Tips Yang Patut Dilakukan Ketika Pasangan Anda Menangis

by on November 3, 2011

Tips Yang Patut Dilakukan Ketika Pasangan Anda Menangis

Jika sebelum ini saya ada berkongsikan bagaimana hendak memilih calon isteri menurut Islam, pada kali ini saya akan kongsikan 5 tips yang patut dilakukan ketika pasangan anda menangis. Semoga dengan perkongsian ini dapat membantu anda semua, insyaAllah.

Kadangkala kita pasti tidak dapat mengawal emosi apabila menghadapi sesuatu masalah atau krisis sehingga mampu membuatkan kita menangis, bak kata orang menangis mampu melepaskan tekanan. Terutama kepada kaum wanita yang dilihat lebih cenderung untuk menangis, namum ia bukan bermakna lelaki tidak menangis. Termasuk juga saya yang kadang-kadang menitiskan air mata apabila menghadapi sesuatu masalah.

Di dunia ini, Allah menjadikan kita berpasangan. Apabila pasangan anda melalui saat emosi dan memperlihatkannya dengan cara menangis, apa yang anda akan lakukan? Tindakan anda ketika ini haruslah boleh mengembalikan mood mereka semula dan jangan sampai menyebabkan pasangan anda berasa lebih teruk lagi.

Di sini saya ingin senaraikan beberapa tips untuk anda apabila menghadapi setuasi apabila pasangan anda sedang menangis atau bersedih:

1. Apabila pasangan anda menangis, jangan abai dan biarkan saja kerana ia adalah satu tanda mereka perlukan perhatian. Wanita lazimnya lebih sukakan seseorang yang mampu mendengar luahan kata mereka ketika mereka sedang bersedih. Janganlah anda bertindak menjauhkan diri ketika ini.

2. Jadilah pendengar yang setia. Diam dan dengar apa yang ingin pasangan anda katakan kerana itulah yang mereka mahukan daripada anda.

3. Jangan beritahu pasangan anda sama ada dia di pihak yang benar atau salah dalam keadaan itu. Jikalau dia bersalah sekalipun, dengarlah apa yang ingin si dia kata dan rungutkan. Si dia mungkin tahu dia memang salah tapi pada masa itu dia tidak mahu mendengar tentang hal itu.

4. Pinjamkan bahu anda (untuk yang berkahwin saja ye). Jangan duduk jadi tunggul kayu saja. Wanita sangat sukakan sentuhan daripada lelaki kerana ia membuatkan mereka berasa selesa.

5. Jangan memberi nasihat kecuali diminta. Wanita biasanya tidak sukakan anda memberi nasihat atau bercakap sesuatu yang boleh melukakan hati mereka apatah lagi di saat mereka sedang berduka. Lebih baik lagi anda elakkan dari ayat begini “..kan saya dah bagitau tadi ..bla bla bla…”

Begitulah 5 tips yang patut dilakukan ketika pasangan anda menangis, semoga dengan tips yang diberikan mampu membantu anda dalam memberikan keceriaan dan kebahagian kepada pasangan anda. Sesungguhnya menjaga perhubungan adalah lebih baik daripada bercerai.

GD Star Rating
loading...
GD Star Rating
loading...

ADVERTISEMENT

{ 29 comments… read them below or add one }

syahrilhafiz November 3, 2011 at 9:20 pm

sapa nak pinjam bahu ku yang tuff ni..hahaha
macam tu pulak, bagus tips ni :)
syahrilhafiz recently posted..4 Langkah Install Microsoft Office 2007 Di Ubuntu 11.10

Reply

Pejuang Kesenian Extreme November 6, 2011 at 6:40 am

Tuff siot bahu..Ketol2..
I like..haha
Pejuang Kesenian Extreme recently posted..Apa Itu Wushu?

Reply

Mohd Isa November 6, 2011 at 10:35 am

itulah pasal…boleh plak nak promo bahu dia…:P

Reply

Mohd Isa November 6, 2011 at 10:35 am

pergh, tuff la sgt. geli aku…haha

Reply

ann November 3, 2011 at 9:22 pm

yang last tu betul sangat2.
hahahaha.
good point here. :)

Reply

Mohd Isa November 6, 2011 at 10:36 am

tahu xpa, erk…dah ada pasangan la ni yerk…hehe

Reply

ann November 8, 2011 at 3:58 pm

erk… ada lah. hahahaha.

Reply

Mohd Isa November 12, 2011 at 2:14 pm

baru nak ngorat…blh tak? hehe

Reply

ann November 12, 2011 at 7:45 pm

erk. xpayahlah. hahahaha. menyesal nanti.

Mohd Isa November 12, 2011 at 9:20 pm

haha, gurau jerk. nak nyesal napa plak?

Reply

ann November 17, 2011 at 12:21 am

hehe. gurau gak. :p

Mohd Isa November 17, 2011 at 5:55 pm

haha, bolehlah ngorat ni yerk. :P

Reply

ann November 18, 2011 at 1:03 am

xboleh jugak. haha.

Mohd Isa November 19, 2011 at 3:51 pm

eleh, jual mahal la plak…:P

Reply

wazy November 3, 2011 at 9:27 pm

Nasib baik la aku belum kahwin,hehe kalau tak boleh pinjamkan bahu ni :)
wazy recently posted..Spontaneous Thursday #9

Reply

Mohd Isa November 6, 2011 at 10:36 am

haha, tahu xpa. sabar jelah. ewah…

Reply

Ikhwan November 3, 2011 at 10:32 pm

Aku tak ada pasangan lagi, so apa patut aku buat? Haha
Ikhwan recently posted..Keputusan Peperiksaan Akhir UiTM Mei-Oktober 2011 Jumaat?

Reply

Mohd Isa November 6, 2011 at 10:37 am

apa lagi, carilah pasangan yang secocok. :)

Reply

Ikhwan November 6, 2011 at 11:06 pm

Nak focus study dulu :D
Ikhwan recently posted..Salam Aidiladha 1432 Hijrah

Reply

Mohd Isa November 12, 2011 at 2:15 pm

bagus2, thats better. :)

Reply

mancai November 4, 2011 at 6:16 am

huhuhuhu… romantik juga tips ni….

Reply

Mohd Isa November 6, 2011 at 10:37 am

tahu xpa, romantik abislah. :)

Reply

Wan Perlis November 4, 2011 at 11:45 am

cakap terus terang kat dia
saya taksuka org yg suka menangis
haha

Reply

Mohd Isa November 6, 2011 at 10:38 am

haha, itu dah berani mati punya. nampak sangat tak terima seadanya. :P

Reply

hafidz November 4, 2011 at 3:25 pm

jangan menangis…
kesat air matamu….
cewah~ =P
hafidz recently posted..Nuffnang Buffered Earnings 2

Reply

Mohd Isa November 6, 2011 at 10:38 am

pergh, hati bunga2 la ni yerk. :)

Reply

titan November 10, 2011 at 12:59 am

banyak fungsi bahu nih..hehe..
titan recently posted..Nak makan ApamPolkadot. Nakk..

Reply

Mohd Isa November 12, 2011 at 2:15 pm

haha…tahu xpa…:)

Reply

Mohd Isa February 11, 2012 at 2:28 am

ya, memang sangat bagus diamalkan. :)

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

{ 1 trackback }

Previous post:

Next post:

© Blog by Mohd Isa Network ⋅ Hosting by Serverfreak