Untuk pengetahuan korang semua, aku sudah hampir menamatkan pengajian peringkat ijazah sarjana muda dalam bidang kejuruteraan mikroelektronik. Ini kerana semester pada kali ini merupakan semester terakhir aku dalam memperjuangkan Hidup Berani Untuk Gagal aku di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP). InsyaAllah dalam bulan May atau Jun 2010 tamatlah perjuangan aku sebagai mahasiswa UniMAP.
Banyak pengalaman dan cabaran yang aku lalui ketika aku berada di UniMAP. Tidak lupa juga kenangan pahit dan manis aku sepanjang berada di kampus yang berterabur dan boleh dikatakan UniMAP berada di seluruh pelusuk negeri Perlis Indera Kayangan ini.
Berbalik kepada tajuk yang aku bawakan pada kali ini, iaitu “Jom Masuk U 2010“. Jom Masuk U merupakan program tahunan yang dijalankan oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM) sejak tahun 2005 dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Antara objektif program Jom Masuk U adalah:
- Objektif program adalah menjadi Pusat Sehenti (One Stop Centre) bermaklumat kepada kumpulan sasaran seperti pemohon, ibu bapa, guru dan komuniti setempat untuk mendapatkan maklumat mengenai peluang pendidikan tinggi akreditasi dan pembiayaan bagi Lepasan SPM/Setaraf dan STPM/Setaraf.
- Program ini juga ingin mendidik dan memupuk kesedaran di kalangan pemohon dan masyarakat awam mengenai pelaksanaan permohonan kemasukan ke IPTA melalui Aplikasi Dalam Talian (Online).
- Menyampaikan maklumat mengenai pelaksanaan dasar pemilihan Kemasukan ke IPTA yang mengguna pakai 90% markah akademik dan 10% markah kokurikulum.
- Menerangkan kaedah pemarkahan kokurikulum berasaskan sekolah yang diselaraskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) bagi permohonan Kemasukan ke IPTA.
- Mempromosi serta menyebarluaskan maklumat mengenai program pengajian baru yang ditawarkan oleh IPTA dan institusi lain mulai sesi akademik 2010/2011.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Karnival Pengajian Tinggi Negara – Jom Masuk U 2010, sila klik sini.
Jadi bagi adik-adik, abang-abang, kakak-kakak, makcik pakcik yang teringin nak menyambung pelajaran yang lebih tinggi atau ingin menghantar anak-anak ke universiti. Marilah ramai-ramai memeriahkan Karnival Pengajian Tinggi Negara – Jom Masuk U 2010. Banyak faedah yang boleh didapati di sana. Tidak mendatangkan kerugian malah mendatangkan manfaat.
Nota Ijazah: 9 – 8 = 2V x 5E = -7U + 8U ? Apakah jawapannya? Lu Fikirlah sendiri Nabil!
Popularity: 100% [?]
Related Posts
- MTUN Sport Meet 2009 Melabuhkan Tirai
- Hidup Berani Untuk Gagal Cabaran Tahun 2010
- Karnival Sukan MTUN Kali Ke-2
- Seks Bebas Semakin Meningkat Di Negara Kita
- Satu Emas Satu Perak Dua Gangsa
Dapatkan update segera dengan melanggan feed saya melalui RSS atau terus ke Email anda. Jangan lupa follow saya di Twitter juga.


![Lowlucky [dot] com](http://lowlucky.com/photos/low-lucky.gif)















{ 17 comments… read them below or add one }
yEs! aku 1st…hoho
wah2, da nak grad, gudluck2!
beshnye masuk u…huhu
wan2911´s last blog ..Samsung Corby Paint Fight
hehe, tahniah kerana anda pengomen pertama. hehe, oleh itu anda akan menerima percutian 3 hari 2 malam di blog mohd isa. hehe
thanks bro, tp masih jauh perjalanan sebenarnya.
cabaran belum selesai
tahu takpa, best.
nak masuk U……….
jom masuk u. hehe
Masuklah Unimap hehe. Nanti ade main campus lagi best. Kot la. Saye pun tak pasti bes ke tak sebenarnyer dudok dalam main campus. Sebab rase cam bes je dudok distributed campus.
ash´s last blog ..Laksa Kuala Perlis…Terbaekk!
main campus? cam tak best jerk. jauh dari bandar, ceruk plak tu. huhu, best lagi cam ni.
alahai
sayangnye xley…..
tulah bro. rugi2.
la…lama dah la ko berijazahnya…? tua dah la kira ni…hahahaa…pasni blh kawenn…yeaahh!!!!!!!!!!!
jom kahwin, program anjuran blog aku…hahah…
syin´s last blog ..Tahukah Anda?
haha, ko ingat umur aku berapa? aku dah tua pun.
baru nak masuk U ke?
pilih yg terbaik dari segi infrastruktur, tempat, mapley yg dekat dan bleh outing bila tensen .. hoho
hydir´s last blog ..[Blog] Komentar adalah satu blog baru?
waaahhh…ko dh nk abes blaja??
ni jeles ni..
aku praktikal pun belum lg..
huhuhu…
haha, nak jeles napa plak
nnt ko plak nak abis
semua akan merasa
hehe
isa! hehe:)
da sem akhir ghupenye. smoga bjaya:)
aien~´s last blog ...pelaksanaan hukum hudud.
thanks aien, semoga sem ni berjalan dengan lancar. amin
Jom sertai Kumpulan Jom Masuk U ! Facebook
http://www.facebook.com/group.php?gid=331434607668
Terima Kasih atas promosi anda di Facebook