Teknik SEO blog terkini? Rasanya pada saya tidak jauh beza dengan teknik SEO sebelum-sebelum ini. Yang menjadi perbezaan, pengiraan atau algoritma daripada sesebuah enjin carian sahaja terutama Google.
Bagaimanapun, teknik SEO blog umpama sebuah puzzle yang harus diperbaiki dan diubah sedikit demi sedikit. Oleh yang demikian, teknik SEO ini juga terpaksa mengikut rentak enjin carian seperti Google yang sentiasa berusaha untuk memperbaiki algoritma mereka agar keputusan carian (SERP) adalah lebih tepat.
Dalam artikel ini saya akan kongsikan 10 teknik SEO blog terkini yang boleh dianggap sebagai peringatan kepada pembaca terutama rakan-rakan blogger yang sering tercari-cari apa itu SEO sebenarnya.
10 Teknik SEO Blog Terkini
- Gunakan tajuk/title yang relevan dan bebeza serta bersesuaian dengan kata kunci/keyword yang digunakan dalam sesebuah laman atau artikel.
- Tulis artikel yang menarik dan utamakan kandungan penulisan yang asli. Hindari perbuatan plagiat (kecuali fakta). Tulis artikel yang benar-benar menarik dan mampu menarik minat pembaca untuk menghabiskannya. Jangan lupa masukkan kata kunci yang disasarkan.
- Gunakan anchor text untuk link ke artikel yang berkaitan (inbound link). Anda juga boleh menggunakan plugin SEO Smartlinks.
- Pastikan blog atau laman anda mudah dimasuki, laju dan pantas (fast loading). Ini kerana page load menjadi salah satu faktor penentu dalam SERP di Google.
- Kemaskini atau tambah artikel blog anda secara berkala, sehari sekali pun jadilah.
- Tema atau rekabentuk sesebuah blog juga memain peranan, pastikan ianya mesra pengunjung dan juga mesra SEO. Melalui pengalaman saya, Thesis dan Genesis merupakan salah sebuah tema yang benar-benar mesra SEO.
- Bina backlink yang berkualiti dan bukannya dengan kuantiti yang banyak sahaja.
- Gunakan media sosial seperti Twitter dan Facebook untuk mempromosikan artikel atau blog anda sebaik-baiknya.
- Lebih menarik lagi jika anda tambahkan video di dalam artikel anda, agar ianya menarik minat pembaca untuk berkunjung dengan lebih lama.
- Terbaru dan terkini, pastikan blog anda bersedia dengan pelawat yang menggunakan tablet atau telefon pintar. Saya menggunakan plugin MobilePress, mudah dan ringkas untuk pelawat yang menggunakan tablet atau telefon pintar.
Apa macam? Menarik atau tidak 10 teknik SEO blog yang saya kongsikan di atas? Bagaimana pula dengan pendapat anda? Pasti anda juga mempunyai teknik SEO tersendiri, kongsikan dengan saya melaui komen di bawah. Teknik SEO Blog
loading...
loading...



{ 22 comments… read them below or add one }
terkini dan selamanya.. memang byk lagi yg perlu sy belajar lagi..
muazfaris recently posted..Alahai Gambar, nostalgia kita bersama (9 Gambar)
wow info yang berguna kepada saya ni,hurm camne ekk nk cari backlink yg berkualiti..??
Luqman Hakim recently posted..Free Download Ariana Mikhail Episode 13 Full Movie Mediafire
bagus tips ni bro. ada idea untuk penulisan akan datang.
terimakasih atas perkongsian:)
nik recently posted..Student dan duit?
terbaik la, berkenaan tema reka bentuk blog, paling sesua dengan Genesis..hikhik tunggu sidia kacak rupawan bagi
dan apa nama plugin yang vote tu eea? nak kena tanya shah danial ke
dan lagi..
Terima kasih dengan perkongsian ini. Saya amat memerlukan tip begini untuk menaikkan laman web saya. Semoga tuan dipemurahkan rezeki.
Mat Monavie recently posted..Kebaikan Buah Acai Berry Yang Perlu Anda Tahu!
Terbaik….. Google algorithm sentiasa berubah… jadi SEO teknik kena sentiasa diperbaharui
aku guna hentam seo aje. haha..
titan recently posted..Komisen ke 14 dari Innity
Terbaik bro….
Yus recently posted..Layan Dengar Lagu Jimmy Palikat – Anak Kampung
terbaik .. hehe .. byk g kna bljaq nie ..
Mr.Sepet recently posted..Liyana Jasmay Bertunang
Assalam…
Bagus teknik tu..
Ada kalanya iklan terapung juga mengganggu pembaca jika tidak menggunakan mobilepress. Hanya nampak iklan bila buka sesetengah blog melalui smartphone…
iza recently posted..Tahun Lompat.
terima kaseh bebanyak bro =)
terbaikkk
Thanks ya Isa.Thumbs up Isa..
semua tips SEO utk pengguna WP.. cuba buat tips kalau guna blogspot mcm aku… Ada bran?? hahahahaa..
wan_cikgumuzik recently posted..MASAKAN DIPERBUAT DARI ULAT, BELALANG, DAN SERANGGA | 27 GAMBAR
Huhu.terbaik la bro.hehe
budakserius recently posted..Gambar Guru Paling Cantik Dan Hot Di China
banyak perlu belajar lagi..
Entry ni bener2 maknyos, mengupas tuntas soal teknik seo
nice share agan..
Irawan recently posted..Pengertian Keyword Density dan Manfaat dalam SEO
Terima kasih perkongsian ilmu yang baik.
akakcomey recently posted..Cabaran ride
terimakasih tips nya boss..
saya masih perlu banyak belajar lagi ni..
yg no 10 tu 1st time dengar
Terbelog recently posted..Video Terkini Bersih Tiga Perpuluhan Kosong
pening study bab seo ni..ciktom install jgk plugin MobilePress tue..
cik tom recently posted..Projek 100 Bloggers oleh Bro Framestone