Waktu-waktu Mustajab Berdoa

Waktu Berdoa Yang Lebih Mustajab

oleh Mohd Isa pada March 26, 2011

Pernahkah terlintas difikiran anda semua bahawa ada manusia di dunia ini tidak pernah berdoa atau meminta kepada sesuatu kepada tuhannya. Tidak tahulah pula jika sesorang itu tidak percaya adanya tuhan atau tidak berpegang kepada sesuatu agama.

Begitu juga kita yang berpegang kepada agama islam dan percaya wujudnya tuhan kita yang satu iaitu Allah s.w.t. Sejak dari kecil lagi kita diajar agar bersyukur di atas nikmat yang telah diberikan oleh tuhan kita, begitu juga kita diajar sentiasa berdoa kepadaNya bukan sekadar menjadi kuat seperti sebatang pokok.

Tahukah anda waktu-waktu yang mustajab untuk berdoa dan meminta kepadaNya? Kali ini saya ingin berkongsikan waktu-waktu mustajab berdoa yang saya perolehi daripada majalah Solusi, sebuah majalah keislaman yang sesuai untuk bacaan para umat islam.

Waktu-waktu Mustajab Berdoa

  1. Ketika hujan.
  2. Ketika hendak memulakan solat dan selepas solat.
  3. Ketika menghadapi musuh dalam peperangan.
  4. Waktu antara azan dan iqamat.
  5. Ketika iktidal yang akhir dalam solat.
  6. Ketika sujud dalam solat.
  7. Ketika khatam al-Quran (30 juzuk).
  8. Sepanjang malam, terutamanya di sepertiga malam yang akhir dan pada waktu sahur.
  9. Sepanjang hari Jumaat.
  10. Kerana mengharapkan bertemu dengan saat ijabah (saat diperkenankan doa) yakni antara terbit fajar hingga terbenam matahari pada hari Jumaat.
  11. Antara waktu Zuhur dan Asar dan Asar dan Maghrib.

Itulah di antara waktu-waktu yang mustajab untuk berdoa, sebenarnya banyak lagi waktu-waktu yang mustajab untuk berdoa. Jika anda tidak percaya, bolehlah mencari “waktu-waktu mustajab berdoa” di Google, banyak sumber yang anda bakal perolehi.

Tetapi bagi saya, jika boleh hampir setiap masa saya ingin berdoa dan beryukur kehadrat Ilahi kerana memberi peluang kepada saya untuk hidup di dunia yang indah ini. Tidak salah bukan jika kita sentiasa berdoa dan mengucapkan syukur kepadaNya. :)

Jadi pembaca kami! 

Pengarang...

Blogging With Passion - Menulis blog sekadar hobi dan bukannya sepenuh masa. Berkongsi dan mendatangkan hasil. Terima kasih.

18 komen… baca komen di bawah atau tambah komen

iza 26 March 2011 at 11:51 am

As salam..
Lg satu masa di antara 2 khutbah.
Org yg tak pernah berdoa mungkin org yg tak pernah solat…
iza recently posted..Giveaway Special Dari Ar-rifkecom!! Khas Buat Anda- Ya Anda yang Sedang Membaca Entri Ini!!

Reply

Mohd Isa 27 March 2011 at 4:12 am

salam iza, betul tu iza. saya paling suka berdoa waktu di antara dua khutbah, tapi orang perempuan rugi waktu solat jumaat la. :)

Reply

iza 27 March 2011 at 11:41 am

Tak kira, nak berdoa jgk.
Buka tv1, dgr khutbah…
iza recently posted..Giveaway Special Dari Ar-rifkecom!! Khas Buat Anda- Ya Anda yang Sedang Membaca Entri Ini!!

Reply

Mohd Isa 27 March 2011 at 7:19 pm

haha, boleh yerk mcm tu? :P

Reply

Ayie 4 April 2011 at 12:36 am

Apa-apa sahaja kita doa kepada Allah, insyaallah akan termakbul tidak kiralah bagaimana kita lakukan sama ada depan tv ataupun lain-lain.
Ayie recently posted..Post Revisions WordPress

syahrilhafiz 26 March 2011 at 4:59 pm

alhamdulillah perkongsian menarik,
selalunya lebih doa waktu sujud dalam solat la..
syahrilhafiz recently posted..FaceBook Question- Fungsi Terbaru dalam Facebook

Reply

Mohd Isa 27 March 2011 at 4:12 am

betul tu bro, waktu yang paling sesuai semasa sujud terakhir sebelum membaca tahayat akhir.

Reply

mancai 26 March 2011 at 8:35 pm

apapun biasa aku lihat ada sesetengahnya… lepas je sembahyang terus cabut lari… ish2 cuba elak2kan yang begitu dan ikutlah tips2 yang tertera di atas… terima kasih bro…
mancai recently posted..apa itu teknologi Biomimetik

Reply

Mohd Isa 27 March 2011 at 4:13 am

betul tu bro, pantang abis solat. terus cabut, apa yang dikejar pun tak tahu. apa salahnya berdoa menadah tangan sebentar. :)

Reply

MelayuPanazzz 29 March 2011 at 3:10 pm

TQ ats perkongsian info..TQ2..
MelayuPanazzz recently posted..Isteri ‘jerat’ suami

Reply

Mohd Isa 29 March 2011 at 3:24 pm

most welcome. :)

Reply

Mus 29 March 2011 at 4:06 pm

harap doa dimakbulkan.. amin
Mus recently posted..Aku Perlu Buat Pasport Malaysia Antarabangsa

Reply

Mohd Isa 30 March 2011 at 9:29 am

insyaAllah, semoga dimakbulkan hendaknya.

Reply

Ayie 4 April 2011 at 12:39 am

Bila hujan, ada sesetengah orang akan mengeluh kerana hujan menyukarkan pekerjaan mereka. Untuk pengetahuan anda, apabila hujan turun sahaja, ada doanya tersendiri. Tapi saya tak ingatlah pula sekarang ini apakah doa nya tersebut
Ayie recently posted..Post Revisions WordPress

Reply

Mohd Isa 4 April 2011 at 4:49 am

betul tu ayie, ramai yang mengeluh dari mengucapkan tanda syukur apabila turunnya hujan. kadang-kadang aku sendiri mengeluh, moga Allah dapat memaafkan aku. kalau ada doa tu, share la ayie.
Mohd Isa recently posted..Blog Terhangat di Pasaran

Reply

Nancy 22 April 2011 at 6:46 pm

terimakasih panduan doanya.

Reply

Mohd Isa 22 April 2011 at 8:16 pm

sama-sama, semoga dapat membantu. :)

Reply

Majalah Biar Betul 11 September 2011 at 1:43 pm

doa senjata yg paling tajam

al-quran tidak terbakar
Majalah Biar Betul recently posted..Subhanallah! Al-Quran Tidak Terbakar

Reply

Hantar Komen

CommentLuv badge

Sebelum:

Selepas: