Entri Ke-100 Yang Penuh Dengan Memori Duka

by mohdisa on November 18, 2009

Salam dan selamat sejahtera, pertama sekali aku ingin mengucapkan terima kasih kepada pembaca-pembaca dan terutama kepada rakan-rakan blogger yang banyak memberi tunjuk ajar dan pelbagai ilmu yang berguna di dalam dunia blogging ini. Selain itu juga dapat memeriahkan blog aku yang tak seberapa ini. Mungkin tidak dapat banyak ilmu yang dapat aku kongsikan bersama korang semua, maklumlah aku masih baru dalam dunia blogging ini.

Baiklah, entri pada kali ini merupakan entri yang ke-100 buat korang semua. Mungkin entri pada kali ini juga merupakan entri yang bersifat keperibadian bagi aku. Entri pada kali ini juga akan mencatatkan kisah duka aku sepanjang aku di Universiti Malaysia Perlis. Hanya tuhan sahaja yang mengetahui perjalanan hidup aku, kedukaan aku.

18 November 2009, pelbagai aktiviti yang aku telah rancangkan buat si dia. Menonton filem 2012 merupakan salah satu aktiviti yang aku impikan, kerana sudah lama aku tidak menonton filem dipawagam. Tambahan menonton di samping orang tersayang. Banyak lagi aktiviti yang aku rancangkan untuk membawa si dia bersiar-siar di mana tempat yang aku pernah pergi. Ini merupakan hari lahir si dia yang ke-18. Apa-apa pun aku ingin mengucapkan Selamat Hari Lahir dan Semoga Berbahagia Selalu. Tetapi apa yang aku rancangkan hanyalah ilusi semata-mata. Tidak ada realiti yang akan berlaku.

Mengapa dan mengapa? Itulah persoalan yang makin menjadi-jadi di kotak minda aku. 16 November 2009 tanggal yang aku akan ingat selama-lamanya, aku fikirkan ia merupakan hari yang bahagia buat aku. Kerana aku baru sahaja menjawab kertas terakhir aku pada semester ini. Tapi, ia merupakan hari yang malang, ya malang buat diri aku. Malang demi malang yang menimpa diri aku. 16 November 2009 jugalah usia perhubungan aku dengan si dia baru mencecah dua minggu, 16 November jugalah usia perhubungan itu tamat begitu sahaja. Aku sangkakan kegembiraan ini akan berpanjangan, tetapi kedukaan yang telah menimpa.

Kisah cinta aku penuh dengan kedukaan, mungkin aku tidak layak bercinta. Mungkin aku tidak layak menyayangi seseorang. Mungkin aku lebih layak menjadi pemerhati sahaja kepada rakan-rakan aku yang seronok bercinta dan tidak kurangnya yang telah mendirikan rumahtangga. Apa yang aku perlu lakukan? Apa yang harus lakukan? Apa yang aku wajib lakukan?

P/S: Maaflah jika entri kali ini bersifat keperibadian, aku sendiri tidak tahu menulis apa-apa lagi. Maaf juga kepada si dia jika sepanjang usia perhubungan kita sebelum ini banyak salah dan silap yang dilakukan. Anyway, Selamat Hari Lahir sekali lagi. Semoga apa yang diingini akan tercapai dengan dipermudahkan oleh Allah swt.

Popularity: 28% [?]

Luth Textile All In One Lowlucky [dot] com SponsoredTweets referral badge

Related Posts

  1. Edisi Khas November 2009
  2. Dalam Cuka Ada Suka dan Duka
  3. Sambungan Dua November 2009
  4. Dua November 2009
  5. Nizar, Menteri Besar Perak Yang Sah

Dapatkan update segera dengan melanggan feed saya melalui RSS atau terus ke Email anda. Jangan lupa follow saya di Twitter juga.

{ 40 comments… read them below or add one }

1 Mus MALAYSIA Mozilla Firefox Windows November 18, 2009 at 1:49 am

Sabar bro.. semua ynag kita rancang tak semestinya berakhir dengan apa yang kita harapkan..
mungkin si dia tu bukanlah calon terbaik untuk bro..
semuanya terjadi pasti ada hikmahnya..
bersabar dan teruskan usaha mencari CINTA!
bila dah jumpa pengganti yang sesuai.. pasti hidup kembali ceria!!
Cinta datang dan pergi.. pastikan Cinta Sejati kekal abadi..
Mus´s last blog ..Kronologi Sepanjang Minggu Mengenai Sabah, Air & Alam Sekitar! My ComLuv Profile

Reply

2 mohdisa MALAYSIA Mozilla Firefox Windows November 18, 2009 at 1:55 am

terima kasih bro atas nasihat dan kata2 yg diberikan.
mungkin kita dah terbiasa dengan kata2 ’setiap perkara yang terjadi pasti ada hikmahnya’, mudah-mudahan kata2 ini akan menjadi kenyataan satu hari nanti. mungkin aku harus bersabar dan terus bersabar…

Reply

3 Mus MALAYSIA Mozilla Firefox Windows November 19, 2009 at 12:50 pm

setiap kesabaran psti ada ganjarannya!
Mus´s last blog ..Kronologi Sepanjang Minggu Mengenai Sabah, Air & Alam Sekitar! My ComLuv Profile

Reply

4 mohdisa MALAYSIA Mozilla Firefox Windows November 19, 2009 at 7:58 pm

mudah-mudahan bro, dapat tgk kebahagian bro aja la. hepi je tgk famili bro. indah sgt. :)

Reply

5 nzms_ein MALAYSIA Google Chrome Windows November 18, 2009 at 2:21 am

salam….
1stly…ein harap kamu tabah…ein paham prasaan kamu..di saat prasaan ksh dan syg itu sedang mekar, kt di tinggal kan tanpa sebarang alasan yg kukuh..pedih kan rasa nye…wpun hny br 2mgu, tp ein tau pasti sukar utk kamu hadapi…ape yg kamu hadapi, lbh kurang ein je…kerana, antara ein dan dia, hny 2 bulan je..di tgl kan saat jam 12mlm masa bezday ein…hny kenangan dan air mata shj yg jd peneman setia…ein harap kamu tabah sgt2..perjalanan hdp kamu masih lg jauh..ade tanggungjwb yg lbh besar harus kamu dahulu kan pd masa ini…semua ini ade hikmah
nzms_ein´s last blog ..seketika My ComLuv Profile

Reply

6 mohdisa MALAYSIA Mozilla Firefox Windows November 18, 2009 at 2:28 am

thanks ein
kadang2 tu fikir, kehidupan ni mcm tak adil sahaja
lain yang kita impikan
lain pula yg terjadi
ades, sabar jelah
jangan mudah mengalah mohdisa!!!

Reply

7 nzms_ein MALAYSIA Google Chrome Windows November 18, 2009 at 2:33 am

kamu lelaki….seharus nye kamu lbh kuat dr ein…lbh tabah dr ein…jgn kerana ini, kamu down smpai terjejas study…dahulu kan study 2 dr bnd lain…2 juga la pesan ein pd si dia…kisah kamu, mmg hmpir sama dgn kisah ein…jgn push diri utk lupa kan dia…ambk la masa utk ubati luka itu..take care ye
nzms_ein´s last blog ..seketika My ComLuv Profile

Reply

8 mohdisa MALAYSIA Mozilla Firefox Windows November 18, 2009 at 2:39 am

InsyaAllah, telah banyak yg dilalui semester ini. Mudah2an semester hadapan akan ok seperti mula-mula masuk sini. Mungkin ini semua dugaan daripada Allah swt. Ya Allah, permudahkanlah hidup hambaMu ini.

Reply

9 Dj Luth Desa FM MALAYSIA Mozilla Firefox Windows November 18, 2009 at 4:45 am

Assalamualaikum Isa..
Erm, kisah yang lama berulang kembali. Aku tahu ko tabah menghadapinya. Bagi aku la, nasihat sebagai seorang rakan kepada rakan, untuk permulaan bagi sesebuah perhubungan, kita tak eloklah nak letakkan harapan yang terlalu tinggi menggunung. Yerlakan, belum ada apa – apa lagi, belum kenal hati budi lagi dah nak itu ini susahla macam tu.

Bagi akulah, aku tak la nak terlalu beria- ia dalam setiap perhubungan yang baru saja dijalinkan. Kalau kita terlalu mengharap, apa – apa jadi nanti, tak ke frust menonggeng? Susah tu bro..

apa2 pon, aku nak suh ko rilex dlu. nasib ko baru dua minggu, tak dua tahun, tak dua puluh tahun. Kalau lagi lama la lagi la ko jadi gila..

take a rest and enjoy your holiday!
Dj Luth Desa FM´s last blog ..Berhenti sebentar, bersama Burger Boy My ComLuv Profile

Reply

10 mohdisa MALAYSIA Mozilla Firefox Windows November 18, 2009 at 5:27 am

Wslm Luth…

First skali, aku nak ucapkan terima kasih sebab sudi beri aku nasihat. InsyaAllah aku cuba mengikutinya.

Second, aku bukan nak taruk tinggi-tinggi. Tapi pada hakikat dalam hidup aku, setelah apa yg aku lalui sebelum ini. Biarlah hubungan ini hingga ke pelamin. Tapi, apa yg bermain dalam fikiran aku hanyalah impian semata-mata walaupun aku tak pernah cakap pada si dia pasal benda ni.

Entah bagaimana aku nak enjoy cuti ni pun tak tahulah, aku tetap akan bertemu si dia. Sbbnya si dia bermain hoki, bulan 12 ni kami ada tournament kat USM. Kalau ko rajin datanglah tgk aku main. Lepas abis hoki, aku kena beri tumpuan pada olahraga pulak. Ada kejohanan besar utk aku kekalkan gelaran aku. Final year project lagi, make me stress always. Susahnya hidup ini. Chill Isa!!!

Reply

11 Luth Textile MALAYSIA Mozilla Firefox Windows November 18, 2009 at 11:24 am

apa2 nanti bro, msg aku. kalau aku free aku turun sana. InsyaAllah..

Reply

12 mohdisa MALAYSIA Mozilla Firefox Windows November 18, 2009 at 3:01 pm

ok, nanti apa2 hal aku mesej ko. thanks again bro.

Reply

13 dhiyafaris.com MALAYSIA Mozilla Firefox Windows November 18, 2009 at 7:02 am

tahniah utk entri yg ke100..
btw,sabar bro..
adat bercinta..
tak ada jodoh agaknya.
nak buat macam mana..
dulu aku kena lagi teruk.. :?
sabar je laa.. :o
dhiyafaris.com´s last blog ..Jom Buat Bisnes Bersama Lisa Surihani! My ComLuv Profile

Reply

14 mohdisa MALAYSIA Mozilla Firefox Windows November 18, 2009 at 8:23 am

terima kasih bro…
setiap perkara akan jadi adat
aku dah tak larat menghadapi semua ni
impian yang baru nak dibina
musnah di tengah jalan
sedihnya….

Reply

15 x-po MALAYSIA Mozilla Firefox Windows November 18, 2009 at 8:10 am

kalau bab cinta ni, aku phm perasaan ko bro, sbb aku pun dh mengalaminya dan tgh mengalaminya bro..cmni la bro, kalau ko rasa ko ptt usaha lg, ko ptt usaha utk dptkan dia blk bro..jgn mengalah..
x-po´s last blog ..MASAKAN SIAPA LEBIH SEDAP? LELAKI ATAU PEREMPUAN? My ComLuv Profile

Reply

16 mohdisa MALAYSIA Mozilla Firefox Windows November 18, 2009 at 8:24 am

InsyaAllah…
aku akan cuba usaha untuk dapatkan dia balik
aku harap masih ada peluang untuk betulkan semua ini…

Reply

17 miss lolly MALAYSIA Mozilla Firefox Windows November 18, 2009 at 9:09 am

siapa yg salah siapa yg benar dalam hal ini itu tidak penting.

yg penting selagi ada daya, cuba perjuangkannya. oke ?
miss lolly´s last blog ..konflik lolly & daddy :P My ComLuv Profile

Reply

18 mohdisa MALAYSIA Mozilla Firefox Windows November 18, 2009 at 9:31 am

InsyaAllah, sy akan cuba yang terbaik. Mudah-mudahan dapatlah diperbaiki.

Reply

19 PutraMalaya MALAYSIA Mozilla Firefox Windows November 18, 2009 at 1:24 pm

no woman no cry..!yeaahhhhh
PutraMalaya´s last blog ..Don’t Give Up, He’s Always There For You! My ComLuv Profile

Reply

20 mohdisa MALAYSIA Mozilla Firefox Windows November 18, 2009 at 3:04 pm

no woman no generations la bro!!!

Reply

21 hanc~ MALAYSIA Mozilla Firefox Windows November 18, 2009 at 2:23 pm

Salam bro~~ jangan brsedih lagi~~~ semua orang yang comen2 kat ats nie semua dah pernah laluinyerr termasuk la hanc~~ tapi satu je~~ jan ikut perasaan~~ kerana perasaan itu blh membunuh mu~~

Reply

22 mohdisa MALAYSIA Mozilla Firefox Windows November 18, 2009 at 3:04 pm

Wslm
anyway thanks hanc
perasaan tak menentu skg ni
tgh mencuba release tension dalam kepala otak ni
tak tahulah sampai bila :)

Reply

23 hanc~ MALAYSIA Mozilla Firefox Windows November 18, 2009 at 5:52 pm

lek bro~~ slow2 untuk segalanya.. cube fikirkan benda happy je~~ ja ingat dia lagi law memang dah takde cara lain tuk bersama~

Reply

24 mohdisa MALAYSIA Mozilla Firefox Windows November 18, 2009 at 8:00 pm

erm, yolah. insyaAllah, i will try the best. :)

Reply

25 affuan MALAYSIA Mozilla Firefox Windows November 18, 2009 at 7:27 pm

Berat ni. Tapi bagi aku yang pernah kematian tunang tersayang di hadapan mata, di katil hospital, aku berdiri di hujung kaki dengan air mata yang sudah tidak mampu mengalir – aku tidak pandang perkara seremeh “perpisahan” yang kau hadapi ni sebagai sesuatu yang mendukacitakan.

Life goes on, mungkin si dia tidak ikhlas terhadap kau. Cari jek pengganti. Allah tu Maha Adil.

*lain la ko yang mintak putus. hoho.

Reply

26 mohdisa MALAYSIA Mozilla Firefox Windows November 18, 2009 at 8:03 pm

setiap perhubungan yang pernah aku bina, belum sekali pun aku meminta putus atau kata modennya clash. sbb di setiap awl permulaan lafaz janji walau apa pun yg berlaku, jgn tinggalkan antara satu sama lain, jgn lafazkan perkataan break atau putus melainkan mati.

maafkan aku bro, aku turut bersimpati dengan ko bro. anyway, thanks for your comment. i will make it positive thing. i hope, one day…

Reply

27 megat MALAYSIA Mozilla Firefox Windows November 18, 2009 at 8:09 pm

lumrah kehidupan. tapi apa yang berlaku bukan dari ko sudah cukup beerti. yalah jangan menyakiti hati orang lain.

jadikan pengalaman ini suatu perkara yang membuatkan ko bersedia menghadapi cabaran yang lebih kuat. perjalanan masih jauh dan jangan sia-siakan setiap apa yang berlaku.

siapa tahu disuatu masa ko akan lebih berjaya dan siapa tahu pasangan yang lebih bermakna!?
megat´s last blog ..Drama Rumah Kedai TV3, Perlukah Diulang Tayang Kembali? My ComLuv Profile

Reply

28 mohdisa MALAYSIA Mozilla Firefox Windows November 18, 2009 at 8:27 pm

biasalah, bila terhantuk baru terasa sakitnya. walaupun kita tidak pernah ada niat untuk menyakiti, perkara itu tetap tidak dapat dielakkan. mungkin semua ini salah aku.

anyway, thanks bro. insyaAllah, setiap perkara yg berlaku akan aku jadikan pengajaran supaya aku lebih baik. susah untuk jadi seorang yang sempurna, apatah lagi nak jadikan seseorang itu sempurna. moga2 masa yg akan datang akan lebih elok dan baik buat diri aku.

terima kasih sekali lagi bro.

Reply

29 EiNS MALAYSIA Mozilla Firefox Windows November 18, 2009 at 9:00 pm

Erk…dah breakup? Sabar bebanyak bro…kadang2 apa yg jadi x cam kita harapkan…

aku pling risau n xnak perhubungan terputus tengah jalan…sbb tu la aku amek masa yg lama, setahun lebih nak berkenal2 rapat dlu ngan si dia pastu baru declare r’ship…

Reply

30 mohdisa MALAYSIA Mozilla Firefox Windows November 18, 2009 at 9:08 pm

entahlah, maybe aku tak berfikir panjang waktu tu. apa yg aku fikir, demi kebahagian dan aku takut dia jadi milik org lain. tp lain pula jadinya. :(

Reply

31 Rjuna MALAYSIA Mozilla Firefox Windows November 18, 2009 at 9:13 pm

Perhubungan baru berusia 2 minggu dah clash aik baru sangat nih, awat cepat sangat bro gaduh besar ke?

nasihat aku sebagai org lama, sayangi diri ko sebelum ko sayang orang lain,

insyallah mungkin tuhan ingin menjodohkan ko dengan orang yg lebih baik
Rjuna´s last blog ..BerTwitter dengan TwitterGadget (Twitter Gigit) My ComLuv Profile

Reply

32 mohdisa MALAYSIA Mozilla Firefox Windows November 18, 2009 at 9:22 pm

bukan gaduh, maybe soal hati. aku tak berjaya nak buat dia hepi dgn aku. semua salah aku. mudah-mudahan begitulah hendaknya.

Reply

33 Roslan Nazri MALAYSIA Mozilla Firefox Windows November 19, 2009 at 2:02 am

walopon aku tak taua cite..aku harap ko teruskan idup..live must go on…hahahaha
ade mase lagi jom la aku banjer wayang…huhu

Reply

34 mohdisa MALAYSIA Mozilla Firefox Windows November 19, 2009 at 3:43 am

yoyo je, time mood aku tak oklah nak belanja tgk wayang. tgu je la aku blk kg. ko tak belanja siap la. aku tuntut nnt. :)

Reply

35 Hanis MALAYSIA Mozilla Firefox Windows November 20, 2009 at 6:56 pm

ada orang kata take it easy.

berkata-kata mmg senang.
orang yang rasa sendiri, mmg susah nak take it easy je.

pape pun, buat yg terbaek la utk kamu. :)

Reply

36 mohdisa MALAYSIA Mozilla Firefox Windows November 20, 2009 at 8:50 pm

take it easy?
mudahnya….
klu benar2 mudah takpa la
ni keperitan ada la…
ades

Reply

37 beliamuda MALAYSIA Mozilla Firefox Windows December 13, 2009 at 7:56 pm

17 Nov, juga semasa paper terakhir aku tahun 2008 menjadi igauan buruk sampai sekarang… -_-”
beliamuda´s last blog ..Young Doctor Programme Series: A Lifetime Experienced at HUSM My ComLuv Profile

Reply

38 mohdisa MALAYSIA Mozilla Firefox Windows December 13, 2009 at 9:12 pm

erk, igauan apa bro? putus cinta ke?

Reply

39 muhdfarhan MALAYSIA Mozilla Firefox Windows December 13, 2009 at 10:21 pm

hehe..selamat tahun baru..hehe

Reply

40 mohdisa MALAYSIA Mozilla Firefox Windows December 13, 2009 at 10:59 pm

erk, ini bukan etri tahun baru la bro. tahun baru nyer entri lewat skit. hehe

Reply

Leave a Comment

You can use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv Enabled

Previous post:

Next post:

[close]