Google Adsense? Siapa yang baru menceburi dunia blogging ini pasti belum tahu bukan. Google Adsense ini merupakan salah satu cara korang boleh buat duit dengan blog korang. Kalau tidak percaya silalah bertanya pada otaimer yang lain. Aku belum dianggap otai lagi ye.
Satu sahaja masalah pada Google Adsense ini adalah, dia kurang mesra dengan blog atau website yang berbahasa Melayu seperti blog aku yang comel ini. Sebab itu aku tidak memasangnya pada blog aku ini. Oleh yang demikian, cari punya cari jalan penyelesainya. Terjumpalah solution nya, mudah dan pantas untuk dilakukan.
Baiklah, bagi yang pernah pasang. Pasti mengetahuinya apabila korang pasang Google Adsense di blog atau website yang berbahasa Melayu apa yang berlaku bukan? Pasti “iklan layanan masyarakat oleh Google” ataupun tidak keluar lansung. Untuk menyelesaikan masalah tersebut, ada satu cara sahaja. Iaitu dengan menambah sebaris kod di dalam kod Google Adsense yang korang ingin pasang.
Kod: google_language = “en”;
Dimana hendak letakkan kod tersebut?
Sila masukkan kod tersebut di selepas baris google_ad_height = xx; dan sebelum “//—>”
Contoh:
google_ad_height = 90;
google_language = “en”;
//–>
Mudah sahajakan? Tapi cara ini mungkin melanggar terma dan syarat Google Adsense. Salah satu dari terma dan syarat tersebut ialah korang dilarang untuk mengubah apa-apa pada kod yang dijana oleh Google Adsense sewaktu korang setup Adsense unit korang. Jadi sekiranya korang tidak yakin dan was-was, korang tidak digalakkan menggunakan kaedah ini. Hidup Berani Untuk Gagal betul tak?
Dari mazudi.com
Namun begitu terdapat satu thread di DigitalPoint bertajuk Adsense in wrong language yang menyatakan The tip from Google to put this code in the AdSense code before “//—>”. So berasaskan ayat ni, saya rasa sedikit confident untuk menggunakannya.
Nota Amaran: Risiko tanggung sendiri, kalau tak berani jangan buat. Silap-silap Google Adsense korang kena ban.
Popularity: 50% [?]
Related Posts
- Tips Meningkatkan Trafik Blog Anda
- Sabar Itu Membawa Tuah
- Kesalahan HTML Yang Sering Dilakukan Oleh Blogger
- Membuat Latarbelakang Pada Chat Box Anda
- 5 Photo Editor Ala Photoshop
Dapatkan update segera dengan melanggan feed saya melalui RSS atau terus ke Email anda. Jangan lupa follow saya di Twitter juga.

![Lowlucky [dot] com](http://lowlucky.com/photos/low-lucky.gif)















{ 3 trackbacks }
{ 67 comments… read them below or add one }
xpakai plak GA ni
nanti2 la pakai kot
joegrimjow´s last blog ..pak belalang dan pintu bilik tidur
pakailah, tak rugi apa pun. tak klik pun leh still naik income dia.
oooo..
camni erk?
aku try nanti..
yurp, mcmni lah. hehe
tutorial ni bagus utk orang yang nak cari duit dgn blogging
tapi kak jie tak letak GA ni
dpt nuffnang ciput cukuplah….
Kujie´s last blog ..Perahu Naga Sekolah Menengah Kebangsaan Chung Ling Terbalik
sy nyer nuffnang lagi ciput kak jie. tak pnh cash out pun lg. mana taknya, nak smpi rm50 pun semput jerk.
hehe… slogan yg bagus… berani utk gagal… berani cuba berani tanggung… thanks, info yg berguna bagi yg suka belajar benda baru… belajar xsalah, tapi bagaimana ilmu tu digunakan… yeeha~

lazaac´s last blog ..NodLogin 10c ~ 32Bit
haha, berani buat berani tanggunglah yerk. tp sll nya dia akan warning dlu. stakat ni selamat jerk.
cara ni memang mudah… tapi aku cadangakan tak payah la pasang kalau taknak akaun google anda dibekukan…
iklan yg keluar pun iklan biasa sahaja, purata dalam 1 klik pun hanya boleh dapat $0.00 – $0.01.
friendly´s last blog ..Aku Mula Mengerti, Sedar Dan Faham.
sbb tu aku tak pasang kat sini, aku just pasang kat projek aku yang lain jerk. just nak tgk kemampuan dia. purata klik mmg skit, tp yg penting dari impression. mcm nuffnang takda. hehe
aku baru terniat nak tanya azizwan. terima kasih buat tutorial ni jadi tak perlulah aku sibuk2 kacau azizwan lagi.
denaihati´s last blog ..3 hari lagi peluang untuk dapat RM4250
no problem la. perkara kecik jerk ni. ni pun aku belajar dari mazudi. setakat ni takda masalah lagi. jgn kaco azizwan tu, sibuk ornya. haha
salam
memang ada risiko akaun adsense anda akan di ban
tak pasal2 kena buat akaun lain
hehe
wslm
pihak adsense takkan ban terus
mesti dia akan bg warning dlu
sy ada pakai kod ini, saudara mazudi.com pun ada pakai
setakat ini alhamdulillah takda apa yg berlaku.
klu ada masalah mesti pihak adsense akan hantar email.
hoho, aku dah penah bwat 3 bulan lpas, then byk gyler adsense bot lpak kat blog aku. seb bek xkena ban akaun adsense tu
naz´s last blog ..ASL plz?
adsense bot? tak tahulah plak aku pasal benda tu. apa benda tu?
takde pulak iklan google kat web ni..
iklan google dipasang di tempat lain. tak mo main campur2 ng iklan lain. rugi. hehe
Aku x berani..silap aribulan bole kena ban…mengikut aturan kita x boleh ubah dia punya kod…kalau berani boleh cuba…x slah pun mencuba..huhu
mohdhanif´s last blog ..Selamat Tinggal P1 Wimax
aku dah mencuba, setakat ni takda masalah lagi. banyakkan bertanya dalam forum, atau terus tya direct to admin. hehe
aku pernah daftar dgn GA, tp kena reject sbb masalah bahasa…last2 malas nk pasang dh
haha, tahu takpa. aku dlu pun susah nak dapat. last2 aku wat blog lain tak silap aku, baru dia approve. hehe
kalau ikut teori kat Dp tu boleh pakai gak…
yurp, aku dah cuba. tp klu nak kepastian lagi boleh tya pihak google. senang skit.
sbb bahasa je kan dulu2 aku pon cam khairil malas nak pasang…
sekarang ni dah ada tips kira ok la
Luth Textile´s last blog ..Wanita mangsa diskriminasi lelaki?
yurp, sebab bahasa jerk. aku pun dah pakai kat kotakminda.com ng kotakmuzik.com kalau korang perasan la. hehe
Baik jangan ubah apa-apa…Takut rugi nanti =)
blinkky´s last blog ..How To Speed Up Your Computer ?
tapi itulah masalah, bahasa melayu tak compatible dgn adsense.
2 akaun aku dh kene ban sbb code “en” ni..
hati2~ berani buat.. berani tanggung akibat..
aku dh serik..
Anarm´s last blog ..Sembunyikan versi wordpress daripada Hackers
hoho…mmg kena ban ye nnt. huhu…nak kena buang balik ni. hehe
o… cm tu ghupenye…
tp xleh nk test lg la psl pisyek x bukak lg GA nih..
hehehe.. =)
Pisyek´s last blog ..Macam mana nak mula couple?
hoho, tp dinasihatkan tidak berbuat demikianlah. hehe
sebenarnya kat blog aku pun ada adsense gak. dia keluar kalau keyword tu kena je la. kalau x, xkuar. macam tak kisah sangat
ariff´s last blog ..Tips Dapatkan Ranking Page Pertama Dalam Google Search
itulah pasal, tp nak kena letak pada tempat yg betullah. kalau tak, tak kemaslah. klu nak letak default code, better letak satu jelah. klu letak lebih, mst yg kedua dan seterusnya tak nampak.
aku br jerk berjinak dengan blogspot huh..so adsense ni mmg baru lah untuk aku..keh keh keh..menarik gak ni kalau boleh letak kat blog melayu kan

KakiJC´s last blog ..Jersey Bola Sepak WORLD CUP 2010-Ready Stock
tapi itulah, kena berhati-hati sikit dengan code ni. takut kena ban plak. hehe
buat la satu blog bahasa inggeris pakai keyword yang power, pastu juast gunekan seo,

insyaAllah boleh masyuk nye lah, article just copy ngan modified 60%
wan2911´s last blog ..Ujian Sejarah, Sila Jawab!
itu dalam perancangan lg bro. hehe
GA ni bleh cepat kaya.. tapi kalau blog BM, susah sket la
fatul´s last blog ..tips membeli seluar dalam
tahu takpa, mmg susahlah kalau blog BM ni untuk GA. hehe
tak susah, cume iklan kat mesia ni macam xde nilai, x masyuk langsung…huhu

kalau us, uk 1 klik dapat sampai 15usd pon ade
wan2911´s last blog ..Couple?
tulah pasal, bape sen jerk kalau dari malaysia ni kalau nak dibandingkan dengan us dollar nun. iklan dari malaysia ciput jerk.
heheh aku lom explore GA ni,aritu ade gak try²,keputusan error language lak,huhu
wazy´s last blog ..Mimpi
memang, waktu nak register tu dia akan tgk language dlm blog kita. selain dari english dia akan tolak. hehe
bahaya gila ni..
aizuddin´s last blog ..(Review) Ketika Cinta Bertasbih 2 
kalau kena ban..
terus seumo hidup..huhu
haha, kalau kena ban wat akaun lain
mula dari kosong balik la jawabnya
hehe
aku da 2 kali kene ban…haha
biase la tu, da adat kate otai2 adsense…hehe
p/s : aku ade 3 accnt masih aktif, jngn bgtaw uncle G :p
wan2911´s last blog ..Couple?
hoho, ganaz. sampai 3 akaun. aku pun takda. haha
wat backup sambil ber uji kaji…hehe
wan2911´s last blog ..Couple?
@wan2911
hoho, backup yerk. uji kaji mmg penting. semua kena uji dlu. hehe
hanya yang berani akan mencubanya..tapi kalau kantoi dengan google mungkin akan di banned selama-lamnya..tapi kalau google benarkan tak menjadi masalah..ade yang dah g tanya google ker??huhu
Mr. Cuz´s last blog ..Happy Birthday Mr. Cuz
setakat ni, takda kot. tp dalam forum adalah membincangkan hal ini. mungkin ada yang menggunakannya. nnt ada masa aku tanya pada google. hehe
Bahaya ni. Ianya melanggar TOS GA. Takut di banned. Penat ooo kumpul…kang tak pasal2..
Shaffik´s last blog ..10 Cara Termudah Menulis Blog
haha, berani buat berani tanggunglah.
selama ni wonder jugak how kan,malas ahh plak explore.
thankyouuu!
skrg dah tau,nnt boleh lah try
hehe, sama2 anna.
lepas bace sinie… terus xconfident nk try he…23x so cam mne skrg.. ok x.. berbaloi2 ke x..?? riso kne ban.. dah 2 kali kne ban dah nie
klu risau kena ban, better tak payah buat. just cari coding tuk wat rotate ads. kan senang.
lepas bace sinie… terus xconfident nk try he…23x so cam mne skrg.. ok x.. berbaloi2 ke x..?? riso kne ban.. dah 2 kali kne ban dah nie
aah, dlu pernah baca artikel sorg bro. menteil kut klu xsilap. dia penah ajar mnde ni n mmg xlanggat TOS katenye
tapi kalau tak berani buat, better jgn buatlah. hehe
kalau dah kena ban tu.. jangan harap GA beri maaf..
Mus´s last blog ..Awas! Gajah Melintas (Jalan Sepulut-Kalabakan)
haha, tahu takpa. terpaksa buka akaun lain plak. hehe
skang ni xyah pakai adsense for content..
kita layan speed trek ja ngn adsense ni..
mau xmau sehari bleh cecah 100 dolar.
kalau sebulan?
fikir2kan lah..hehe
Macam Macam Ada
speed trek? tak faham la apa ko cakap.
hehe..
nant aku ceta dlm blog..
masih dlm kajian lagi teknik ni..
tungguuuuuuuuu
better bgtau nanti yerk.
just linkback kat entri ni pun ok gak.