penyakit dengki

Ubat Penyakit Dengki

Penyakit Dengki. Salam sejahtera dan salam 1Malaysia, pertama sekali saya ingin memanjatkan kesyukuran kepada Allah s.w.t. kerana diberikan satu lagi peluang untuk berkongsikan bersama anda semua mengenai ilmu pengetahuan yang ada di muka bumi ini.

Pernahkah anda terfikir mengenai penyakit dengki atau perasaan hasad dengki yang manusia alami? Atau pernahkah anda bertanya kepada diri sendiri, adakah saya memiliki penyakit dengki ini? Atau pernahkah anda melihat rakan di sekeliling anda mempunyai penyakit dengki?

Bagaimanakah kita untuk menjauhkan diri daripada perasaan hasad dengki atau penyakit dengki ini? Oleh yang demikian, saya ingin berkongsikan sebuah artikel melalui pembacaan saya iaitu Ubat Penyakit Dengki. Jom baca sekarang juga di bawah:


Ubat Penyakit Dengki

  1. Sentiasa bersyukur dengan segala nikmat yang ALLAH s.w.t pinjamkan. Biasanya kalau tidak bersyukur nanti ada rasa tidak puas hati tengok kejayaan orang lain.
  2. Selalulah melakukan amal soleh dan membantu orang yang memerlukan. Biasanya kalau tidak beramal soleh nanti maksiat pula yang datng dekat kita.
  3. Perlu ingat setiap masa bahawa rasa dengki itu akan merosakkan amal kebajikan. Biasanya kalau tidak ingat begitu nanti kita lebih suka buat maksiat daripada amal kebajikan.
  4. Tekun dan berusaha mencari rezeki yang halal. Biasanya kalau kita berusaha untuk sesuatu yang haram nanti kita terjerumus ke lembah hina.
  5. Berbaik sangka terhadap orang lain dalam setiap tindakan. Biasanya kalau kita berburuk sangka nanti orang lain akan menjauhi kita.
  6. Selalulah mengikat silaturrahim dan saling bantu-membantu antara satu sama lain. Biasanya kalau kita tidak buat demikian nanti tiada sesiapa yang mahu berkawan dengan kita.
  7. Sentiasalah menjaga perkataan dan perbuatan daripada menginggung perasaan orang lain. Biasanya kalau kita bersikap kasar nanti kita akan hilang kawan dan saudara-mara.

Sumber: Gen-Q

Semoga dengan perkongsian saya pada kali ini, dapat menghapuskan penyakit dengki atau perasaan hasad dengki kita sesama umat manusia. Bahawa penyakit dengki itu mampu meruntuhkan keimanan kita kepada Allah s.w.t. Ubat Penyakit Dengki

• Meet the Author • Mohd Isa


Blogging With Passion - Menulis blog sekadar hobi dan bukannya sepenuh masa. Berkongsi dan mendatangkan hasil. Terima kasih.


8 comments… add one

Don’t Be Shy » Leave a Comment!

CommentLuv badge