Oleh kerana ada permintaan dari saudari Maisurah dan cadangan dari saudara Aenaz untuk membuat tutorial ini. Aku dengan penuh kerelaan membuka baju mata untuk menulis tutorial ini khas buat para blogger tegar dan blogger baru yang sentiasa dahagakan ilmu mencantikkan blog. Jom ikuti tutorial versi HIDUP BERANI UNTUK GAGAL ini.
Bahagian 1: Menyediakan Latarbelakang Menggunakan Photoshop
Aku akan tunjukkan langkah yang sangat mudah untuk korang membuat latarbelakang kotak sembang korang. Pertama sekali korang perlu dapatkan imej atau ikon (.png) yang menarik untuk dijadikan ‘header’ atau kepala pada latarbelakang kotak sembang anda terlebih dahulu.
Kemudian buka perisian photoshop korang, buat satu imej baru bersaiz 250px darab 400px. Ikut saiz yang korang inginkan mengikut kesesuaian ’sidebar’ blog atau website korang.
Setelah selesai membuat satu imej baru, buat satu kotak pada imej tersebut. Mengikut kreativiti korang, bucu lengkung ataupun bucu tajam. Aku lebih gemar kepada bucu yang melengkung, kerana ia lebih nampak menarik.
Lepas korang berpuas hati dengan kotak yang korang buat itu, masukkan imej atau icon yang korang cari mula-mula tadi sebagai ‘header’. Dalam contoh pada kali ini, aku menggunakan logo CBOX sebagai tanda penghargaan buat CBOX. Pastikan korang sudah mengubahsuai saiz imej atau ikon itu terlebih dahulu untuk kesesuaian latarbelakang yang korang gunakan.
Akhir sekali, korang ‘delete background’ pada bahagian ‘layer’. Kemudian save latarbelakang kotak sembang korang dalam format [dot]PNG. Upload latarbelakang korang tadi pada image hosting korang.
Bahagian 2: Dapatkan Chat Box
Seterusnya, mari kita dapatkan kotak sembang atau chat box korang di CBOX. Daftar dan login akaun korang. Pertama sekali yang korang perlu lakukan ialah ‘edit style’ kotak sembang korang.
Pertama sekali korang klik pada ‘Look & Feel’ dan pilih ‘Style Gallery’. Dalam galeri ini, korang pilih ’style Transparent’ dan kemudian ’save’.
Kemudian, korang boleh ‘edit style’ tersebut di bahagian ‘Edit Style’ di bawah menu ‘Look & Feel’ tadi. Korang boleh pilih ‘font type & size’ yang korang suka, selain itu juga korang boleh ubah warna pada ‘font’ korang. Aku nasihatkan korang agar tidak memasukkan kod warna pada bahagian yang sudah kosong, ini kerana ia dalam ‘mode transparent’.
Akhir sekali dapatkan ‘chat box code’ pada menu ‘Publish’. Salin kod tersebut dan ‘paste’ pada ‘Notepad’ terlebih dahulu bagi memudahkan langkah seterusnya.
Bahagian 3: Coding CBOX and Background
Untuk bahagian ini agak sukar sedikit, aku nasihatkan korang tanam sifat HIDUP BERANI UNTUK GAGAL terlebih dahulu sebab korang mesti ‘try and error’ sampai korang berpuas hati. Kerana mungkin kotak sembang korang akan bertindih dengan ‘header’ pada latarbelakang korang.
Background Code / Kod Latarbelakang
<div style="background:url(URL LATARBELAKANG KORANG) no-repeat left top; width:250px;height:400px;padding: 115px 0px 0px;text-align: center;line-height: 0">
Kemudian masukkan ‘chat box code’ selepas ‘background code’ di atas. Dan akhir sekali masukkan kod ini, </div>
Untuk jarak antara imej header latarbelakang, korang perlu mengubah di bahagian padding pada ‘background code’.
Untuk lebar dan ketinggian ‘background’ korang boleh ubah pada ‘width and height’ pada ‘background code’.
Untuk lebar dan ketinggian ‘chat box’ korang, sila ubah pada ‘width and height’ pada ‘chat box code’. Dalam ‘chat box code’ terdapat dua bahagian iaitu ‘cboxmain’ dan ‘cboxform’. Untuk ‘width’ kedua-dua bahagian ini perlulah sama dan kecil sedikit daripada ‘width’ dalam ‘background code’. Untuk ‘height’ pula, pada bahagian ‘cboxform’ mestilah di antara 65px ke 75px dan pada bahagian ‘cboxmain’ mengikut kesesuaian pada latarbelakang korang. Untuk lebih memudahkan korang, ikut formula matematik aku.
Contohnya aku gunakan ‘background’ dengan ‘height’ = 400px dan ‘background padding’ = 115px. Bakinya pada ‘cboxmain’ dan ‘cboxform’, untuk ‘cboxform’ aku gunakan 70px dan akhir sekali pada ‘cboxmain’ iaitu 215px.
Cuba lihat hasilnya di bawah ini, comel tak? Sebarang pertanyaan korang boleh tinggalkan komen di bawah, jika korang inginkan perkhidmatan aku untuk mengubahsuai kotak sembang korang juga boleh tinggalkan komen di bawah. Sekian terima kasih.
Nota CBOX: Minta maaflah kalau tutorial aku ini bukan dalam bentuk ‘point’. Kalau aku buat bentuk ‘point’ nanti takut korang tak faham pula. Aku juga kena terangkan panjang lebar. ![]()
Nota Amaran: Ujikaji ini hanya untuk pengguna CBOX sahaja, setakat ini aku belum buat ujikaji ke atas SHOUTMIX lagi. Harap maklum, aku sibuk.
Popularity: 57% [?]
Related Posts
- Kesalahan HTML Yang Sering Dilakukan Oleh Blogger
- 5 Photo Editor Ala Photoshop
- Seksikan Desktop Anda Dengan ObjectDock
- Memaparkan Google Adsense Di Blog Berbahasa Melayu
- Tips Meningkatkan Trafik Blog Anda
Dapatkan update segera dengan melanggan feed saya melalui RSS atau terus ke Email anda. Jangan lupa follow saya di Twitter juga.








![Lowlucky [dot] com](http://lowlucky.com/photos/low-lucky.gif)















{ 5 trackbacks }
{ 49 comments… read them below or add one }
best nih~ bley try pasnih.. thanx bro~
Faiz´s last blog ..Gunung Bujang Melaka
panjangnya tutorial.. pasti semua pengguna cbox mencuba ni..
Mus´s last blog ..Dari Mana Nak Ke Mana? Dari Mata Turun Ke Hati!
tak tahulah, kalau ada yang berminat bolehlah buat camni. nampak menarik dan kemas.
wa… sanggup bro wat panjang2 cam nie??
Frantz-Senpai´s last blog ..Hide My Drive
haha, dah ada permintaan. buatkan jerk.
nice..
cuma, background color mesti bergantung pd text-color
yurp, pasal text color boleh ubah bila2 masa sahaja.
aku sorook chatbox dah cam ko..tak kisah dah.hahaha
Roslan´s last blog ..Geek Google Translate
itukan pakai shoutmix…hehe…shoutmix boleh wat transparent tak dianya background?
kalau da untuk shoutmix, wat tutorial cam ni plak ye.. hehe..

Ramdzi´s last blog ..P1 Wimax – Awesome!
shoutmix tak test lg. sbb susah skit nak kena adjust dia punya background. hehe, nnt dah cuba baru leh wat tutorial dia.
kalau ikut logik akal.. mula2 aku yang buat “hidden chatbox”.. pastuh, bro mohd isa tnye aku.. pastuh entah saper plak yang buat tutor pasal hidden shoutbox nie dalam bentuk image. patut korang semua kredit kat aku nie.. muahaha.. (aku ucapkan trimas kepada iffatrvx.94studio.org sebab dye yang ajar aku buat hidden cbox nie..)
org yang mula2 tulis nie kalau x silap owner “maribinablog”
Frantz-Senpai´s last blog ..Hide My Drive
tak berapa faham maksud ko, hehe…aku tak wat hidden la bro. ini untuk pengguna CBOX. yg hidden tu aku ushar kat anarmnetwork.
ok la tu isa. mantap tutorial hang. aku suka. bz bz hg pn sempat buat tutorial eh?
dalam kebosanan…tu yang aku buat tu…pastu ada plak request…aku pantang kalau org request ni. hehe
peh..rajennyer en.is kiter ni yer…hohoho
eiyda´s last blog ..eiy_Da ::K.A.W.A.N::
haha…biasa jerk. :p
pergh…caralah..aku tak pandai sangat bab pilih background…nk edit lagi…haha
Piston Pecah´s last blog ..Kelebihan bercium….buat mereka yang sudah berkahwin.
haha, wat yg simple sudah. nak best g copy background aku kat kotakmuzik.com hehe
ala..
aku guna shoutmx..
boleh gak kan?
hehehe
ntahla, aku tak cuba lagi pada shoutmix. hehe
memang kelaz bro, aku rasa nak cuba buat gak kalau ada masa..tima kasih
1tomyam´s last blog ..20 Senarai Webhosting Terbaik Malaysia
sama2, buat jerk. tak rugi. tp ingat tuk cbox je ni. shoutmix nyer tak test lg. hehe
aku pakai shoutmix..xley wtpe..heehe
tu la pasal…aritu aku test gak cari cam mana nak transparent dianya background. tak berjaya lagi. hehe
thanks atas infonya….
sangat berguna…
ehehhehe
terima kasih, dah buat jgn lupa bagitahu ye.
ok…
hehe, nak gak tgk design dia.
menarik tapi sayang aku x suka guna cbox
lebih prefer guna shoutmix lagi
khairil´s last blog ..Tipikalnya Drama Melayu
haha, aku pun guna shoutmix.
tp itulah masalahnya, tak reti nak wat transparent tuk background dia.
mohdisa´s last blog ..Satu Emas Satu Perak Dua Gangsa
Tips yang baik dan teliti kepada yg memerlukan.
denaihati´s last blog ..Cadangkan HADIAH untuk contest baru.
terima kasih,
Tuto yang sempoi buat pengguna Cbox shoutbox.. Aku ada customize shoutbox Shoutmix.. Gi tengok kat blog aku tu ha.. Lawa ke tak aku tak tau lah.. Ahahahaha..
kertaz´s last blog ..Alamak! Terdelete file penting plak dah.. T_T
hoho, bunyi cam menarik jerk ni. nak g tgk la. hehe
wow!!! stylo gile kertaz punye chatbox… jelez2..

Pisyek´s last blog ..Kopi RADIX diciplak?
tahu takpa, siap ada tutorial lg tu. tak lama lg, berubah la semua chatbox kat blog lain. hehe
shoutmix bole buat tak?? ermm cbox nanti cuba try la…
zik´s last blog ..Amalan sedekah selain wang dan harta benda.
shoutmix tak test lg, tp rasanya background dia takleh setting transparent cam cbox. kena pilih warna yg sepadan dengan backgroung yg kita create.
wohohoho mantap.. tatau plak aku yang chatbox nie bleh diinvisiblekan.. hehe senang jer konsep, cuma idea jer bijak.. tqtq..
samanosuke_04´s last blog ..Dunia Orang Takde Awek “DotA”
sama2, tp tak ramai sgt org guna cbox ni. ramai lebih gemarkan shoutmix. hehe
Saya belum ada semangat berani untuk gagal yang cukup kuat untuk mencuba tukar background chatbox.

Thanks bagitau info-info bermutu ni.
amirulfaiz´s last blog ..Hantaran itu hadiah.
haha, tutorial mudah saja ni. sapa2 pun boleh mencubanya.
wah, hebat betul. Nampak bergaya =)
biasa je ni, cuba masuk kertaz.net lagi bergaya.

mohdisa´s last blog ..Satu Emas Satu Perak Dua Gangsa
nice tips.. ak x taw lak sebelum nie… just taw bole tukar colour2 jerk.. memang best.. Thanks for sharing…


slevin´s last blog ..OSCAR 2010
sama2, menarik kalau dapat design sendiri ni.
pperrggghh mmg sempoi btl la
x-po´s last blog ..PENGALAMAN SEBAGAI GURU
haha, biasa je bro.