Salam buat pembaca sekalian dan salam perpaduan. Alhamdulillah, bersyukur kehadrat Ilahi dapat aku menulis sebuah lagi entri untuk dikongsikan bersama-sama dengan para pembaca sekalian. Kali ini aku ingin kongsikan sebuah lagi tajuk yang sering kita dengar sebelum ini. Malah sering disebut di mana-mana bukan sekadar di dalam dunia maya ini sahaja, iaitu “Kawan Makan Kawan”.
“Kawan Makan Kawan” yang aku faham, merupakan salah satu perbuatan keji yang dilakukan oleh kawan atau sahabat karib kita sendiri. Malah ia boleh dianggap hina, tapi apakan daya. Kita tidak layak memberikan hukuman atau menjatuhkan hukuman, kerana itu adalah urusan Allah swt.
Terdapat pelbagai bentuk yang boleh dikategorikan dalam istilah “Kawan Makan Kawan” ini, dari segi kewangan, harta benda, kepentingan diri sendiri dan banyak lagi. Kali ini aku ingin kupaskan dari sudut hati dan perasaan, atau bahasa lainnya dengan lebih tepat pasangan yang ingin dijadikan teman hidup.
Mungkin anda juga pernah mengalaminya ataupun anda sedang mengalaminya, itu bermakna hubungan anda tidak berjaya. Bayangkan kesetiaan anda kepada si dia umpama bahan gurauan, seperti permainan yang boleh dibawa ke sana ke mari. Bila mahu, pelbagai kata-kata manis dilepaskan. Bila sudah tidak mahu, ditinggalkan begitu sahaja.
Bukan dengan alasan yang kukuh, tapi melibatkan pihak ketiga. Lebih malang lagi, pihak ketiga itu merupakan sahabat karib anda sendiri. Seorang insan yang anda kenal, seorang yang bertepuk tampar, seorang insan yang dikenali sebagai KAWAN.
Baiklah, kali ini aku ingin kongsikan pengalaman aku di dalam pengertian “Kawan Makan Kawan.” Bukan sekali, malah dua kali. Dan mungkin akan berlaku buat kali ketiga. Bermula di bangku sekolah lagi, aku mengenali W (lebih baik aku gunakan abjad sahaja untuk tidak memalukan atau menyakiti hati orang lain) melalui sepupu aku. Aku berkawan sudah agak lama, tapi tidak pernah terlintas untuk memiliki W. Kerana di waktu itu aku tidak mempunyai perasaan untuk berpasangan sehinggalah aku tamat PMR. Barulah aku mengetahui W meminati diri aku.
Sewaktu aku di tingkatan 4 barulah aku membuat keputusan untuk bersama W. Itupun agak sukar untuk aku membuat keputusan kerana aku belum benar-benar bersedia. Sepanjang hubungan aku dengan W, belum pernah sekalipun aku keluar berdua atau lebih dikenali sebagai DATE. Agak lama jugalah aku berpasangan dengan W sehinggalah aku memasuki UniMAP pada tahun 2007. Lebih kurang 5 tahun, sehinggalah pada satu malam aku menerima mesej dari W bahawa dia telah bertunang dengan orang lain. Bukan baru bertunang, malah berbulan lamanya barulah aku mengetahuinya. Orang lain itu bukan siapa-siapa pada aku, iaitu orang yang pernah aku ajukan soalan pada dia, “W sesuai atau tidak menjadi isteri aku?” Kawan aku, kawan yang pernah aku ajukan soalan itu. Setelah itu, aku tidak pernah pulang ke kampung halaman aku di Felda Lasah. Tambahan lagi W dan kawan yang aku pernah ajukan soalan itu telahpun selamat menikah. Kenduri kahwin mereka pun aku tidak pergi, bukan tidak mahu. Sebabnya aku tidak diundang. “Kawan Makan Kawan,” itu pengalaman pertama aku.
Pengalaman kedua aku, agak pendek dan singkat. Sebab mak aku tidak pernah merestui perempuan itu, malah dia sediri sudah berkahwin dengan kawan yang aku percayai dahulu untuk mengambil dan menghantar dia bermain kompang. Mak aku pernah cakap pada aku, “Nakkan abang, tapi naik motor ke hulu ke hilir dengan laki lain.” Terus aku mengambil keputusan untuk memutuskan hubungan dengan budak itu. “Kawan Makan Kawan,” itu pengalaman kedua aku.
“Kawan Makan Kawan,” pengalaman ketiga yang bakal aku alami. Mungkin atau tidak, kita tunggu sahaja. Jika ia berlaku, mungkin itu telah tertulis dalam perjalanan hidup aku. Kepala aku berat sekali bila menulis entri ini, mengenangkan impian yang aku pernah bina dahulu dimusnahkan oleh KAWAN atau SAHABAT aku sendiri. Tapi aku tidak tahu mengapa diri aku tidak pandai menyalahkan orang lain, apa yang membuatkan kepala aku berat adalah SALAH AKU SENDIRI. Dari dahulu hingga kini, setiap perkara yang berlaku. Adalah salah aku. Mungkin itu lebih baik dari menyalahkan orang lain.
Kini timbul persoalan pada kotak pemikiran aku, apakah perasaan anda jika perkara sebegini berlaku di dalam hidup anda semua? Cinta, sayang dan setia bagai satu nyawa. Tapi kesudahannya diceraikan menjadi kenangan terindah sahaja. Apakah pendapat anda? Sekian, semoga entri pada kali ini dapat memberi anda sedikit panduan dan pedoman kepada anda. Janganlah pepatah ini menjadi realiti di dalam hidup anda, “Harapkan pagar, pagar makan padi.” Maaf jika pepatah ini tidak sesuai untuk tajuk entri pada kali ini.
Popularity: 51% [?]
Related Posts
- Gunting Dalam Lipatan
- Hidup Berani Untuk Gagal – Brave Life To Fail
- Entri Ke-100 Yang Penuh Dengan Memori Duka
- Kecurian Di UniMAP
- Sambungan Dua November 2009
Dapatkan update segera dengan melanggan feed saya melalui RSS atau terus ke Email anda. Jangan lupa follow saya di Twitter juga.

![Lowlucky [dot] com](http://lowlucky.com/photos/low-lucky.gif)















{ 63 comments… read them below or add one }
huh! kalau pasal topik ni usah dikenang. sampai jadi kes polis pun ada. hangin aku klau ingatkn balik. nk je aku bagi sebijik penumbuk tepat ke muka. tp cerita dh lama. aku pn malas nk amik pot. hilang kawan cari kawan lain pe susah. yg susahnya nk carik sahabat. masa gelak join, masa nangis pn join

zaryl´s last blog ..WordPress: Bahagian 2 – cPanel dan Fantastico De Luxe
biasalah tu bro, bila dalam keadaan marah. penumbuk jadi habuan, bila fikir-fikir balik berbaloi ke kita buat mcmtu? boleh ke kita dapat patah balik ke keadaan asal? ntah la bro, aku redha je la. apa yg patut kita lakukan, berhati-hati dan jadikan panduan dalam hidup kita. itu sahaja yg mampu.
huhu… kwn mkn kwn.. mmg pedih kalo kena.. lagi2 kwn baik.. kalo dh kena, silap ari bulan jd musuh ketat… melainkan kte kuat memaafkan.. moge2 mintak jauh dr perkare cmni… jagelah hati n perasaan member… member dunia mmg sng dpt.. tp member akhirat mmg sush lepas… jgn bersedih bro…

ibnmasir´s last blog ..Perantauan Bhg. 1
its okay bro, maybe itu dah nasib. apa2 pun, mudah2an apa yg berlaku sebelum ini hanyalah mimpi.
Bahaya kawan makan kawan ni. Kalau melibatkan hati dan perasaan tu yang boleh hilang kawan tu =)
blinkky´s last blog ..How To Install Wordpress On Your PC ?
tahu takpa, aku sampai sgp tak balik kg pun takpa. klu balik pun sgp tak keluar rumah.
aku smpai skrg bengang ‘kawan’ aku dulu.. aku xde pn kaco ‘telur’ die.. sekali die buat taik dgn aku smpai hidup aku kacau bilau.. haramjadah~
aku takkan maaf ape yg die dh buat kt aku kecuali die dtg jmpe aku, berlutut mintak maaf.. camsial je perangai jenis makan member.. kawan camtu makan taik babi lg bagus!
Anarm´s last blog ..Tolong hentikan hantar email spam!
tahu takpa bro, aku sampai skg asyik mengenangkan nasib aku sahaja. tak tahulah nak cakap apa lagi. agaknya, tunggu masa sahaja mendapat pembalasan dari tuhan.
Zaman sekrang nak berkawan pun kena memilih. Ada kawan yang datang berkawan sebab dia ada misi saja. Bila misi dah selesai, dia tinggalkan kita dan yang lagi best, di perjahanamkan kita balik. Siapa tak berang kalau kita dah jaga dia sepenuh hati, tapi dia buat macamtu dengan kita.
Tapi, jangan sebab kawan makan kita, kita terus mental down. Ada seorang rakan, oleh sebab kawan dia perguna dia, dia jadi mental down dan buat apa kerja pun tak selesa. Kesian tengok dia, sebab orang dia yang binasa.
betul tu, bukan mudah nak chill up balik kalau dah kena mcmni. kawan makan kawan, memang aku tak mengaku kawan terus. jangan harap sampai mati pun aku takkan maafkan dia.
Huhuhu aku lagilaa,kat matric dulu kena roomate makan roomate. Xnak citer la apa jadi tapi akhirnyer membuat aku sangat hangin sampai last2 aku la punca dia kena tendang keluar =p Nak kata puas? Tak. Adakah tue bermakna aku x lepaskan lagi dendam aku nie? Huhuhu…
Faer´s last blog ..Live+blog: Asadi*Croc Family
aku tak tahu nak cakap mcm mana, mmg susah nak puaskan hati sendiri selagi kita tak merasa kepuasan tu.
bila bercakap soal kwn mkn kwn ni, rasa nye dh lali sgt dlm hidup ni…mungin kerana diri sndr yg membiarkan keadaan 2 terjadi..ntah la..pendek kata, ein hilang kepercayaan dlm etika berkawan..hny kwn baik sahaja tmpt ein sandarkan segala perkara…penat sgt dgn manusia yg camni..bila sekali ein terkena, xkan mudah utk ein maafkan mereka..hny kerana mulut seorg kwn yg ein syg n jaga selama ini, ein kehilangan seorg yg ein syg…kerana dia bertemu dgn some1, diri ini juga dia lupa kan…malas utk ungkit segala kebaikan..tp, cuma minta dia igt n phm sape kwn di kala dia sakit, susah, n menangis dan juga kelaparan…
andai mereka merasa bahagia dgn menjadi begitu, biarkan la..jgn di kenang lg manusia @ kwn yg sedemikian..hny menyakitkan ati shaja..berdoa la agar mereka, segera sedar yg tindakan mereka 2 salah n menyakitkan ati org lain…dan kt, sebagai manusia yg lemah ni, terus kan la perjuangan hidup ni walau tanpa seorg kwn di sisi…
nzms_ein´s last blog ..jgn beri ku harapan palsu lg…plzzz
ape maksud is “pengalaman ketiga yg bakal is alami”..may i knw it…if u dont mind
nzms_ein´s last blog ..jgn beri ku harapan palsu lg…plzzz
dun worry, u all will know about it. please don’t ask.
ok…ein x tny…wpun ein nak sgt tau tp xpe…ein hormat kan kptsn is
nzms_ein´s last blog ..lepas kan atau setia
sampai bila nak doakan kebahagian orang lain sahaja? bila kita nak perjuangkan hak kita? sampai bila harus hidup berpura-pura? sampai bila?
ein xde jwpn utk itu…maaf
nzms_ein´s last blog ..lepas kan atau setia
ein xde jwpn utk persoalan tu…maaf…bukan kah mendoakan kebahagiaan org lain 2 suatu yg baik dan murni..biar ati ini sakit camne pun, xperlu utk dendam..hak kt??hak ape tu…kt x punya ape2 hak di muka bumi Allah ni..sedang kan diri kt sndr hak Allah, Maha Pencipta sekalian alam…bukan utk hidup berpura2..cuma xnak ade yg mengesan masalah di ati ini…bersabar la…pasti ade sesuatu di sebalik semua kejadian
nzms_ein´s last blog ..lepas kan atau setia
memang kita hal milik kekal Allah swt. malah hidup ini telah ditentukan, tp harus diingatkan. setiap benda perlu ada usahanya, ia tidak akan datang bergolek. umpama kita tidak dibayar gaji, apa yang kita harus lakukan? takkan nak duduk diam sahaja? betul tak? benar, mendoakan kebahagian org lain adalah lebih baik dan murni. tapi biarlah bertempat, biar betul caranya. mengesan masalah di hati? cuba buang perkataan cuma tu, sbb is nak jadi diri is. bukan jadi orang lain. memang, sejak azali lagi manusia akan gunakan ayat “pasti ada hikmahnya setiap yang berlaku.” tapi kita manusia, perlu mencari hikmah tu. bukan menanti, setiap benda di atas muka bumi ni jugalah amanah dari tuhan. termasuklah nyawa kita, anggota badan kita. amanah yang perlu dijaga.
Fuh, ini baru namanya dugaan yang hebat!
Moga pengalaman sebegini menjadikan kau tabah.
insyaAllah, mudah2an aku diberikan ketabahan.
Isa..benda cam nih pernah jugak jadik kat aku suatu masa dulu..tapi aku sabar jerk…
ada hikmah di setiap kejadian, ada kebaikan dia…Kita perlu takut kat Allah jer..yang lain biar Allah je yg balas..
semo ko bersabar selalu diatas dugaan nih Isa..ada dugaan tanda Allah syg kat kita..:)
Nine´s last blog ..Family : Trip To Hong Kong 2009 Part 1
InsyaAllah, mudah-mudahan setiap musibah yang berlaku sebelum ini akan membuatkan aku lebih dewasa dan menjadikan aku seorang yang lebih tabah. Apa-apa pun thanks bro.
@nzms_ein,
ein, ein akan tahu juga satu hari nanti. tp mudah-mudahan kali ni benda ni takkan berlaku. ok…
insyaallah..ein akn doakan yg terbaik utk is…ein akn sokong is dlm setiap kptsn is…moga ade sinar wat diri is
nzms_ein´s last blog ..lepas kan atau setia
terima kasih ein, mudah-mudahan yang terbaik. amin.
sepanjang aku hidup 16 tahun ni.aku ade jumpe sorang kawan yang tikam aku dari belakang.aku kawan dengan dia ok je.takde masalah pun.tapi rupanya2 die benci kat aku.aku pun tak tahu apa masalah aku.sampai sekarang aku buat dek je.
loq´s last blog ..(Filem Pendek) ROY-KISAH WASIAT TERLAMPAU
biasalah tu, dalam kehidupan ini. setiap benda pasti ada yang tak sempurna, begitu juga insan yang bergelar kawan. susah nak cari kawan yang benar-benar boleh jadi sahabat. dikala senang dan susah. sekarang ni, kawan dikala senang memang mudah dicari, dikala susah. 1/sejuta pun belum pasti. sempurna bagi kita, belum tentu sempurna bagi orang lain. betul tak?
kawan mkn kawan?ne mesti geng kanibal ne~~
heeeeee~~~
apa yg aku ley ktakan~~semua nya tertkluk pda individu~~
ada yg sanggup mkn kwan demi awek,pkwe,duit, n laen2~~
ada otak fikir,ada hati nilai(bkn nilai kt n9)
peace!!!!!
wah, bro janggut berkomen di blog aku. terima kasih bro. memang susah nak mencari kawan yang betul-betul boleh jadi kawan skg ni.
nak kata dah lali,tak juga. Tapi itulah kehidupan.
titan´s last blog ..Titan, Google Adsense dan TNX
biasalah titan, pelbagai rintangan yang perlu dihadapi dalam kehidupan ni. tak kiralah dalam fantasi ataupun realiti. pasti ada dugaan dan cabaran.
erk. fantasi? Lom lagi aku makan kawan atau kawan makan aku dalam fantasi aku.Tapi dalam realiti. Memang selalu jadi hal-hal kawan makan kawan ni..
tahu takpa, memang banyak yang telah berlaku diluar sana. bukan soal hati sahaja, wang, pangkat, harta, darjat dan pelbagai lagilah.
btl2 meman susah nk cari kawn yg btl2 ok sekarang ni ala pe susah kawan je dgn org yg nk kawan kn senang hihihi
memang ramai org yang nak berkawan, tapi tak semua yg mengenal erti kawan. betul tak?
teringat lak aku kt zaman skola aku dlu…aku pon penah rase gk..nyirap beb..
oh!dawie´s last blog ..Photoblog @ ohdawie photography
sabar sahajalah bro, semua orang akan menghadapinya. nak menghukum, siapalah kita.
Peh sampai camtu sekali kawan ko cantas.. pengalaman yg 1st tu, tapi salah ko jugak, kuar dating pon tak pernah, dia lari la kat orang yg mampu menjamin hidup dia, yg sudah bersedia, sampai hati kawan ko tak ajak pon kenduri dia (tapi kalau dia ajak pon mmg ko tak pergi punya kan)
pengalaman yg ke-2, kalau mak tak restu jangan buat main, seumur hidup tak bahagia nanti
pengalaman ke-3 ko tak citer pon? apapun mmg menyakitkan di tikam orang yg kita gelar Sahabat ataupun rakan karib, level tertinggi dalam hubungan kawan2
ingat macam ni jer bro, mungkin bukan jodoh ko dengan org tu, tuhan nak jodohkan ko dgn orang yg lebih baik
Rjuna´s last blog ..Motif kewujudan Team Nuffnang?
aku faham, aku sebenarnya takda nak salahkan sesapa. aku salahkan diri aku sahaja. cuma aku terkilan ng member aku tu. saat ini pun aku tgh mengalami yang ketiga. lagi sakit hati. mmg sakit hati.
perghh!!klu aku la yang kene mcm tu xtau la nak kata pa..mmg sedih beb klu kene dengan member sendri.. yg pasal nikah tu xpatut la diorg tak ajak..kurang2 pun ajak la kan, wlupun diorg tau yang kita xkan dtg..haha
diri mmg tabah la klu jadi mcm ni..nak kata g enjoy..mmg xdpat la kan..huhu SABAR LA BRO..hehe
Mr. Cuz´s last blog ..I’m a Sherlock Holmes in the Making
biasalah, hidup ini perlu menghadapi pelbagai dugaan yang tak diduga. maybe ini dah tertulis dalam perjalanan hidup aku, apa pun aku berdoa agar dorang semua bahagia. tp untuk mengaku sebagai kawan aku. biarlah masa yang menentukan. apa-apa pun thanks.
hidup ni adalah satu prjalanan yg kita tak tau sempat ka x kita habis harungi nya. smentara nafas blum diambil, stiap yg brlaku mesti ada hikmah yg trsembunyi

nazra´s last blog ..Lelaki berpayung, Perempuan berbaju hujan
mudah-mudahan begitulah hendaknya, semoga apa yang berlaku mempunyai hikmah disebaliknya. biarkan masa yang menentukan semuanya.
kesiannye bro..da macam cite korea pon ade..
sabar je la bro, maybe ade hikmah Allah nak tunjukkan.
yang penting sentiasa bersabar n doa banyak2, insyaAllah.
Allah sentiasa bersama dengan orang yang sabar
haha, tahu takpa. dah macam drama.
insyaAllah, selagi otak masih waras
selama itulah aku perlu bersabar
anyway, thanks bro.
bykn bersabar yer. i know wt u goin thru. perit rasenye. even bukan the same situation. tp bila melibatkan kawan, and lagi2 kite angap kwn baik. sakit sgt rasanya! be strong yer, setiap perbuatan yg jht tu akan dibls balik.
sentiasa bersabar ni, apa nak jadi tah.
huhu, teruk pun ada dah ni
asyik kena bersabar sahaja
harap tabah. Aku cukup takut jika ‘kawan makan kawan’ ni. Bukan apa, cuma kita mengharapkan kebaikan dari dia, dia punya aniaya kita. Di samping itu, aku juga takut akan diri sendiri bahawa orang lain akan anggap begitu , sedangkan aku tak bermaksud melakukan demikian.
Jauhkanlah aku dari sifat-sifat buruk ini..
arynet´s last blog ..Alexandria Library
insyaAllah, mudah-mudahan hati ini lebih tabah lagi setelah apa yang berlaku. aku juga begitu, kadang2 kita alpa dengan apa yg kita lakukan boleh menyakiti hati org lain. semoga Allah menjauhi sifat begitu dari kita.
aku paling benci kalu kawan yang membawa kepada kehancura nseperti hisap dadah dan merokok..!Nk buat jahat buat lah sendiri jgn nk ajak orang…!
haha, masing2 ada perangai sendiri. maybe dorang tak tahu perkara yg dorang lakukan tu salah. huhu
sape x sdey kawam buat mcm ni.. aq lagi lah kwn yg aq sayang dah tingal kan aq sebab ade kwn baru..aq x sanke di buat aq mcm sekadar di pinggiran..sedih doh.. smpai skang aq tertekan….
itu kawan jenis apa yerk? pikir kepentingan sendiri namanya tu. baik tak payah buat kawan.
mcm mane aq nak hilang kan perasaan sakit aq ni sebb tetekan??? bagi cadangan ey……
cadangan aku better ko lupakan sahaja kawan ko tu, then wat hal sendiri jerk. cari kawan lain. takkan sbb kehilngan sorang kawan, ko takda kawan lain dah. apo ler.
geramnye bila ada kawan mcam tu
tahu takpa, wat sakit hati jerk….baik matilah…:P
just beri pendapat…. memang tak bagus kalau kawan makan kawan.. cuma sedikit komen mengenai “kawan makan kawan” version percintaan…. melalui tulisan yang dibuat, masalahnya timbul antara lelaki dan kawan lelaki… tarik muka sesama sendiri, benci dalaman, berpura pura (sedangkan masih berkawan)…. tapi masih ramai lelaki yang tak sedar, bila terjadi masalah seperti ini, pihak ketiga selalu dipersalahkan,sedangkan, si wanita seolah-olah suci dan mengikut apa yang berlaku.. (Plzz La)… Huh…
Jelas kita berkawan yang dah bertahun tahun ni sanggup putus kawan sebab seorang perempuan (logik?) no!!
Kalau penulis nak salah kan kawan, penulis jugak harus salahkan ‘perempuan’ tu.. kalau 100% cinta tu dekat penulis, benda ni tak jadi, tak kira la lelaki tu kaya ker, ensem 10x ganda dari penulis ker…atau apa sekalipun…
Tuntas, ‘perempuan’ pun harus dipersalahkan, jgn gadaikan erti persahabatn atau kawan dengan tindakan seorang perempuan yang tak bijak buat pilihan… tebukti, melalu peristiwa yang penulis ceritakan, perempuan berkenaan tak mampu untuk berkorban “perasaan” dia untuk terus setia bersama penulis…
logik kan???
jgn terlalu salahkan diri atau pihak ketiga…….
(terpanggil untuk memberi pandangan – semua komen sebelum ini lebih menjurus untuk persalahkan pihak ketiga)
-Ini adalah Versi ‘Kawan Makan Kawan dalam Aspek Percintaan” Jangan Salah Faham…..
Ikhlas
REPORTERkl.
thanks essan yahya dalam pandangan yang diberikan, sy juga tidak salahkan pihak ketiga tu 100%. Bagi sy dua2 sama sahaja, dua2 akan menerima akibatnya yg sama dari sy. Biarkanlah dorg, putus tetap putus. Bagaimana pula dengan erti persahabatan? Walaupun dah tahu perempuan itu pasangan kepada kekasih, kenapa perlu ambil kesempatan? Tidak patutkah salahkan sahabat? Jadi kesimpulannya, dua2 sama sahaja. “Kawan” as kawan dan “Kawan” as kekasih.
salam bro..
Aku pun dah banyak kali kena kes kawan makan kawan ni,cuma kene bersabar je la dari kita wat benda yang tak baik kepada kawan tu nanti
wazy´s last blog ..Southern Wheel Motorsports
wslm, tahu takpa. bersabar adalah jalan terbaik. better wat tak tahu je dengan kawan tu dari terus marah2.