
Ramadhan merupakan sebuah bulan yang besar nikmatnya kepada umat Islam yang merupakan bulan buat umat Islam. Banyak pahala yang akan diperolehi melalui bulan ini.
Berpuasa merupakan satu perjuangan menahan godaan hawa nafsu dengan menahan lapar dan dahaga serta perkara-perkara lain yang boleh membatalkan puasa, dari waktu mula terbit hingga terbenamnya matahari.
Apabila pelbagai hidangan dan manisan yang terhidang di atas meja, peraturan pemakanan yang seimbang sering dilupakan.
Dengan anggapan bahawa ia hanya dilakukan setahun sekali, itulah yang menjadikan ramai di antara kita merungut dengan berat badan yang bertambah selepas berakhirnya bulan Ramadan dan Syawal.
Panduan pemakanan seimbang sering memperkatakan tentang pengambilan pelbagai jenis makanan di dalam jumlah yang sederhana dan seimbang.
Ini adalah seiring dengan kehendak Islam yang mementingkan kesederhanaan di dalam semua perkara.
Jenis makanan yang boleh diambil sepanjang bulan Ramadan tidak menghadkan kepada jenis makanan tertentu sahaja.
Kebanyakan jenis makanan dibenarkan diambil di dalam kuantiti yang tertentu.
Untuk mengekalkan kesihatan yang baik, setiap individu itu perlu mengambil makanan dari setiap kumpulan makanan utama iaitu :
- Nasi, roti, jenis-jenis mi, bijirin dan jenis-jenis ubian : Sumber karbohidrat kompleks yang paling baik.
Di samping itu, kumpulan ini membekalkan, vitamin, mineral serat diet (dietry fiber) dan protein. Ia dapat membekalkan tenaga untuk fungsi tubuh dan aktiviti harian.
- Ikan, ayam, daging, kacang dan kekacang : Sumber protein yang baik. Kumpulan ini juga kaya dengan Vitamin B, zat besi dan zink.
Kekacang dan kacang juga merupakan sumber serat diet. Protein penting untuk proses penyembuhan tisu dan pembinaan otot.
- Susu dan hasil tenusu : Sumber penting untuk kalsium. Kalsium susu lebih mudah untuk diserap. Ia juga sumber protein yang baik.
- Sayuran dan buah-buahan : Sumber serat diet vitamin, mineral dan antioksidan yang baik. Buah seperti jambu batu, kiwi dan sitrus merupakan sumber vitamin C yang baik.
Pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran yang banyak amat berguna untuk mengelakkan penyakit seperti kanser, jantung dan pelbagai masalah kesihatan yang lain.
- Lemak, minyak dan gula : Keutamaan adalah untuk mengurangkan jenis lemak yang tepu (lemak yang keras pada suhu bilik) seperti minyak kelapa, lemak haiwan dan juga santan kelapa.
Ia akan meninggalkan kesan yang tidak baik kepada paras kolestrol darah. Contoh lemak yang tidak tepu (lemak yang cair pada suhu bilik) adalah seperti minyak kanola, bunga matahari dan juga soya.
Walau bagaimanapun, pengambilan minyak masih penting kerana ia adalah penyumbang tenaga (kalori) yang paling tinggi berbanding karbohidrat atau protein serta membekal asid lemak perlu dan berguna untuk penyerapan vitamin larut lemak.
Gula pula hanya membekalkan karbohidrat ringkas tetapi tidak mempunyai nilai zat makanan yang lain.
Setiap makanan di dalam kumpulan makanan yang sama akan mengandungi tahap kepadatan dan jenis nutrien (zat makanan) yang berbeza-beza.
Oleh itu, pengambilan jenis-jenis makanan di dalam kumpulan tertentu perlulah dipelbagaikan untuk membekalkan semua zat yang diperlukan dan mendapat manfaat yang sebaik mungkin.
Ia juga untuk mengelakkan berasa jemu dengan memakan jenis makanan yang sama setiap hari.
Sekian sahaja buat kali ini, kredit khas buat MPC.
Popularity: 16% [?]
Related Posts
- Entri Ke-100 Yang Penuh Dengan Memori Duka
- Salam Ramadhan Dan Merdeka
- Calon Entri Terbaik HIDUP BERANI UNTUK GAGAL
- Memindahkan Entri Blogspot Ke Wordpress
- Twilight Membawakan Bulan Baru
Dapatkan update segera dengan melanggan feed saya melalui RSS atau terus ke Email anda. Jangan lupa follow saya di Twitter juga.

![Lowlucky [dot] com](http://lowlucky.com/photos/low-lucky.gif)















{ 10 comments… read them below or add one }
Bulan pusa ni.. kita kena makan dengan teratur..
jgn lupa makan buah kurma.. & minum air suam banyk2..
Mus´s last blog ..Eye1N1 Adalah Virus Terbaru?
betul tu, ades. tak beli lg kurma, sll dapat free jerk. sem ni tak dapat la plak. hehe
jangan asyik harap orang bagi je…kita pun kena beli sendiri jugak

Alon´s last blog ..Contest HOT FM – Lagu 1Malaysia .
haha, betul2. nnt aku beli ye.
bulan biasa , makan simple…tp sampai je bulan puase…melantak mcm x penah jumpe makanan… pelik tol…
encikbeliau´s last blog ..Best Jugak Berbuka Puasa Dengan Kawan-Kawan
itu la pasal, bila puasa jerk…mesti nak makan sedap2…kaw2…haha
masa bulan puasa , makanan yg kita suka ada ..bila hari biasa takdak..sebab tu la mentelaah tuh..ayam golekk.haha
Alon´s last blog ..Contest HOT FM – Lagu 1Malaysia .
tahu takpa, abis suma nak makan. bahaya tu. hehe
Salam MohdIsa,
Selamat berpuasa utk tuan punya blog dan all readers.
Jgn makan byk2 time buka puasa nanti, mau tak larat nak pi terawih nanti..huhu..
terima kasih kekeru, insyaAllah akan ku ingat pesanan mu itu. hehe