Pasti sudah ramai yang mengetahui tentang sebuah aplikasi dalam talian Triberr yang berfungsi untuk mempromosikan posting terbaru daripada blog anda melalui Twitter seterusnya membantu anda meningkatkan trafik blog. Di mana setiap kali anda menerbitkan posting baru, semua rakan anda di dalam kumpulan yang dipanggil tribe akan tweet posting anda kepada pengikut-pengikut mereka.
Mudah bukan, perkara ini akan dilakukan secara autotweet melainkan anda atau rakan-rakan anda di dalam tribe rajin melakukannya secara manual. Tetapi bagi saya sesiapa yang telah menetapkan secara manual, ia adalah satu pembohongan kepada kita. Seolah-olah ia mengambil kesempatan kepada kita dan tidak bersikap adil.
Secara positifnya, Triberr ini mampu meningkatkan trafik sesebuah blog melalui rakan-rakan yang mempunyai follower yang ramai. Tetapi tidak semestinya follower beribu, anda akan memperolehi trafik beribu juga. Ini telah diterangkan oleh saudara Ariff Shah dalam artikelnya iaitu Follower Twitter Beribu Tak Semestinya Trafik Masuk Pun Beribu.
Selain itu juga anda boleh membaca analisa mengenai Triberr ini yang ditulis oleh saudara Affan Ruslan iaitu Analisa Triberr.com : Antara kelebihan dan kekurangan, di dalam artikel tersebut juga ada menerangkan tips penggunaan Triberr yang sedikit sebanyak dapat membantu anda.
Oleh yang demikian saya ingin memberikan sedikit cadangan kepada anda semua, jika anda ingin menyertai sesebuah tribe di Triberr sila pastikan tribe yang anda ingin sertai itu mempunyai kualiti daripada segi ahli atau rakan-rakan di dalam tribe tersebut. Antara tribe yang benar-benar berkualiti adalah tribe Denaihati Network yang mempunyai ahli-ahli aktif di Twitter.
Tetapi ada juga yang telah mengatakan Triberr ini sebagai spam, maklumlah setiap yang di tweet hampir sama dengan rakan-rakan Twitter yang lain. Pusing ke mana sekalipun, hampir semua ahli tribe yang adalah orang yang sama di dalam tribe lain. Untuk itu saya sarankan anda membaca artikel dari Ariff Shah yang bertajuk Spam Dari Triberr & Cara Mengatasinya.
Jika berbincang mengenai Triberr ini, pasti banyak perkara yang boleh dibangkitkan. Ada yang positif dan ada juga yang negatif. Maklumlah setiap perkara pasti ada kelebihan dan kekurangannya. Saya hendak cerita banyak, saya sendiri belum habis menganalisa keseluruhan fungsi Triberr ini. Bagaimana pula dengan anda?




{ 33 comments… read them below or add one }
tak pernah main, so takleh nak komen lebih lebih..
FD recently posted..#WordLessWednesday – Henset Aku Yang Memuji, Bukan Aku Ye !
naik join ke? meh nak invite.
bleh je.. @ak4allz
FD recently posted..#WordLessWednesday – Henset Aku Yang Memuji, Bukan Aku Ye !
nnt aku buka satu tribe lg…aku invite ko yerk…
aku nk gak
haru recently posted..Jemputan Berbuka Puasa Untuk Blogger Kelantan
ulasan menarik mengenai triberr. Ada baik dan ada buruknya. Maksimumkan kebaikan dan minimumkan keburukan. Baru dapat hasil yang memberangsangkan.
zuls recently posted..Wordless Wednesday #4 – Pagerank
betul tu bro, xda masa lagi nak maksimumkan kebaikan…perlukan masa yg betul2 sesuai…yg duk nampak skg ni…kena pandai main timing sblm update blog…:)
seyes bila aku bace dekat blog ariff ngan affan aku xpaham ape benda pn triber nie..nnti aku nk try…aku tgk ko pnye explain mcm dah faham cket
haru recently posted..Login Facebook Dapat RM100! 1 Hari 10xLogin Dapat RM1000!
benda kacang je bro, triberr ni mcm ko join satu komuniti. setiap ahli dalam komuniti tu ada blog dan twitter. pastu setting feed url blog ko dalam triberr tu, pastu setiap kali update blog, ahli2 dalam komuniti tu akan tweet post terbaru ko ikut setting yg dorg dah buat. default selang 30min setiap ahli akan tweet post terbaru ko. nice kan…hehe
tak tahu pun ada.. hehe.. buta it sungguh.. nak g tegok dulu pe bendanya…
fiezaradzi recently posted..Bagus Ke BERSIH?
nak join boleh jerk…meh email nak invite…hehe
Emm, aku baru faham pasal triberr ni.. best gak.. hehe
Azuan recently posted..Buat Duit Dengan Blog
haha, ko dah join ke?
Emm, join dah pun…
Azuan recently posted..Buat Duit Dengan Blog
ko join tribe mana? hehe
Denaihati Network jer..
Azuan recently posted..Buat Duit Dengan Blog
ok la tu, ahli pun dah ramai. hehe…mantap2 plak tu…
dah tukar auto RT time tu kepada 60 minit.. sbb ada member2 yg follower dia sikit dah mula tanya kenapa asyik RT entri dari blog tu je..peminat ke?.. plak blog tu update 5-6 entri sehari.. hoho
Izwan recently posted..Wordless Wednesday #WW 5 : We’re Going GREEN !
haha, aku xtukar pun. lantak la, hehe…
I-Know-Who
MuJE recently posted..Giveaway Julai Bersama Blogger by andyhowtt.com
agak2 siapa yerk? meh citer skit…hehe
jap lagi nak pi cari info apa itu triber, x faham sangat
Juan recently posted..Public Gold
dah cari ke bro? ce terangkan versi bro plak…:)
Mmg betul saya ada juga rasa tidak adil kepada yg set kan secara manual.Sedangkan kita set secara auto.Not win-win situation lah macam ni.
Saya join DenaiHati Triberr byk membantu dari segi trafik.Walaun masa disinggah tu hanya 30 saat,dah cukup memadai.
Apa-apa pun terpulang pada ahli triberr itu sendiri…sama ada nak auto atau manual
kalau saya,saya suka auto.Sebab saya suka membaca tweet dari rakan2 lain 
mankuchai recently posted..Live. : Kedai Jalan Haji Taib 1 terbakar
tahu xpa, macamlah rajin sangat nak tweet secara manual.
tak pernah lagi guna triberr. best ke guna tribber nih??
ohcikgu recently posted..Cadangan untuk meningkatkan Skuad Bola Sepak Malaysia
best gak, kawan2 turut tweet kita punya entri…
thanks bro,belum try lagi,tapi nanti kalau ada masa aku try explore benda ni.Nampak cam menarik jer..:-)
hafeez recently posted..Forex Industry traders
memang menarik bro, cubalah…
nak kena belajar lagi ni..
naimulfirdaus recently posted..betulkah tak pakai tudung dijamin neraka?
samalah kita…byk nak kena explore lg benda ni…
bro.. invite saya bole?? saya pun nak join triberr nih.. hehe
mackenziedoo recently posted..WordLess Wednesday #3 #WW : Eat or Not To Eat
saya pun nak jugak. Boleh invite saya ke?
danish recently posted..Dah Balik Kampung ke?