Tips Untuk Tidak Mudah Lupa Ingatan atau Hilang Ingatan

Tips Untuk Tidak Menjadi Seorang Pelupa

Salam semuanya, semoga anda semua sihat sejahtera hendaknya. Pertama sekali saya hendak mengucapkan syukur kepadaNya kerana diberikan kesempatan untuk mengemaskini artikel di Blog Mohd Isa ini. Bagi yang belum mengemaskini artikel di blog, sila baca tips SEO kepentingan artikel sebelum ini.

Baiklah, kali ini saya tidak akan menyebut mengenai SEO mahupun Apple iPad 2 yang menjadi rebutan oleh ramai blogger. Kalau yang belum ada blog, boleh buat blog sekarang. Lepas itu promote hadiah Apple iPad 2, tapi hadiah buat anda mungkin Ray Ban sahajalah. Blog baru, bawah Google Pagerank 0 kot.

Ops, melalut pula saya. Nanti jadi macam entri ragam blogger dan Facebook group pula, panjang lebar macam esei sudah. Jom lihat tips yang ingin saya kongsikan pada kali ini, mudah sahaja sebenarnya jika tidak mahu kita menjadi seorang pelupa. Amalkan tip di bawah ini, insyaAllah. Dengan izin tuhan kita tidak akan menjadi pelupa.

Apple iPad 2 Percuma


Tips Untuk Tidak Mudah Lupa atau Hilang Ingatan

  • Kurangkan makan bawang besar
  • Kurangkan makan berempah
  • Kurangkan makan ketumbar kering
  • Kurangkan menonton hiburan
  • Kurangkan membaca majalah hiburan
  • Kurangkan ketawa yang panjang atau terbahak-bahak
  • Kurangkan minuman air sejuk, minuman dalam tin
  • Kurangkan makan organ dalaman ayam
  • Jangan makan kepala ikan
  • Jangan minum air yang ada semut
  • Jangan tidur selepas subuh
  • Jangan tidur selepas asar
  • Jangan tidur selepas makan
  • Jangan makan terlalu kenyang
  • Jangan makan berat selepas jam 9.00 malam
  • Jangan menyapu rumah pada waktu malam
  • Jangan makan yang masam-masam berlebihan
  • Jangan dicampur makan laut dan darat dalam satu hidangan
  • Jangan minum susu selepas memakan daging atau ayam

Itu perkara-perkara yang perlu dikurangkan dan dielakkan untuk menguatkan ingatan kita, baiklah jom lihat pula perkara-perkara yang perlu diamalkan dalam mengekatkan ingatan kita pula.

Perkara Yang Perlu Diamalkan Untuk Tidak Lupa Ingatan

  • Selalu makan buah manisan seperti kurma dan lain-lain
  • Selalu makan makanan yang panas-panas
  • Selalu memakan kekacang seperti kacang soya, badam dan lain-lain
  • Selalu minum air masak
  • Selalu makan ulam-ulam
  • Selalu mengamalkan pandangan hijau
  • Selalu bersenam
  • Selau menggunakan imajenasi otak
  • Banyakkan memakan makanan berasaskan gandum atau soya
  • Banyakkan aktiviti berkhemah di hutan atau pantai yang mempunyai pokok kerana disitulah terdapat banyak ion-ion negetif dan cahaya matahari infra merah terutama pada waktu pagi yang amat diperlukan oleh tubuh badan, kerana hanya kawasan seperti ini sahaja yang mempunyai peratus yang cukup untuk kegunaan kita seharian berbanding dalam bangunan batu ianya terlalu sedikit
  • Jangan ego
  • Jangan dengki pada orang lain
  • Jangan makan dari sumber yang tidak halal
  • Jangan memberi anak makan makanan dari sumber yang tidak halal
  • Jangan makan makanan yang ada pewarna
  • Jangan makan makanan yang ada pengawet
  • Jangan mengunakan minyak masak lebih dari 2 kali
  • Jangan mandi selepas 9.00 malam

Apple iPad 2 Percuma

Itulah serba sedikit tips atau amalan yang perlu kita laksanakan untuk mengekalkan ingatan kita agar tidak mudah lupa atau hilang ingatan. Setiap perkara perlu diusahakan, seperti yang selalu simpan dalam diri ini “bahawa kehidupan, tubuh badan dan akal fikiran adalah anugerah dan amanah daripada Allah s.w.t. Jadi hendaklah kita menjaganya sebaik mungkin.” Renung-renungkan, selamat beramal. :)

• Meet the Author • Mohd Isa


Blogging With Passion - Menulis blog sekadar hobi dan bukannya sepenuh masa. Berkongsi dan mendatangkan hasil. Terima kasih.


42 comments… add one

  • baguslah tips nie…
    memang sekarang selalu terlupa…
    mungkin ada kaitan dengan ‘jangan’ & ‘kurangkan’ di atas kot…
    Piston Pecah recently posted..Jangan Lari Dari Masalah- Cuba belajar Untuk Selesaikan

    Reply
    • haha, itulah. aku baca banyak kali, rasanya semua aku belasah. :P

      Reply
  • saya pon sejak akhir2 asyik lupa je sebab busy sgt. insyaallah mudah mudahan tips dapat bantu kuatkan lagi ingatan saya. :)
    afique recently posted..Artwork- Sekinchan Ikan Bakar

    Reply
    • insyaAllah afique, dengan izin tuhan dengan apa yg kita amalkan. ada keberkatannya. :)

      Reply
  • bagus entri ni
    aku pulak suka makan campur2 darat dan laut bro.
    patut la cepat lupa, haishhh muda2 kacak dan bergaya ni dah nyanyuk..hehe
    syahrilhafiz recently posted..My Chemical Romance – “Na Na Na”

    Reply
  • bila sebut pasal lupa nie…aku teringat si nazmi raja lawak dengan kisah aku lupanya tue..haha

    Reply
    • aku tak menonton la plak, nak kena cari kat utube ni. hehe, menarik ke bro?

      Reply
  • Ada lgi, jangan rajin makan semut..hu3.. kalau nak ikutkan lupa, bab2 kecik kadang2 org suka buat2 lupa, pastu Tuhan tarik nikmat, terus jadi pelupa.. Apa yang penting, jgn lupa diri, insyaalh xkan mudah untuk menjadi seorg pelupa walaupun dah tua2..
    decrewz recently posted..Buffered Earning Yang ke-5

    Reply
    • betul tu jai, aku teringat masa time sekolah dulu. bila kerja sekolah tak siap, kena marah ng cikgu. ckp terlupa nak buat, maybe sebab itu kita mudah lupa. :)

      Reply
  • hahaha. pergh. hampir semua perkara yg kat dalam list mudah lupa tu.. selalu je buat. sikit je perkara yg kat dalam list yg elakkan mudah lupa tu yg selalu buat. isk2.
    hazari recently posted..improvement is wanted

    Reply
  • As salam..
    Dah tau tp buat jgk…
    Kalau nak makan sayur sedap, kena bubuh bawang besar byk2…
    Susah jgk nak elakkan makanan laut dan darat…
    iza recently posted..Contest Anjung Streamyx

    Reply
    • salam, betul tu iza. orang melayu, memang susah nak berpantang. kalau boleh semua nak dibedalnya. macam saya, saya memang suka makan bawang banyak. :) tak tahulah nak kurangkan macam mana.

      Reply
  • kalau di lihat betol2 mmg banyak pantang larang nyer kalau nak kuat ingatan nie..
    kener usaha gak.. hendak seribu daya..
    sazuwi recently posted..Pengalaman Ke Klinik 1 Malaysia

    Reply
    • betul tu bro, semua benda sama sahaja sebenarnya. niat dan usaha mesti ada. barulah boleh berjaya

      Reply
  • aku pon pelupa gak isa.tahap kronik der.banyak juga tips2 yang diberikan…kena catit gamaknyer ni :) thanx bro!

    Reply
    • samalah kita der, byk nak kena amalkan lepas ni. insyaAllah kalau ada usaha.

      Reply
  • kalau makan banyak sangat ubat pun akan ada efek kepada ingatan kita jugak tau.
    eiela recently posted..Alhamdulillah- Dah Selamat Bersalin

    Reply
    • jangan terlampau mengharap pada ubat eiela, buruk padahnya nanti.

      Reply
  • terasa aku…..

    Reply
  • zaman sekarang kurang makan pun boleh jadi sakit apatah lagi kalau terlebih makan…zaman muda tak terasa tapi tunggula bila dah tua nanti, macam2 sakit yang datang, tapi jangan jadi nyanyuk sudah ;)

    Reply
    • betul tu bro, muda-muda makan macam-macam. sampai terlebih makan pun ada, dah tua nanti. tahulah akibatnya. :)

      Reply
  • bro.. nak minta kebenaran untuk copy info ni untuk blog darikampung.org
    Mus recently posted..Soil Stabilization Last Day – Men’DSLR’kan Kamera Kompak

    Reply
    • boleh, tidak menjadi masalah. jangan lupa backlink yerk. :)

      Reply
  • Terus praktik yg satu tu jgn mandi, ok done.
    wanluqman recently posted..Termites

    Reply
  • ya allah..trima kasih dgn tips ni..pg td beru search cari ubat utk xlupa..xtau lah ana ni tlalu kuat sgt lupa..pagi tadi letak beg dlm kete, pstu pnjat naik tingkap 5 sebab ingat beg tangan tertinggal..last penat je..exercise pg2..rupenya dlm kete.lmbat dtg keje setengah jam..;(
    Ana Admi recently posted..I slowly Hate my Boss!! DAMN IT!

    Reply
    • sama-sama ana, ala kasihannya dia. itulah, len kali jgn panik. bangun awl, jgn kelam kabut, takdalah jadi macam ni. salah satu sebab lupa, cepat panic. :) len kali jgn ulang benda yg sama tau. :)

      Reply
  • selain dari makanan yg baik ialah>>>zikrullah…… insyaAllah :)

    Reply
    • betul tu saudara, yang penting sentiasa beribadah kepadaNya.

      Reply
  • Nice sharing bro..rasa nak abadikan dekat blog la..jangan risau, kredit dekat blog.mohdisa.com..hehe..nice nice..
    rashid recently posted..Tenaga Nuklear lebih banyak kebaikan

    Reply
    • takda hal punya, boleh. tak jadi masalah, jji ayat biar tukar2 skit. hehe

      Reply
  • Insya Allah ….kita amalkan tips di atas …….supaya tak mudah lupa

    Reply
  • Minta izin pinjam tips ni ya.

    http://amimarzsays.blogspot.com

    Reply

Don’t Be Shy » Leave a Comment!

CommentLuv badge