Sambungan Dua November 2009

by mohdisa on November 12, 2009

who loves you?
Salam dan selamat sejahtera buat semua rakan seperjuangan sekali, pertama sekali aku ingin memohon maaf dan ampun sekiranya aku jarang menghantar entri terbaru dalam dua tiga hari ini. Maklumlah, musim peperiksaan akhir masih belum tamat.

Sepanjang musim peperiksaan akhir pada semester ini, bagai kepala aku ditusuk dengan pisau sahaja. Manakan tidaknya, jenuh nak menghafal satu-satu teori. Aku bab menghafal ni memang kuranglah, tak kisahlah Sejarah SPM aku dapat 8. Terukkan aku.

Baiklah, berbalik pada tajuk entri aku pada kali ini. Lebih berkisarkan kepada kehidupan aku. Kalau korang belum baca entri sebelum ni, baik korang baca dahulu di sini. Kisah perkenalan aku dengan si dia mungkin agak singkat. Aku kenal si dia sewaktu training hoki sebelum perlawanan di Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Di situ aku mulalah perhatikan si dia, baru aku teringat sesuatu tentang si dia. Rupanya aku telah lama melihat si dia, paling aku ingat sewaktu rumah terbuka Universiti Malaysia Perlis sempena Hari Raya Aidilfitri yang lepas. Waktu itu aku keseorangan walaupun datang dengan rakan-rakan, aku lebih selesa duduk berseorangan. Mana tidaknya, rakan aku dengan skandal dia. Takkan aku nak kacau daun pulak.

Waktu itu juga si dia disamping manusia lain, so aku tak beranilah nak tegur. Mungkin agak payah aku nak ceritakan setuasi aku sekarang ini. Apa yang pasti, pertama kali aku tegur si dia malam pertama si dia training hoki. Waktu itu, tujuan aku hanya ingin melihat sahaja. Tapi tangan ni dah gian sangat nak pegang stick hoki, aku pun turut serta. Waktu itu aku berpeluang menegur si dia, mana tidaknya. Si dia main striker dan aku defend. Nak lawan aku lah konon, hehe.

Teguran pertama aku, “Budak komputer kan?” Respon baik dan aku terus meminta nombor telefon si dia. Lalu dari situlah kami berkenalan dan terus erat. Rasanya cukuplah setakat ini ye cerita aku dengan si dia. Kalau karang banyak-banyak pun bukan korang nak baca pun. Jom lihat gambar si dia.

gadis
Inilah gadis yang berjaya mendampingi aku sekarang ini setelah sekian lama aku berseorangan, semoga aku dan si dia akan berkekalan hendaknya. Amin.

P/S: Kalau ada soalan nak tanya, tanyalah. :roll:

Popularity: 19% [?]

Luth Textile All In One Lowlucky [dot] com SponsoredTweets referral badge

Related Posts

  1. Dua November 2009
  2. Edisi Khas November 2009
  3. Entri Ke-100 Yang Penuh Dengan Memori Duka
  4. Belanjawan 2009
  5. Saya Sayang Mak Saya

Dapatkan update segera dengan melanggan feed saya melalui RSS atau terus ke Email anda. Jangan lupa follow saya di Twitter juga.

{ 11 comments… read them below or add one }

1 x-po MALAYSIA Mozilla Firefox Windows November 12, 2009 at 5:15 am

pewwwiiitttt…aku ingtkan ko dah sambar ex aku..berdebar gak td..hoho
x-po´s last blog ..DALAM DILEMA, APA NAK BUAT NI? My ComLuv Profile

Reply

2 mohdisa MALAYSIA Mozilla Firefox Windows November 12, 2009 at 5:16 am

ex? erk, knp? aritu bukan elok lagi ke? hurm

Reply

3 x-po MALAYSIA Mozilla Firefox Windows November 12, 2009 at 5:21 am

ermm, xtau nk ckp pe lg dh..biar la dia tu..dia yg nk cmtu..apa aku blh wat

Reply

4 mohdisa MALAYSIA Mozilla Firefox Windows November 12, 2009 at 3:43 pm

sabar jelah bro, nak wat cam mana. bukan takda org len, betul tak. hidup mesti diteruskan. hehe

Reply

5 syinrayafa MALAYSIA Mozilla Firefox Windows November 12, 2009 at 11:24 am

haha..couple or trouble…hehe..

xkan gmbr minum air je kot….letak lah lagi gmbr lain..kwa..kwa..
syinrayafa´s last blog ..Chelsea vs Manchester United My ComLuv Profile

Reply

6 mohdisa MALAYSIA Mozilla Firefox Windows November 12, 2009 at 3:44 pm

gambar lain, lain plak citer nyer…hehe

Reply

7 ishak hasimi MALAYSIA Mozilla Firefox Windows November 13, 2009 at 2:20 pm

cakap masih tak expert lagi..ni cantik betul blog bro :D ,jeles saya hahah,lebih expert ni heheh :lol: :lol:
ishak hasimi´s last blog ..Projek laman forum icats My ComLuv Profile

Reply

8 mohdisa MALAYSIA Mozilla Firefox Windows November 13, 2009 at 2:26 pm

erk, mana ada bro. biasa ajak. ini pun pki theme org. tak adjust apa pun. :)
mohdisa´s last blog ..Penulisan Di Waktu Kecil My ComLuv Profile

Reply

9 mohdisa MALAYSIA Mozilla Firefox Windows November 17, 2009 at 11:05 pm

#Update

Kini tinggal hanya kenangan…

Reply

10 wniizati MALAYSIA Mozilla Firefox Windows November 23, 2009 at 6:54 am

soal hati ni

‘budak komputerkan?’:P

pasangan blogger
wniizati´s last blog ..Windows Live Writer My ComLuv Profile

Reply

11 mohdisa MALAYSIA Mozilla Firefox Windows November 23, 2009 at 6:58 pm

tak baca entri ke-100 yerk? lgpun ada tulis update tu kan. hurm

Reply

Leave a Comment

You can use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv Enabled

Previous post:

Next post:

[close]