Misi Memenangi RM13000 telah pun tamat pada 23 Januari 2010 yang lalu, iaitu kejohanan 1st USM Open Relay yang berlansung di Kompleks Sukan Universiti Sains Malaysia. Ini merupakan kejohanan lari berganti-ganti pertama umpamanya di Malaysia yang menawarkan hadiah keseluruhan sebanyak RM13000.
Banyak pengalaman dapat ditimba melalui kejohanan sebegini, aku belum pernah berlari dalam acara 4×200m. Ini memberi pengalaman yang agak berbeza berbanding berlari untuk acara 4×100m. Dalam acara 4×200m ini, team aku telah mendapat pingat gangsa tewas kepada UPSI (emas) dan UiTM (perak). HIDUP BERANI UNTUK GAGAL katakan. Jom lihat petikan dari Laman Web Rasmi UniMAP.
Pasukan olahraga pelajar UniMAP telah menyertai kejohanan 1st USM Open Relay 2010 di Kompleks Sukan USM pada 23 Januari lalu. UniMAP yang diwakili oleh pelajar-pelajarnya menyertai enam acara dalam kategori Institusi Pengajian Tinggi (IPT) iaitu 4×200m (lelaki dan wanita), 4×800, (Lelaki dan wanita) serta Medley (200m+200m+400m+800m lelaki dan wanita).
Bagi kategori wanita, UniMAP mendapat tempat keempat dalam dua acara yang disertai iaitu 4×200m dan medley manakala pingat gangsa bagi acara 4×800m. Bagi kategori lelaki pula, UniMAP telah berjaya meraih pingat bagi ketiga-tiga acara yang disertai iaitu gangsa bagi acara 4×200m, manakala pingat perak dalam acara 4×800m serta pingat emas bagi acara medley.
Naib Cansleor UniMAP, Brig Jeneral Dato’ Profesor Dr. Kamarudin Hussin berkata, kejayaan itu merupakan sesuatu yang tidak dijangka memandangkang pasukan olahraga pelajar UniMAP baru sahaja dibentuk penghujung Disember lalu.
“Kesemua pelajar ini masih belum mempunyai pengalaman yang luas, dan kebanyakkan daripada mereka hanya mempunyai pencapaian sukan di tahap daerah sahaja. Selain itu, pasukan ini juga baru mula menyertai latihan bersama-sama sejak awal Januari yang lalu,” katanya.
Kamarudin berkata, pencapaian ini sememangnya membanggakan memandangkan UniMAP berjaya memenangi pingat dalam empat acara daripada keseluruhan enam acara yang dipertandingkan.
Menurut beliau lagi, pihak pengurusan UniMAP juga akan terus memberikan pendedahan kepada pelajar-pelajar selepas ini sebagai persiapan untuk menghadapi Sukan MASUM yang dijadualkan bulan hadapan.
“Sememangnya sukan telah menjadi sebahagian daripada budaya warga UniMAP, dan saya akan terus memberikan sokongan penuh untuk staf dan juga pelajar melibatkan diri dalam bidang sukan,” katanya lagi.
1st USM Open Relay merupakan penganjuran aktiviti lari berganti-ganti pertama umpamanya di Malaysia. Sebanyak 17 acara dipertandingkan keseluruhannya membabitkan lima kategori iaitu kanak-kanak 12 tahun ke bawah, pelajar 19 tahun ke bawah, IPT, Terbuka dan Veteran.
Pemenang tempat pertama memenangi pingat dan wang tunai bernilai RM160, tempat kedua memenangi pingat dan wang tunai RM130 manaka tempat ketiga memenangi pingat dan wang tunai RM110.
Hadiah kepada pemenang disampaikan oleh Naib Canselor USM,
Prof. Tan Sri Dato’ Dzulkifli Abdul Razak.
Kuartet 4x200m UniMAP
Ini merupakan pencapaian yang baik bagi aku, walaupun baru mula berlatih pada hujung Disember 2009 yang lalu. Kami mampu bersaing dengan jaguh-jaguh dari universiti lain. Tidak sabar rasanya untuk bersaing dengan jaguh-jaguh dari UPM yang kebanyakannya dibarisi oleh altet kebangsaan pada kejohanan olahraga MASUM Februari 2010 nanti. Ini juga tersenarai dalam cabaran aku pada tahun ini.
KEPUTUSAN: UniMAP
1) Acara 4×800m – Pingat Gangsa Perempuan
• Nurfaizah bt Azaman
• Chandrika Gopalakrisnan
• Norhazawani Bedah
• Shantiya Peremal
• Suraya bt Idris2) Acara 4×200m – Pingat Gangsa Lelaki
• Then Yong Yee
• Mohd Adham Awang Kechek
• Mohd Hafiz Samat
• Mohd Isa Ahmad Azan
• Afiq Shazuan Mokhtar3) Acara 4×800m – Pingat Perak Lelaki
• Vasanthan Maruthapillai
• Muralli Elanko
• Hazwan Hasnol
• Theban Raj Arumugan
• Mohd Nasoha Mohd Yusof4) Acara Medley – Pingat Emas Lelaki
• Then Yong Yee
• Mohd Hafiz Samat
• Vasanthan Maruthapillai
• Theban Raj Arumugan
• Hazwan Hasnol
Popularity: 37% [?]
Related Posts
- Tiga Emas Dua Rekod
- UniMAP Ungguli Kejohanan MTUN Sports Meet 2009
- MTUN Sport Meet 2009 Melabuhkan Tirai
- Wang Tunai RM13000 Untuk Dimenangi
- Karnival Sukan MTUN Kali Ke-2
Dapatkan update segera dengan melanggan feed saya melalui RSS atau terus ke Email anda. Jangan lupa follow saya di Twitter juga.

![Lowlucky [dot] com](http://lowlucky.com/photos/low-lucky.gif)















{ 1 trackback }
{ 34 comments… read them below or add one }
hebat2. tahniah.
oklah tu. at least ada something
ariff´s last blog ..Memperkenalkan Apple iPad
thanks bro, alhamdulillah. dapat juga merasa.
Tahniah..laju gak hg lari.
blh gak kita 100m kat pangkalan asam.
gambar hg tepi sebelah kiri tu kan.
nnt jumpa klo x segan ak tegur.hehe
Wan perlis´s last blog ..Blog – Komunikasi Yang Berkesan dan Pantas
hoho, boleh jerk. pangkalan asam watpe. meh kat stadium utama la. aku tiap2 petang ada sana. hehe
tegurlah, aku bukan makan orang pun.
tahniah is….kan ein dh ckp, camne pun is akn dpt gak bw blk pingat kan….
hehe, ni baru sesi panas badan la. MASUM yg is nak…ades
insyaallah…ein doa kan…rjn2 turun training…up kan stamina lg ok
thanks ein.
ehem2..mcm ku kenal je artikel nih……haiii tak mintak izin nih…
hahahahah
k su´s last blog ..am so PROUD…bangga Gilos………….
hehe, kan dah di kreditkan tu. bwek…
hahhaha…. plagiarised content detected.. gurau jer
Frantz-Senpai´s last blog ..Build your own server
cewawa kuat sukan upenyer en.Is ni..haha..neway congrate!
eiyda´s last blog ..eiyDa :: Banyaknyer Kaki::
hehe, mana ada kuat…biasa jerk. anyway, thanks cik eda.
hahhaha…


aku merupakan salah seorang penjaga masa korang semua…
huhuhu…
tp aku timing tuk pemenang ke5 ler…
yg awal2 nih bg orfg len jer…
baby´s last blog ..SeLaSa, RaBu N KhAmIs
oic…tak pasan la plak…napa ambik no.5 nyer. hehe, tak bagus betul.
tau xpe…
aku yg jd time keeper nih pun dah penat..
terutama nk tugu yg no5 lepas lari…
tension giler…
dah tu sapa nk amek time tuk pemenag no5 kalu bkn aku..
huhuhuhu…
baby´s last blog ..SeLaSa, RaBu N KhAmIs
haha
ala cian nyer
len kali jaga no 1 nyer
cpt skit
Tahniah …HIDUP BERAN UNTUK GAGAL..next time mesi lagi hebat ni
denaihati´s last blog ..5 hari di Cambodia yang menyentuh hati
InsyaAllah, kena rajin berusaha lagilah jawabnya.
tahniah bro,majulah sukan untuk negara dan blog
hehe, thanks bro. sukan untuk blog yerk. kena wat blog sukan la jawabnya. hehe
dlu men bowling
xsempat men olahraga
joegrimjow´s last blog ..pengalaman diri di cabul… itu sungguh memalukan!
boling duk dalam aircond jerk. hehe
hoho tahniah bro..mengharamkan nama unimap a.k.a u ex aku..wakaka
x-po´s last blog ..MULUT KORANG CAMNE? LASERKAH?
mengharamkan? erk, aku cuma mengharumkan la. ades
hebat tuu bai.. tutututuutututtttttt
Luth Textile´s last blog ..Kepala Babi ditemui di dua masjid
haha, biasa jerk.
tahniah! wlpn dpt 3rd place, skurang-kurangnya masih dpt tempat. hee..
actually, menang @ kalah tak penting, yg penting pengalaman. betul tak? huhu..
tp klau aku, menang is important thing. hahahaa..
Azizwan´s last blog ..Letak iklan Nuffnang cara mudah dengan Nuffnang WordPress Plugin
target memang untuk menang, semua orang inginkan kemenangan. tp kenalah ada usahanya. betul tak? apa2 pun, thanks bro.
mohdisa´s last blog ..Satu Emas Satu Perak Dua Gangsa
Kuat sukan En. Isa ni =)
haha, biasa jerk.
ko dpt pingat gangsa ka bro?hehe..mantap jgk ko larik..tahniah2..pe yg penting pengalaman tu…hehe
haha, pingat gangsa jerk. tu pun jenuh nak mendapatkannya. susah tu beb. alhamdulillah, satu lagi pengalaman berharga.
ok la tu..kalau aku lom tentu dpt..oingat tembaga pon ssh..haha..tp aku juara daerah 100 n 200 mase skolah dulu..skang prt da buncit..x ley larik lg.hahaaha