Isu keselamatan sesebuah komputer bukan hanya sekadar menggunakan perisian antivirus, terdapat pelbagai ancaman terhadap keselamatan komputer. Terutama kepada fail-fail peribadi yang disimpan di dalam sesebuah folder di dalam komputer. Maklumlah, kalau komputer persendirian sekalipun pasti kita akan membenarkan orang tersayang membukanya.
Rata-rata pengguna komputer mengambil langkah mudah dengan hanya menyembunyikan (hidden) fail atau folder yang dianggap rahsia. Tetapi tidak sukar untuk dicari oleh kebanyakkan pengguna, kanak-kanak di bangku sekolah pun sudah pandai mencari hidden fail.
Oleh yang demikian saya ingin berkongsikan satu lagi langkah mudah bagaimana hendak mengunci (lock) folder tersebut tanpa menggunakan sebarang perisian (software) dan password yang membolehkan kita jutawan. Menjimatkan masa dan ruang cakera keras (hard disk) anda.
Lock Folder Tanpa Sebarang Software
- Buat satu folder untuk menyimpan fail-fail penting anda, contohnya folder mohdisa.

- Tukar nama (rename) folder tersebut kepada:
namafolder.{2559a1f2-21d7-11d4-bdaf-00c04f60b9f0}
Contohnya mohdisa.{2559a1f2-21d7-11d4-bdaf-00c04f60b9f0}
Untuk rename, pilih folder tersebut kemudian klik kanan (right click) > pilih rename > Enter. - Secara automatiknya folder tersebut akan terkunci (lock) seperti di bawah:

UnLock Folder Itu Kembali
- Untuk membuka (unlock) folder itu kembali, buka command prompt. Pastikan anda tahu lokasi folder tersebut berada.
- Kemudian taip command ini:
ren namafolder.{2559a1f2-21d7-11d4-bdaf-00c04f60b9f0} namafolder
Contohnya ren mohdisa.{2559a1f2-21d7-11d4-bdaf-00c04f60b9f0} mohdisa - Kemudian folder anda akan kembali seperti keadaan asal (unlock).
Mudah bukan? Hanya beberapa langkah sahaja anda mampu menjaga keselamatan fail-fail anda daripada dicerobohi daripada sesiapa pun. Kalau hendak selamat lagi, lock folder anda di dalam beberapa folder supaya susah untuk diunlock kembali dengan command prompt.
Selain itu juga anda boleh mencuba cara lain untuk lock folder anda seperti tutorial yang telah disediakan oleh rakan blogger saya iaitu Dauspozi: Lock Folder Tanpa Menggunakan Sebarang Software.
loading...
loading...



{ 83 comments… read them below or add one }
aku pakai software je sekarang ni.. malas plak nk taip2 command.. susah kot nak ingat {nombor2} tu.. haha..
Anarm recently posted..Cara Optimize Database Blog WordPress
ko pakai software apa? folder locker ke? aku pernah pakai software, tp itulah nak kena pindah2 file tu.
nanti aku review kat blog.. hahaha.. ade gak bahan utk update blog.. kih3..
Anarm recently posted..Cara Optimize Database Blog WordPress
cun, aku akan nantikan.
cepat – cepat tau bro anarm. tak sabau ni.
afique recently posted..Video- Trailer Captain America- The first Avenger
haha, tau takpe. aku pun tak sabau dah ni. soalan dah ready ni hehe…
software apa hang pakai?
bg tau sikit hehe
Affan recently posted..Panduan Asas Menggunakan Commentluv
kita tunggu si anarm wat review kat blog dia.
kalo lupe yg no2 tu xper ke??? n blh tukar x no2 tu ikut no sndrik?
untuk unlock balik, lupa pun takpa. sbb kat command prompt kita boleh nampak no tu. tp kalau nak pakai no sendiri tak jadilah, no tu kan coding.
huhu…bes ni.xp ade x cara2 nk bt password pd folder?
anajoe recently posted..Blogger Benci Ben Ashaari
boleh pakai software lock folder, cuba cari kat google.
pakai software senang kot..
pakai lock folder xp
Piston Pecah recently posted..Malang Tak Berbau
itulah paling senang
Mus recently posted..Close Focus Macro Photography Dengan Kamera Kompak
jadi masalah bila nak lock folder padal external atau pendrive.
aku pernah pakai, kalau nak lock folder dalam external cam mana plak? then nak buka kat komputer len cam mana?
tutorial macam ni dah lama cari..
terima kasih ya.
naimulfirdaus recently posted..separuh gelas masih ada
sama-sama, sebenarnya banyak lagi cara nak lock folder ni.
er, buka command prompt tu macam mana?
naimulfirdaus recently posted..separuh gelas masih ada
hehe..tlg jwb sat.
masuk all programs-accessories-command prompt.
anajoe recently posted..Blogger Benci Ben Ashaari
thanks ana.
tu ana dah tolong jawabkan. tak pun klik start then taip cmd. jumpalah.
dah buka command prompt.
tapi tak boleh taip apa pun..
naimulfirdaus recently posted..separuh gelas masih ada
uiks, tak boleh taip apa pun? pelik ni, cuba print screen. nak tgk.
Jika software yang boleh buat password ada siapa tahu?
ada byk, salah satunya folder lock. boleh cari di google.
bab unlock guna command prompt aku failed
Mus recently posted..Sukanya Burung Aku Terbang Dalam Blog
haha, study bro. best kalau pandai pakai command prompt ni.
tak berminat..wakaka
terbaik ni bro, mana taw aku pakai windows ni ada orang nak masuk curi privasi aku..pergh barang berharga tu..heee
syahrilhafiz recently posted..Filem – Cun!
haha, tahu takpa. wot2…cam mana nak show ext nyer partition dalam windows yerk?
hoho.. aku baru tau tutorial nih.. thanks bro.. thanks jugak untuk love-link…
Dauspozi recently posted..Perlukah Bunuh Diri Hanya Untuk Lari Dari Masalah
tutorial mudah je bro, most welcome. kalau ada benda menarik lg, aku kasi love-link lg ye…hehe
cara gak tak payah pakai software apa pun
wazy recently posted..Blackrose-Penantian
yurp, tak jadi masalah kalau nak lock folder dalam external or pendrive sekali pun.
wah terbaek ni.. mmg bole apply benda ni
AdaAkuKesah recently posted..Soalan Untuk Apesal Dot Com Yang Perlu Di Jawab Oleh Admin
apply la bro, mudah dan selamat.
akhirnya….
terima kasih banyak2 atas tutorial yg sgt berguna ni
ekspresiruang recently posted..Kalau Rasa Nak Main Golf- Main Kat Sini
sama-sama, semoga digunakan sebaik mungkin.
sangat berguna tuto ni especially utk folder2 gambar takut ada gambar aksi melampau..hehe sori bro.. sy gurau je. tapi mmg saya akan praktikkan utk folder gambar2 sy takut ada gambar yg tak bertudung dilihat orang.thanks
ciksembang recently posted..Ringkasan Kehilangan CS
betul tu, especially utk folder gambar terlampau. hehe…sama-samalah kita applykan.
smart2.. terima kasih bro isa atas perkongsian! boleh lock folder2 thesis pas ni.. huhu
yurp, simpan elok2 file thesis tu. hehe, maklumlah. orilah katakan.
tp kalau semua org guna code tue? x ke jadi same? hehe
diam-diam sudah, jangan bocor pada orang lain.
macam komplikasi je. bookmark je lah.
haha, bookmark je? cubalah…:)
huhuhu.. trik ni sama yang aku pakai…berfaedah untuk semua ni… terima kasih dengan perkongsian bro…
hoho, bro dah lama pakai la yerk. trik apa lg yg bro pakai? admin god tau tak? lupa la plak nak cam mana nak buka.
pernah pakai folder protector, skali terlupa plak password…puas try macam2 cara nak retrieve balik, nasib badan…
tau takpa, tu pun dah jadi masalah bila lupa password. pki yg ni sudah.
sy na unlock flder failed, dy ckp the system cannot find the file specified, sbb file 2 ad kt desktop, cmne na unlock ye, mohon bantuan…
pastikan direktori pada command prompt tu betul, sila taip dir dlu untuk lihat folder itu ada atau tidak.
bolehh jer bukak.. camno?
Pojiepooh Abdullah recently posted..Lagi² kisah bunuh diri apakes
dia lupa taip dir dlu la tu nak tgk folder tu ada kat mana…ades
uiks, boleh buka? org lain ok jerk. jadi tak icon lock tu?
icon lock tuh memang jadik, tapi bleh jer buka sesuka hati..
ker ini tutorial untuk change icon to icon lock?
Pojiepooh Abdullah recently posted..Lagi² kisah bunuh diri apakes
uiks, aku buat jadi jerk. pelik ni…hehe
Sama gak dgn Pojiepooh, bulih buat kunci icon tapi boleh buka sesuka hati. Ada apa yg tak kena?
tak pastilah pula. sbb aku buat ok je…hurm…guna folder locker jelah jawabnya…
sy da try bnyk kali tp still dy ckp the system cannot find the file specified, file yg sy na unlocked ad kt destop, so cmne ye, mohon bantuan…
sila pastikan direktori anda betul, lihat folder itu berada di dalam direktori itu atau tidak.
sy ber masalah na unlocked folder, dy tulis the system cannot find the file specified, folder sy na unlocked ad kt deskop, mohon bantuan semua…ap solution???
print screen…upload…meh nak tgk…
bro
dgn cr ni mmg folder boleh lock
tp walaupun dah lock
org still senang2 jew leh delete ???
so how to prevent dr kene delete ???
mudah sahaja, untuk elak daripada di delete, right click pada folder. ambik properties, pilih tab security, then click edit pada change permission. allow semua. abis citer.
good info. thanks
mdshaari recently posted..Persiapan nak pergi Team Building di Ancasa Resort Port Dickson
aku pakai software folder hidden
penah sekali terlupa password mengelabah jugak la nk recover balik.
nasib baik ingat balik haha
zaryl recently posted..Nominal – Tema WordPress Terbaru percuma
aku pernah pakai folder locker, tp kurang menarik plak bila fikir kalau nak lock folder dalam external atau pendrive, jadi masalah plak bila nak buka dengan komputer lain.
ni cara old school. terbaik. haha. nk ingt nombor2 tu yg susah. ehe. tp cara ni xsecure sngt la. huhu
acapz recently posted..Google Memperkenalkan Gmail Motion
semua cara sebenarnya tak secure kalau diikutkan kalau kita bg pengguna lain pakai komputer kita, solutions dia sila jadi seorang yang kedekut.
sy ber masalah nak unlocked folder, dy tulis the system cannot find the file specified, mohon bantuan semua…ape solution???
erk, cuba pastikan directory anda betul. cuba type dir dahulu, lihat folder tersebut ada atau tidak pada directory yg anda gunakan dalam command prompt.
Susah sangat gunakan perisian Easy File Locker. Freeware tu.
wah….. simple je na lock folder..haha… thx ye sharing!
tnQ dah jadi lock…..tapi nk unlock balik tak le plak…………………………………huhuhu cedey,..
rasha recently posted..SAPS – klik disini utk. melayari laman web di bawah
uiks, jadi macam mana plak?
tak dapat unlock la mcm na?sy dah ikut cra diatas…
wah advance ni.. adoi, klu lupa cara nak unlock balik, pengsan nak cari cara unlock.. huhu..
Paksu-IT recently posted..3 Cara Berkesan Melajukan Loading Blog WordPress
tak dapat la bro .
macam mana nak tukar directory tu ?
ok2 .da dapat .korang cuma perlu ada basic knowledge untuk language command prompt dan tukar directory tu kepada folder yang telah di lock .
kod2 yang diperlukan adalah : cd .. / cd(foldername) / dir & lain2 .terima kasih .
celah sket, bab coding kat command prompt untuk unlock tu korang boleh copy mcm “ren adoi.{2559a1f2-21d7-11d4-bdaf-00c04f60b9f0} adoi” kat dalam text document. ubah extension name ke cmd. cth: unlock adoi.cmd tekan dier terus unlock x yah type kat command prompt.
adehhh…folder tu kan aq smpn dlm local disk D..mcmne nak ubah kt command prompt 2???bley x tnjuk cara bergmbr mcm kt ats 2??
Boleh tak tunjuk cara untuk unlock guna command prompt step by step . Maaflah menyusahkan mohd isa
{ 1 trackback }