Tips Mengatasi Rasa Mengantuk Semasa Bekerja

Tips Mengatasi Rasa Mengantuk Semasa Bekerja

Semakin hari semakin seronok pula membaca pelbagai tips yang dikongsikan di laman blog dan Facebook. Pelbagai tips yang dapat dicari melalui internet sekarang ini, tidak kiralah tips memikat, tips yang patut dilakukan ketika pasangan anda menangis dan banyak lagi. Kali ini saya ingin kongsikan satu lagi tips yang saya temui, iaitu tips mengatasi rasa mengantuk semasa bekerja.

Sesuai sangatlah kepada saya yang sudah memulakan episod baru dalam kehidupan ini, maklumlah sudah hampir tiga minggu saya menempuh alam pekerjaan. Jadi bohonglah jika saya tidak pernah rasa mengantuk semasa bekerja. Kebiasaannya rasa mengantuk ini berlaku selepas makan tengah hari, saya pasti anda juga menghadapinya. Ini boleh meyebabkan prestasi dan prodiktiviti kita terjejas.

Kadangkala kita hairan bagaimana orang yang lebih berumur daripada kita boleh kekal cergas dan sentiasa bersemangat melaksanakan tugas dalam bekerja. Terutama bos saya, steady sahaja dari pagi hingga ke petang. :) Sebenarnya masalah cepat letih dan kurang cergas ini berpunca dari gaya hidup, tabiat pemakanan dan cara kita mengawal minda serta emosi.

Tambahan pula macam saya yang gemar dengan bidang blogging, waktu malam banyak menghabiskan masa di blog rakan-rakan, facebook dan twitter. Kadang-kadang sehingga larut malam. Tabiat dan pemilihan makanan juga mempengaruhi tahap kecergasan kita. Pebagai cara yang boleh dilakukan untuk meningkatkan kecergasan dan mengatasi masalah rasa mengantuk dan mudah letih di tempat kerja.

Di sini saya ingin kongsikan beberapa tips mengatasi rasa mengantuk semasa bekerja yang disyorkan oleh Dr. Ismail Thamby:

1. Mesti bersarapan walaupun anda tidak rasa lapar. Kajian menunjukkan individu yang bersarapan berasa lebih baik daripada segi mental dan fizikal. Penyelidik dari Universiti Cardiff, United Kingdom mendapati hidangan seringkas bijirin sarapan pagi boleh merendahkan tahap hormon kortisol iaitu hormon yang menyebabkan tekanan.

2. Makan setiap tiga hingga empat jam dalam kuantiti kecil — maknanya anda mesti makan pagi, tengah hari dan malam. Makan secara teratur tiga kali sehari boleh mengawal paras gula dalam darah. Makan sedikit tetapi kerap lebih baik daripada makan banyak pada satu-satu masa. Ini kerana badan menggunakan lebih tenaga untuk menghadam makanan dan ini boleh membuatkan anda berasa letih.

Pastikan setiap hidangan mengandungi karbohidrat dan protein sebagai sumber tenaga. Karbohidrat dari makanan ditukar kepada gula ringkas (sebagai tenaga) dan ini secara tidak langsung mengurangkan keinginan anda kepada makanan manis.

3. Lebihkan pengambilan sumber serat — Untuk mengekalkan kesihatan, kita disaran mengambil sekurang-kurangnya lima hidangan serat setiap hari tetapi jika mahu meningkatkan tahap kesihatan dan mencegah penyakit, kita perlu makan lima hingga sembilan hidangan sayur-sayuran dan buah-buahan sehari.

Serat bukan saja membuat kita berasa lebih cepat kenyang, tetapi tempoh kenyang itu juga lebih lama. Ini kerana serat memperlahankan ‘kemasukan’ karbohidrat ke dalam darah yang membuatkan tenaga tahan lebih lama.

4. Minum banyak air. Air sangat penting untuk memastikan semua organ berfungsi secara optimum. Kekurangan air walaupun sedikit boleh membuatkan darah menjadi pekat dan memaksa jantung untuk mengepam lebih kuat. Tanpa disedari perkara ini menyebabkan kita terasa penat.

Air juga membantu melancarkan aliran nutrien ke seluruh badan. Ia juga mengembalikan kepekatan darah ke paras normal. Jika anda berasa mengantuk, terutama selepas makan tengah hari, itu tandanya kurang oksigen sampai ke otak. Untuk mengatasinya, minum lebih banyak air masak bagi menghilangkan rasa mengantuk.

Berapa banyak perlu minum? Sekurang-kurangnya lapan gelas atau satu liter sehari. Ada pengamal perubatan alternatif berpendapat satu liter masih tidak memadai kerana jumlah air yang hilang dari badan mungkin lebih banyak, terutama jika bersenam dan ketika cuaca panas.

Jadi kita disaran minum lebih banyak kerana air menjadi bahan paling murah untuk menyingkir bahan toksik daripada badan. Antara cara untuk mengetahui sama ada anda cukup air atau tidak ialah mengira kekerapan ke tandas dan warna air kencing.

Kekerapan yang normal ialah sekali dalam masa dua hingga empat jam dan air sepatutnya jernih serta berwarna kuning cair. Selain minum air kosong, sumber cecair lain ialah jus buah, sup dan buah-buahan yang mengandungi banyak air seperti tembikai, oren dan anggur. Namun individu yang ada masalah berat badan berlebihan digalak lebih banyak minum air kosong bagi mengelak pertambahan kalori yang tidak diperlukan daripada gula.

5. Kurangkan pengambilan minuman mengandungi kafein, terutama pada waktu petang dan malam. Kafein mempunyai kesan diuretik iaitu yang membuatkan anda kerap buang air kecil dan kehilangan banyak air. Bagaimanapun, ini bukan bermakna anda tidak boleh minum kopi atau teh kerana sekadar satu cawan tidak mendatangkan mudarat.

Kajian menunjukkan pengambilan kafein pada kadar sederhana (200 hingga 300 miligram daripada dua atau tiga cawan kopi) boleh membuatkan kita berasa segar selama beberapa jam yang menyebabkan sukar untuk tidur malam dan akibatnya kita akan letih dan mengantuk di tempat kerja.


6. Segarkan semangat anda. Pilihan untuk gembira, sedih, malas atau rajin ada di tangan kita. Keletihan fizikal tidak sama dengan keletihan mental. Biasanya keletihan mental membuat anda berasa tidak bermaya dan tiada semangat untuk melakukan sebarang perkara.

Keletihan fizikal hilang selepas kita mandi, berehat atau tidur seketika. Namun keletihan mental, termasuk perasaan sedih, marah, geram, bosan, bimbang atau tekanan lain, akan berlarutan selagi ia tidak ditangani.

Badan bertindak balas terhadap perasaan yang kita pilih. Jika kita mahu berasa gembira, secara automatik badan dan otak terasa lebih bertenaga dan cergas. Namun jika anda masih terasa lesu, cuci muka. Ada kajian menunjukkan terapi air yang mudah ini boleh membuatkan kita berasa lebih segar.

7. Jangan mengeluh dan hilangkan apa yang terbuku dalam hati. Keluhan memberi kesan negatif kepada semangat kita. Perasaan terbuku sebenarnya adalah kesan sampingan tekanan yang boleh menyebabkan degupan jantung menjadi cepat dan meningkatkan tekanan darah.

Kenal pasti apa yang membuatkan anda berasa tidak puas hati dan cari jalan untuk menyelesaikannya. Jika ia membabitkan perkara di luar bidang kuasa dan kemampuan kita, cara terbaik ialah dengan berasa reda kerana kita memang tidak mungkin memiliki semua yang diingini.

8. Jangan pandang rendah pada diri sendiri kerana tuhan menjadikan setiap insan sebagai individu yang sangat unik. Cari kelebihan diri dan gunakan ia sebagai perangsang semangat untuk menjalani hidup dengan lebih baik. Didik diri menjadi pemaaf kerana sikap ini sebenarnya memberi kesan positif terhadap minda dan emosi kita.

9. Amalkan teknik pernafasan betul. Tarik nafas dalam-dalam (hingga terasa udara masuk ke dalam perut), tahan seketika dan lepaskan perlahan-lahan. Ulang 10 kali. Apabila dalam keadaan tertekan, pernafasan menjadi cepat dan pendek. Akibatnya kurang oksigen dibawa masuk ke dalam badan yang membuatkan kita berasa cepat letih.

10. Senyum dan lakukan perkara baik. Senyuman bukan saja membuat orang berasa senang, tetapi ia juga mententeramkan perasaan kita. Selain itu, lakukan perkara baik dengan membantu orang lain. Peluang untuk berbuat baik sentiasa ada di keliling keliling kita, terpulang kepada anda sama ada mahu memanfaatkannya.

11. Kurangkan penggunaan televisyen dan komputer selepas jam 8 malam. Malam adalah waktu untuk anda berehat. Cahaya televisyen dan komputer menyebabkan anda lebih sukar tidur dan berehat.

12. Belajar menangani tekanan. Jika ada masalah, usah pendam sendirian. Luahkan kepada orang yang anda percaya dan boleh menyimpan rahsia. Jika anda sukar meluahkan perasaan dengan kata-kata, curahkan masalah anda di atas kertas. Ini juga sebahagian daripada terapi untuk mengurangkan tekanan.

13. Dapatkan rehat secukupnya. Pastikan anda mendapat cukup tidur yang berkualiti. Jika di tempat kerja, berhenti rehat seketika setiap jam dengan bangun dari tempat duduk untuk mengurangkan tekanan pada sesetengah anggota badan.

14. Bersenam. Ini adalah cara efektif untuk mengembalikan tenaga. Ramai bertanya kalau sudah letih bagaimana mahu bersenam? Rahsianya, apabila anda bersenam, badan mengeluarkan tenaga daripada lemak yang disimpan dan ia secara tidak langsung membuat anda berasa lebih segar, fikiran tenang serta mudah tidur pada waktu malam.

Sumber: alamonline.net

Banyak bukan tips untuk mengatasi rasa mengantuk semasa bekerja yang boleh diamalkan, tapi saya di tempat kerja lebih gemar berjalan dari meja ke meja rakan-rakan di pejabat. Tambahan pula melihat telatah mereka sudah mampu menghilangkan rasa mengantuk saya. Anda pula bagaimana?

• Meet the Author • Mohd Isa


Blogging With Passion - Menulis blog sekadar hobi dan bukannya sepenuh masa. Berkongsi dan mendatangkan hasil. Terima kasih.


30 comments… add one

  • Kalau ngantuk sangat, tidur je.
    Cikgu Hairuk recently posted..Ubat Mengantuk

    Reply
    • mmg tak salah kalau nak tidur terus je, tp jgnlah berlebihan pula waktu kerja. hehe

      Reply
  • Tips no 6 adalah yang terbaik yang merangkumi kesemuanya sekali….itu sekadar pendapat saye. Info berguna dan bleh share kat fb..terima kasih
    Mr. Bukit Besi recently posted..Majalah Gila Kereta

    Reply
    • yurp, apa2 benda yang kita nak buat mesti ada semangat. barulah boleh berjaya. :)

      Reply
  • Salam,

    Wah…. banyak betul tips yang diberi. Bagi saya makanan jarang mempengaruhi rasa mengantuk. Ada faktor lain, Kat tempat kerja kalau ngantuk saya pun suka jalan-jalan tengok kerja kawan… kalau kat rumah ngantuk je tidor terus… :-)
    Lagi satu,kalau kita buat benda yang kita suka, kita tak rasa ngantuk. Betul tak?

    Reply
    • makanan sebenarnya mempengaruhi, kalau makan nasi lemak boleh membuatkan kita rasa mengantuk. begitu juga dengan makanan yang di masak menggunakan kawah. tidak silap saya makanan tersebut mengandungi karbon atau benda lain yang terhasil daripada kepulan asap yang melekat pada makanan tersebut. bab buat perkara yang kita suka, memang amat setuju. :)

      Reply
    • betul la.. bila fikir balik..
      contohnya saya suka menyanyi, bila menyanyi berapa jam pun tak mengantuk.heeheeeheee. bila mengadap komputer kat tempat kerja pula sampai terkeluar air mata sbb manahan ngantuk..

      tapi daripada tips yang dberi, masalah utama diri saya ialah kurang air..

      Reply
      • kurang air dah menjadi masalah lain, mahu tidak mahu kena rajin-rajinlah minum air kosong atau air suam. jangan belasah minum air sejuk selalu pula, rosak benda lain pula.

        Reply
  • tips ni memang berguna sangat untuk aku. bookmarked!~ :D

    Reply
    • yeah…bookmark terus…hehe

      Reply
      • tak yah book marked, save kat notepad, print dan tampal kat dapor or bilik tidor.. :-)

        Reply
        • terbaiklah, itu jalan yg lebih afdhal. hehe

          Reply
  • tips aku kalau dah ngantuk sangat tidur je la..mmg x boleh bt apa dah.hehe
    azizan4444 recently posted..Bagaimana Cara Orang Buta Melintas Jalan Seorang Diri

    Reply
    • itu biasa, aku pun kalau dah mengantuk sgt mmg lebur terus. hehe

      Reply
  • Kalau ngantuk itu tandanya,mata sudah penat apalagi kalau asyik depan PC,ubat paling bagus…tidur!!
    galut recently posted..7 Langkah Ke Arah Sukses

    Reply
  • kalau dah ngantuk sangat jugak tidur le kejap 10~20min, bukan 1-2jam.
    Denaihati recently posted..Yanmieonline.com lebih baik kalau

    Reply
    • betul tu bro, aku pun macam tu gak. klu ngantuk gak, aku belasah tdo je dalam 15min plg kurang…takleh lebih2…kang kantoi ng bos. hehe

      Reply
      • tidur 5,10 minit pun dah cukup dah sebenarnya kalau mengantuk sangat ni.kalau aku,mintak tolong kawan kejutkan lepas 15 minit dan suruh dia kejutkan dalam keadaan terperanjat.Insya Allah hilang ngantuk tu nanti :D
        Pacifista recently posted..Backlinks Dofollow Dari Ariffshah.com

        Reply
        • kejut dalam keadaan terperanjat aku tak boleh, nanti kena serang migrain plak. hehe

          Reply
  • Sama la,kalau dah ngantuk,ambik masa kejap dalam 5 hingga 10 minit tidur untuk segar kembali
    wazy recently posted..3 Panggilan Seumur Hidup

    Reply
    • itu biasalah, terkandung dalam tips rehat sebentar bersama kit kat…hehe

      Reply
  • Bersarapan diwaktu pagi adalah tip yg paling berkesan sbbnya bila kita lapar,kita akan jadi mengantuk…
    Faisal 2dayblogger recently posted..Berblogging Adalah Satu Kerjaya Dan Hobi Yang Menguntungkan

    Reply
  • dapatkan tidur yang cukup. Insya-Allah..tak mengantuk. yang mengantuk ni..sebenarnya terlebih tidur atau tak cukup tidur aje..
    ohcikgu recently posted..Tarikh keputusan UPSR 2011 – Jatuh pada 17 November 2011

    Reply
    • lain orang lain caranya, ada yang cukup tidur sampai 8 jam pun still mengantuk lagi. maklumlah, penat bekerja.

      Reply
  • banyaknya tip tak praktik lagi.

    Reply
  • “11. Kurangkan penggunaan televisyen dan komputer selepas jam 8 malam. Malam adalah waktu untuk anda berehat. Cahaya televisyen dan komputer menyebabkan anda lebih sukar tidur dan berehat.”

    adekah ini bermaksud kalau kita tidur dalam keadaan lampu terbuka jugak akan menyebabkan kita rase mengantuk d siang hari?

    Reply
    • itu kurang pasti, tetapi apa yang pasti. pakar kesihatan pernah berkata, tidur di bawah cahaya lampu boleh mendatangkan penyakit. seperti penyakit lukimia.

      Reply
      • oh… thanks for the info…! berguna sgt bro..!

        Reply
  • bermanfaat banget buat saya
    soalnya saya juga suka cepat ngantuk

    Reply

Don’t Be Shy » Leave a Comment!

CommentLuv badge