe. :)

Reply

9 eiyda MALAYSIA Google Chrome Windows January 5, 2010 at 6:47 pm

saya pon sayang umi saya sangat2…
pengorbanan dia yg xkan saya lupakan sampai bila2..huhu..
eiyda´s last blog ..~eiyda :: heppy BeDay To Me~da makin TUA..hakhak My ComLuv Profile

Reply

10 mohdisa MALAYSIA Mozilla Firefox Windows January 5, 2010 at 6:52 pm

ye cik eiyda, semoga Allahh merahmati umi awk yerk. amin

Reply

11 wan2911 MALAYSIA Mozilla Firefox Windows January 5, 2010 at 7:24 pm

uwaa….i luv my mom so much3..
nasib baek aku da abes study ni keje tak jauh sangat,
boleh la jgak balik 2 minggu skali.
wan2911´s last blog ..Result Contest! My ComLuv Profile

Reply

12 mohdisa MALAYSIA Mozilla Firefox Windows January 5, 2010 at 7:37 pm

Alhamdulillah, kalau dekat senanglah nak jenguk org tua kita. Aku juga belum tentu nasib aku dapat keje kat mana nanti. Maklumlah, kat Taiping aku nak keje apa. Paling dekat pun mungkin Ipoh atau Penang.

Reply

13 ayong_qiela MALAYSIA Google Chrome Windows January 5, 2010 at 7:40 pm

i love my mama so damn much. hari2 surely call her, and borak skit2. klu boleh spent time kat bf, why not spent time kt parents kan? hehe. ^____^
ayong_qiela´s last blog ..mama is my sister? My ComLuv Profile

Reply

14 mohdisa MALAYSIA Mozilla Firefox Windows January 5, 2010 at 7:43 pm

betul tu, jgn duk sibuk dengan bf jerk. smpi lupakan parents kita. hehe

Reply

15 ayong_qiela MALAYSIA Google Chrome Windows January 5, 2010 at 7:54 pm

heheh. tahu takpe. kena pentingkan both. yeay!
ayong_qiela´s last blog ..mama is my sister? My ComLuv Profile

Reply

16 mohdisa MALAYSIA Mozilla Firefox Windows January 5, 2010 at 8:13 pm

betul2, tp jgn sisihkan kawan pula. :)

Reply

17 ayong_qiela MALAYSIA Google Chrome Windows January 5, 2010 at 10:18 pm

insyaALLAH, tak. bahagikn masa seeloknye..
ayong_qiela´s last blog ..mama is my sister? My ComLuv Profile

18 azizan4444 MALAYSIA Google Chrome Windows January 5, 2010 at 8:14 pm

bile ckp tentang mak..opkos semua org syg mak die…aku pon same..syg gak mak aku..hehe
tp perasan x kite, mase duk jauh drp mak rase rindu mmg kuat,rase cm nk kol ari2 n nk manja2 dgn mak kita. tp bila ada dekat perasaan nk manja tu da berkurang,kdg2 mak mntk tlong pon kite mengeluh…hehe..aku kdg2 ada gak cmtu..
azizan4444´s last blog ..Jangan Salahkan Orang Lain Untuk Menutup Kelemahan Sendiri My ComLuv Profile

Reply

19 mohdisa MALAYSIA Mozilla Firefox Windows January 5, 2010 at 8:39 pm

tahu takpa, itulah lumrah manusia. bila yg ada depan mata wat endah tak endah jerk. bila dah tiada, barulah nak menyesal. tambah org yg paling kita syg. bab mengeluh tu, normal lah bg aku. aku pun kadang2 camtu gak. :)

Reply

20 mohdisa MALAYSIA Mozilla Firefox Windows January 5, 2010 at 10:34 pm

@ayong_qiela
baguslah kalau camtu. :)

Reply

21 blinkky MALAYSIA Mozilla Firefox Windows January 5, 2010 at 10:38 pm

Saya pun sayang mak saya….Ni nak buat balik kampung ni =)
blinkky´s last blog ..Free Arcade Script My ComLuv Profile

Reply

22 mohdisa MALAYSIA Mozilla Firefox Windows January 5, 2010 at 11:13 pm

balik blinkky, jgn tak balik. hehe

Reply

23 zool MALAYSIA Mozilla Firefox Windows January 5, 2010 at 11:19 pm

Ye sayangilah ibu sementara dia masih ada.. byk pengorbanannya yang takkan mampu dibalas
zool´s last blog ..Mangga Melaka Delight My ComLuv Profile

Reply

24 mohdisa MALAYSIA Mozilla Firefox Windows January 6, 2010 at 4:35 pm

betul tu bro, insyaAllah. sy ingin menjaga mak sy suatu hari nnt.

Reply

25 Mr.Bintang MALAYSIA Google Chrome Windows January 5, 2010 at 11:36 pm

saya sayang mak saya juga.. hehehe…

Reply

26 mohdisa MALAYSIA Mozilla Firefox Windows January 5, 2010 at 11:54 pm

saya sayang mak saya juga yerk, si dia tak sayang ke?

test tgk email ko. ada tak notification?

Reply

27 Mr.Bintang MALAYSIA Google Chrome Windows January 6, 2010 at 12:00 am

si dia pun sayang jugak.. sayang sangat².. hehehe..

x dpt pun weh.. cam aku gak td.. memula pasang mmg lmbt nk dpt.. hehe.. try le balas lagi.. haha.. :P

Reply

28 mohdisa MALAYSIA Mozilla Firefox Windows January 6, 2010 at 12:03 am

haha, member2 ko tak sayang ke?

ni aku reply lg, dapat tak?

Reply

29 Norman Hakim MALAYSIA Mozilla Firefox Windows January 6, 2010 at 12:00 am

baguslah kalau mcmni. semoga Allah merahmati mak awk ya. :)

Reply

30 mohdisa MALAYSIA Mozilla Firefox Windows January 6, 2010 at 12:04 am

InsyaAllah, mudah-mudahan begitulah hendaknya. Amin

Reply

31 mohdisa MALAYSIA Mozilla Firefox Windows January 6, 2010 at 12:20 am

test your reply. :P

Reply

32 si ferret MALAYSIA Mozilla Firefox Windows January 6, 2010 at 1:27 am

aku br je terharu td, tgk ibu aku baring penat blk dr keje. bersalah plak aku xjumpe keje lg ni -___-
si ferret´s last blog ..Bagaimana Lady Gaga ajar aku blogging My ComLuv Profile

Reply

33 mohdisa MALAYSIA Mozilla Firefox Windows January 6, 2010 at 1:35 am

erk, tahu pun. aku pun belum tentu ada keje ke tak nanti. ades

Reply

34 bloginformasi FINLAND Opera Windows January 6, 2010 at 7:57 am

Bila bercakap bab kasih ibu ni teringat lagu Aris Ariwatan.

“Dua sayang berpanjangan, membawa ke syurga kasihnya ibu…”

Sekarang bro di UniMap lagi atau dah habis belajar? Kalau dok belajar UniMap lagi scorelah 3 pointer ke atas senang nak apply biasiswa jadi lecturer UniMap. Saya kenal dua tiga orang yang UniMap sponsor buat Master dan PHD di luar negeri. Istimewa tu sebab kebanyakan universiti lain kat Malaysia hanya sponsor student ke luar negeri untuk study peringkat PHD saja.

Lepas tu bolehlah balas jasa ibu ayah yang membesarkan. ;)
bloginformasi´s last blog ..Facebook Lebih Membuang Masa Berbanding Blogging My ComLuv Profile

Reply

35 mohdisa MALAYSIA Mozilla Firefox Windows January 6, 2010 at 8:34 am

aha, sekarang ni masih belajar di UniMAP. semester akhir, insyaAllah untuk score balik 3 pointer tu. tapi biasalah, usaha kena lebih lagi. betul tu, UniMAP merupakan satu-satunya menghantar tenaga pelajar sambung belajar ke luar negeri. byk pensyarah yang keluar negara setelah mengajar di UniMAP.

Reply

36 JMR MALAYSIA Mozilla Firefox Windows January 6, 2010 at 12:44 pm

aku pon sayang mak aku..mak aku je faham aku camner…
JMR´s last blog ..BLogger?? Sapa tu? My ComLuv Profile

Reply

37 mohdisa MALAYSIA Mozilla Firefox Windows January 6, 2010 at 4:37 pm

tahu takpa, sampi susah hendak sembunyikan sesuatu dari mak kita.

Reply

38 Adney MALAYSIA Mozilla Firefox Windows January 16, 2010 at 8:31 pm

aku pun sayang kat mak aku sesangat.. huhu.. muahhh kat mak aku.. hehe

Reply

39 mohdisa MALAYSIA Mozilla Firefox Windows January 16, 2010 at 9:25 pm

haha. sapa tak sayang mak oi. hehe

Reply

40 Aelfi MALAYSIA Mozilla Firefox Windows January 18, 2010 at 2:29 am

salam bro.ada hal skit nak tanya.bkn berkaitan dengan entry nih pun.hehe
kalau nak blogspot nak bertukar ke wordpress boleh tak?
saya nak tukar domain tapi kurang pasti sama ada nak terus stay dengan blogspot.

Reply

41 mohdisa MALAYSIA Mozilla Firefox Windows January 18, 2010 at 3:30 am

boleh jerk, yang paling penting ada hosting sendiri. pastu semua entri dan komen dari blogspot boleh import. search dalam blog aku ada berkenaan dengan pemindahan entri dan komen ke wp. mudah jerk. :)

Reply

42 mohdisa MALAYSIA Mozilla Firefox Windows January 18, 2010 at 3:33 am
43 Aelfi MALAYSIA Mozilla Firefox Windows January 19, 2010 at 1:21 am

tq bro :D
Aelfi´s last blog ..Polaroid hebat sangat ke? My ComLuv Profile

Reply

44 mohdisa MALAYSIA Mozilla Firefox Windows January 19, 2010 at 1:36 am

sama2…takda hal lah. perkara kecik jerk.

Reply

Leave a Comment

You can use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv Enabled

Previous post:

Next post:

[close]