Gunting Dalam Lipatan

by mohdisa on January 25, 2010

Gunting Dalam Lipatan

Mari makcik, pakcik, adik, kakak, abang dan along. Hari ini ada promosi hebat dari saya, kain ela. Murah sahaja, semeter hanya RM1. Kain buatan China, kain sutera pun ada. Kalau mahu, saya guntingkan. Tapi ingatkan saya jika ada Gunting Dalam Lipatan nanti.

Ewah, apa macam? Boleh jadi tukang jual kain tak aku? Tapi bukan itu yang aku ingin tulis buat kali ini. Kalau yang ambil Bahasa Melayu waktu sekolah dahulu, pasti mengerti apa yang dimaksudkan dengan Gunting Dalam Lipatan ataupun Musuh Dalam Selimut. Duri Dalam Daging dan pelbagai lagi peribahasa yang hampir sama maksudnya dengan Gunting Dalam Lipatan.

Bagi yang tidak mengerti, aku terangkan serba sedikit mengenai Gunting Dalam Lipatan versi Dewan dan Bahasa tulisan aku sendiri. Gunting Dalam Lipatan merupakan diam-diam ada musuh dikalangan kita. Itu mengikut kefahaman tahap satu aku, kalau nak mengetahuinya dengan lebih lanjut. Sila rujuk dengan Cikgu Aishah, cikgu Bahasa Melayu aku dahulu. Dia lebih arif.

Baiklah, kali ini aku ingin bincangkan situasi yang dialami oleh rakan karib aku. Mungkin juga aku seperti entri aku sebelum ini mengenai Kawan Makan Kawan? yang melibatkan kawan karib juga. Tapi kali ini bukan mengenai kisah percintaan atau perasaan, tapi kali ini melibatkan harta benda dan kepercayaan.

Cuba bayangkan, rumah yang diduduki oleh tiga orang sahabat karib diceroboh. Tetapi hanya dua pintu bilik sahaja dibuka dan satu bilik tidak dibuka. Pihak polis juga menyatakan, ini bukan kes pecah rumah. Hanya melibatkan kawan-kawan dan orang dalam rumah. Ibu si mangsa juga menyatakan bahawa barang yang hilang di ambil oleh kawan karib. Bukan firasat seorang ibu sahaja, malah ibu mangsa menemui enam orang dukun atau bomoh dan menyatakan perkara yang sama. Bahawa barang yang hilang di ambil oleh rakan karib sendiri.

Rasanya aku tak perlulah menyatakan nama mangsa dan pemangsa tersebut, kerana ini akan melibatkan maruah seseorang. Kejadian terbaru berlaku di kolej kediaman, sanggup mengambil barang rakan serumah. Apa motifnya, aku sendiri tidak mengetahuinya. Luaran, senyum lebar. Kitalah sahabat, kitalah rakan dan kitalah rakan. Tapi dalaman, tidak siapa yang tahu.

Mungkin korang juga pernah alami kejadian sebegini, mari kongsikan bersama aku. Mana tahu, kita boleh jejaki Gunting Dalam Lipatan ini. Buat masa sekarang, aku dan rakan-rakan sedang sibuk mencari bahan bukti untuk menangkap suspek dan dibawa ke muka pengadilan sama ada ingin meminta ganti rugi ataupun sebaliknya. Semoga Allah menunjukkan jalannya. HIDUP BERANI UNTUK GAGAL juga si Gunting Dalam Lipatan ini.

Nota Gunting: Jangan sesekali menjadi Musuh Dalam Selimut, akibatnya sungguh bahaya.

Popularity: 31% [?]

Luth Textile All In One Lowlucky [dot] com SponsoredTweets referral badge

Related Posts

  1. Kawan Makan Kawan?
  2. Dalam Cuka Ada Suka dan Duka
  3. Dalam Pembaikian
  4. Kecurian Di UniMAP
  5. Hidup Berani Untuk Gagal – Brave Life To Fail

Dapatkan update segera dengan melanggan feed saya melalui RSS atau terus ke Email anda. Jangan lupa follow saya di Twitter juga.

{ 34 comments… read them below or add one }

1 nursarah MALAYSIA Internet Explorer Windows January 25, 2010 at 10:12 pm

adei, memang sabar jela kalau kita mangsa kepada si gunting keparat itu. alhamdulillah aku tak pernah lagi dimangsakan. tapi kalau aku terkena, memang aku doa Allah balas perbuatan si gunting tersebut. huuuu
nursarah´s last blog ..lihatlah dengan mata. My ComLuv Profile

Reply

2 suki MALAYSIA Mozilla Firefox Windows January 25, 2010 at 10:27 pm

uish..ni bukan gunting keparat lagi tapi gunting karat..simpan lama2 dalam lilpatan kain abes cacat kain..nak cuci pun smpi bile2 tak hilang.
suki´s last blog ..Kunci itu akhirnya milik daku | Contest Oh Kunci oleh Arieza My ComLuv Profile

Reply

3 mohdisa MALAYSIA Mozilla Firefox Windows January 26, 2010 at 4:36 pm

tahu takpa, nak kena asah gunting karat ni. baru tahu akibatnya.

Reply

4 mohdisa MALAYSIA Mozilla Firefox Windows January 26, 2010 at 4:35 pm

memang susah kita nak terima perangai macam ni, tp apakan daya. kita perlu berfikiran lebih waras, biarlah si gunting menerima balasan dari Allah swt. semoga keinsafan menjadi milik si gunting.

Reply

5 zuls MALAYSIA Google Chrome Windows January 25, 2010 at 10:21 pm

gunting dalam lipatan? memang pernah terkena, memang sakit gak kena macam ni, tapi takpe.. itulah pelajaran namanya .. dapat kenal mana satu kawan mana satu lawan, kalau tak tempat kerja , memang ada golongan macam ni.. jadi berhati-hatilah
zuls´s last blog ..Tentang #Yorais My ComLuv Profile

Reply

6 mohdisa MALAYSIA Mozilla Firefox Windows January 26, 2010 at 4:39 pm

bab kat tempat kerja, mmg pasti ada. kalau bersaing secara elok mmg tidak kisah, itu dapat meningkatkan mutu kerja. tp bila berperangai seperti gunting dalam lipatan, memang mencari nahas la jawabnya.

Reply

7 ..ein.. MALAYSIA Google Chrome Windows January 25, 2010 at 10:38 pm

teringat masa 1st sem di uniten…duit hilang dlm bilik…bukan roomate yg ambk tp mayb housemate or org luar…mula2 duit ein, then duit kwn, brg kwn…selang beberapa ari, dia beli barang2 mewah…duit kwn yg hilang tu, abg dia ade knl org yg leh baca2..then dia cakap org yg terdekat dgn kami…bukan nak menuduh, tp ntah la…sejak aritu, jgn harap nak ckp baik2 dh…mmg kami kunci je pintu bilik 2 setiap masa..even utk g mandi…

Reply

8 mohdisa MALAYSIA Mozilla Firefox Windows January 26, 2010 at 4:48 pm

biasalah tu, org terdekat bukan bermakna boleh dipercayai. semua orang tidak boleh dipercayai 100% termasuklah darah daging sendiri.

Reply

9 blinkky MALAYSIA Mozilla Firefox Windows January 25, 2010 at 10:52 pm

Memang sakit ni…Macam entri yang kawan makan kawan ni =)
blinkky´s last blog ..Alienware Wallpapers For Your Desktop My ComLuv Profile

Reply

10 mohdisa MALAYSIA Mozilla Firefox Windows January 26, 2010 at 4:49 pm

tahu takpa, mmg sakit hati. dah kena cepuk pun budak tu dgn aku.

Reply

11 Frantz-Senpai MALAYSIA Google Chrome Windows January 25, 2010 at 11:15 pm

ni macam nak jumpa tok mudin.. dye susuk gunting dulu dalam lipatan~
Frantz-Senpai´s last blog ..Kapal Terbang dalam MS Word? My ComLuv Profile

Reply

12 mohdisa MALAYSIA Mozilla Firefox Windows January 26, 2010 at 4:50 pm

huh, apo kena mengena tok mudim dalam entri aku ni. hehe

Reply

13 Zul-aika MALAYSIA Mozilla Firefox Windows January 26, 2010 at 1:01 am

kalau kawan karib nak rampas kekasih saya, patut dikongsi x bang?
Zul-aika´s last blog ..Defense Of The Ancients [Dota] Pt 1 My ComLuv Profile

Reply

14 mohdisa MALAYSIA Mozilla Firefox Windows January 26, 2010 at 4:51 pm

patut, ko tak baca ke entri aku mengenai KAWAN MAKAN KAWAN?

Reply

15 Mus MALAYSIA Mozilla Firefox Windows January 26, 2010 at 1:21 am

kreatif garfik gunting dalam liatan kain batik tu bro..
kalau musuh dalam selimut pulak.. siapa nak jadi model dalam selimut tu.. hihihi!!
Mus´s last blog ..Awas! Gajah Melintas (Jalan Sepulut-Kalabakan) My ComLuv Profile

Reply

16 mohdisa MALAYSIA Mozilla Firefox Windows January 26, 2010 at 4:52 pm

haha, kalau musuh dalam selimut tak tahu la plak sapa nak jadi model. kena taruk ulat gonggok kot. hehe, grafik search by google jerk.

Reply

17 naz MALAYSIA Mozilla Firefox Windows January 26, 2010 at 1:58 pm

aku pnah gak terjadi mcm ko ni. masa thn 2007, time tu aku study lg, umah sewa aku ade 7 org, selalunya kitorg tido kat ruang tamu je. biase la time tdo ltak handset bersepah. then kitorg bgn pagi tu 4 handset hilang (tmasuk hnadset aku). msg2 mnggelabah maki sana sini, tp ade sorg ni gaya mcm beria2, siasat tnya sorg2, tp xdpt gak jumpe pencuri. then smggu lpas tu. bdak yg beria ni dah tuka sportrim kete die. 4 tayar skali. sedangkan cite sbnar, bbrp mggu sblum tu die pnah mntak pnjam kitorang pnye duit, sbab xckup nk bli brg, tp xdpt. smpai skunk xtau sape curi, tp dgn bbrp cerita jlas ttg dia, ade 80% dia yg curi handset tu. (aku bkn nk tuduh) lbh mcm mnguatkan ksimpulan, sblan lpas tu dia klua dr umah swa kitorg (xsempat nak pukul dah kua dulu)
naz´s last blog ..Blog Aduka Taruna menghina Almarhum Sultan Johor My ComLuv Profile

Reply

18 mohdisa MALAYSIA Mozilla Firefox Windows January 26, 2010 at 4:54 pm

itu kes parah tu, korang tak buat apa2 ke? jumpa bomoh berdekatan ke. wat laporan polis ke. keadaan pintu rumah macam mana plak?

Reply

19 naz MALAYSIA Mozilla Firefox Windows January 26, 2010 at 10:26 pm

pg bomoh, die ckp pncuri dlm umah tu jugak. pasal pintu plak, masing2 dah lpas mandi pagi tu trus bkak pintu lpak lua, masa tu xprasan lg hanset dh hilang. so, xtau keadaan pintu cmne. tp mmg xde kesan pergelutan la. :P
naz´s last blog ..Blog Aduka Taruna menghina Almarhum Sultan Johor My ComLuv Profile

Reply

20 mohdisa MALAYSIA Mozilla Firefox Windows January 26, 2010 at 10:33 pm

samalah kes member aku ni, 10 bomoh mak dia gi jumpa. semua cakap orang yg sama. pasal pintu rumah mbr aku pun lebih kurang sama. cuma dia buat ala2 pecah rumahlah. tp kesan pecah mmg takda.

Reply

21 Nine MALAYSIA Mozilla Firefox Windows January 26, 2010 at 3:19 pm

dia curi apa Isa ? kawan makan kawan lagi…

ingat sekali kita buat kat orang, Allah balas 10 kali atas perbuatan kita tu…
Nine´s last blog ..10 Kanak – Kanak Genius Di Dunia My ComLuv Profile

Reply

22 mohdisa MALAYSIA Mozilla Firefox Windows January 26, 2010 at 4:56 pm

biasalah, dah tentulah barang berharga. takkan nak curi paper lama plak. hehe

tak tahulah, mungkin dia akan menerima balasan yang setimpalnya kelak.

Reply

23 AkuEmat MALAYSIA Mozilla Firefox Windows January 26, 2010 at 3:21 pm

kalau dah dapat tangkap tu kasi hukum gantung terus jer bro..!!
Kecik2 taknak mampos,besar-besar…..

Reply

24 mohdisa MALAYSIA Mozilla Firefox Windows January 26, 2010 at 4:57 pm

itu ganaz sgt. biarlah hukuman datang dari Allah swt.

Reply

25 amirulfaiz MALAYSIA Mozilla Firefox Windows January 26, 2010 at 10:18 pm

hmm.. aku pernah tengok kes macam nih, bila dapat tangkap pemangsa, teruk dibelasah pemangsa itu..
Ingatan aku, jangan la dibelasah teruk-teruk pemangsa tu, cukup sekadar mengajar dia. Nanti belasah teruk-teruk, title pemangsa berpindah kepada si pembelasah. :)

Gunting dalam lipatan.. sape yang lipat kain bubuh gunting dalam lipatan tu?
amirulfaiz´s last blog ..Menikmati manisnya persahabatan My ComLuv Profile

Reply

26 mohdisa MALAYSIA Mozilla Firefox Windows January 26, 2010 at 10:25 pm

betul tu, klu dapat tgkp pun tak elok dibelasahnya teruk2. tak guna juga, biarlah berpada-pada sebagai amaran dan peringatan kepada beliau. klu tak pun serah saja pada pihak berkuasa. negara kita ada undang2.

tak tahulah aku…org dl2 kot. :P

Reply

27 azizan4444 MALAYSIA Mozilla Firefox Windows January 26, 2010 at 10:36 pm

pernah kena jgk ni..kes awek2 la..tp xtaw nk kelaskn gunting dlm lipatan ke x..sbb nmpk jahat sgt kite ni ckp cmtu,..
azizan4444´s last blog ..Aku Benci Diri Sendiri My ComLuv Profile

Reply

28 mohdisa MALAYSIA Mozilla Firefox Windows January 26, 2010 at 10:45 pm

kalau kes awek2 aku dah masukkan dalam kawan makan kawan aritu. tp mmg sakit hatilah.

Reply

29 lazaac MALAYSIA Mozilla Firefox Mac OS January 26, 2010 at 11:43 pm

umat akhir zaman… mcm2 boleh berlaku skrg…
lazaac´s last blog ..Bodyguards and Assassins ~ Chinese Movie My ComLuv Profile

Reply

30 mohdisa MALAYSIA Mozilla Firefox Windows January 27, 2010 at 4:12 am

betul tu, aku pun dah tak tahu macam mana nak menghindarkannya lagi. apa2 pun boleh berlaku sekarang ni. nak cari kawan yang betul2 kawan pun susah.

Reply

31 Rjuna MALAYSIA Mozilla Firefox Windows January 27, 2010 at 1:33 am

memang payah nak kesan kalau ia dikalangan rakan karib kita sendiri, tapi yang penting cari suspek dan kumpul bukti, kalau perlu pasang perangkap macam pasang handycam tersorok ke, rakam guna henfon ker

kalau duit catat nombor sirinya, yeah lakukan seperti CSI Miami haha
Rjuna´s last blog ..? Membuat Simbol ? My ComLuv Profile

Reply

32 mohdisa MALAYSIA Mozilla Firefox Windows January 27, 2010 at 4:19 am

wah, benda dah jadi. pasti terlewat nak pasang perangkap. melainkan si gunting bertindak nekad ingin mencuba sekali lagi. haha, csi yerk. :P

Reply

33 denaihati MALAYSIA Mozilla Firefox Windows January 30, 2010 at 2:22 am

Ni lah kelemahan orang kita suka jadi gunting dalam lipatan …kat mana pun ada bisnis, persahabtan dan sebagainya
denaihati´s last blog ..Blog Review : Hidup Biar Sedap memang Sedap My ComLuv Profile

Reply

34 mohdisa MALAYSIA Mozilla Firefox Windows February 2, 2010 at 6:16 am

tahu takpa, dalam yg baik pasti ada yg buruk. kerana nila setitik rosak susu sebelanga. huh
mohdisa´s last blog ..Satu Emas Satu Perak Dua Gangsa My ComLuv Profile

Reply

Leave a Comment

You can use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv Enabled

Previous post:

Next post:

[close]