Final exam oh final exam, kini hampir tiba. Sebelum itu, aku ingin memohon ampun dan maaf jika kelewatan untuk mengemaskini blog ini. Kesibukan kian membelengu diri aku kini, sebelum ini sibuk dengan assignment dan mini project. Jenuh juga kena siapkan sebelum due date, pecah kepala dibuatnya.
Okaylah, cerita sedikit aktiviti terbaru aku sebelum ni. Terbaru aku baru pulang dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Buat apa kat sana? Main indoor hockey lah apa lagi, tiap-tiap tahun UPSI akan menganjurkannya. Pada tahun ini, aku bermain untuk kategori terbuka. Tahun sebelumnya aku bermain untuk kategori IPTA. Tahun ni team aku terkandas di peringkat suku akhir, kalah 1-0 dengan team Polis.
Balik sahaja dari UPSI, terus study week. Seperti universiti lain, UniMAP juga akan menghadapi peperiksaan akhir bermula 2 November ini. Semester ini aku ambil 6 paper, jom lihat jadual peperiksaan aku.
2 Nov 2009 – EMT471 Semiconductor Physics
5 Nov 2009 – EUW322 Thinking Skills
8 Nov 2009 – EUW212 University English
8 Nov 2009 – EKT422 Computer Architecture
10 Nov 2009 – EKT430 Digital Signal Processing
16 Nov 2009 – Semiconductor Packaging
Agak mencabar jugalah semester ini, mana tidaknya. Ada coursework aku yang teruk tak sampai separuh, risau juga aku dibuatnya. Nak tak nak kenalah pulun untuk final exam nanti. Abis sahaja last paper 16 November kena prepare untuk presentation final year project pula bagi phase 1.
Wahai rakan-rakan ku yang baik hati, berdoalah untuk aku agar berjaya di dalam final exam nanti. Terima kasih kerana sudi membaca. Nantikan entri seterusnya sekiranya aku diberi kesempatan untuk menulis. Sekian.
Study…Study
Popularity: 21% [?]
Related Posts
- Final Liga Juara-juara Eropah
- Hidup Berani Untuk Gagal Cabaran Tahun 2010
- Merdeka Ke-52
- Karnival Sukan MTUN Kali Ke-2
- UniMAP Beach Soccer Open
Dapatkan update segera dengan melanggan feed saya melalui RSS atau terus ke Email anda. Jangan lupa follow saya di Twitter juga.

![Lowlucky [dot] com](http://lowlucky.com/photos/low-lucky.gif)















{ 16 comments… read them below or add one }
ade subjek dalam ni aku penah amik..huhu..gud luck bro..aku exam jap gi..huhu
oic, upm dah start final ke? aku duk study lg ni. blur pun ada. tension2…hehe
semoga beroleh kejayaan bro!!
Mus´s last blog ..Makanan Pertama Mikail & Gaya Rambut Baru Amyra
thanks bro, wish me luck always.
Salam bro,
Gudluck exam.Dulu aku penah amek Thinking Skill. hehehe…
Bro budak EE ke ade Digital Signal Processing tuh?
tak lah, aku budak microelectronic. hehe
aip!!
gud luck is..
chaiy0k2!!
ilysm..
hahahaha..
thanks dear
hehe
good luck for u to
gudluck bro…
thanks bro,

mohdisa´s last blog ..WD Caviar Black 2TB Hard Disk untuk Desktop
Gud luck bro.
thanks bro,
gudluck Isa..ko mesti dapat terbaik punya…:]]
Nine´s last blog ..Cabaran VEDERA : Stages Album 2009
InsyaAllah, aku akan cuba yang terbaik. Moga2 pointer aku akan ke landasan yg sebenarnya. Amin
mohdisa´s last blog ..WD Caviar Black 2TB Hard Disk untuk Desktop
gudluk kamu
huhu
aku ada lagi dua paper je ni
teh´s last blog ..Back to Basic!
terima kasih teh
wah, best la
pastu leh la bersuka ria.
hehe
mohdisa´s last blog ..WD Caviar Black 2TB Hard Disk untuk Desktop