Tarikh Melihat Anak Bulan Ramadhan 2011

by on July 26, 2011

Tarikh Melihat Anak Bulan Ramadhan 2011

Pejam celik, pejam celik sudah hendak masuk bulan Ramadhan bermakna bermulalah ibadah puasa bagi umat Islam di seluruh dunia. Apa-apa pun Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia baru sahaja mengumumkan tarikh melihat anak bulan Ramadhan 2011.

Tarikh melihat anak bulan bagi menentukan permulaan puasa bagi umat Islam di seluruh Malaysia ialah pada petang Ahad ini, 31 Julai bersamaan 29 Syaaban 1432 Hijrah.

Menurut kenyataan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia, tempat melihat anak bulan adalah Pontian Kecil di Johor; Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Tanjung Bidara (Melaka); Teluk Kemang (Negeri Sembilan); Bukit Melawati (Selangor); Pulau Angsa (Selangor); Bukit Jugra (Selangor), Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam (Selangor); Pantai Pasir Panjang (Perak); Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh (Pulau Pinang); Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda (Kedah); Pemandangan Indah, Pulau Langkawi (Kedah); Menara Alor Setar (Kedah).

Bukit Besar, Kuala Terengganu (Terengganu); Bukit Kemuning, Kemaman (Terengganu); Pulau Perhentian (Terengganu); Balai Cerap KUSZA, Setiu (Terengganu), Bukit Peraksi, Pasir Puteh (Kelantan); Bukit Kampung Tembeling, Kuala Krai (Kelantan); Menara Bangunan SEDC, Kota Baharu (Kelantan).

Tanjung Lubang, Miri (Sarawak); Teluk Bandung, Kuching (Sarawak), Tanjung Batu, Bintulu (Sarawak); Balai Cerap Al-Biruni, Putatan, Sabah; Bukit Tanjung Batu, Nenasi (Pahang); Gunung Berincang, Cameron Highlands (Pahang); Bukit Pelindong, Kuantan (Pahang).

Menara Universiti Malaysia Sabah (Labuan); Menara Kuala Lumpur (Kuala Lumpur); Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, dan Kuala Sungai Baru, Simpang Empat (Perlis).

Majlis Raja-Raja mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh permulaan puasa adalah berdasarkan Rukyah dan Hisab, dan pengisytiharan tarikh permulaan puasa akan dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia melalui radio dan televisyen pada malam itu juga.

Sumber: BERNAMA

GD Star Rating
loading...
GD Star Rating
loading...

ADVERTISEMENT

{ 8 comments… read them below or add one }

syahrilhafiz July 26, 2011 at 7:10 pm

alhamdulillah nak puasa dah
tapi tiket bas nak raya dah lama beli..ekekeke
sebab takut habis, kan kita raya sambil2 merdeka..:)

Reply

Mohd Isa July 26, 2011 at 7:48 pm

wah, pantas. bagus2…meh la raya umah aku nnt…hehe

Reply

Apih July 26, 2011 at 9:37 pm

selamat berpuasa bro. duit raya xde ke? kehkehkeh
Apih recently posted..Tarikh Melihat Anak Bulan Ramadhan 2011

Reply

Mohd Isa July 26, 2011 at 10:56 pm

haha…baru nak pose…dah minta duit raya…apo ler…

Reply

Apih July 27, 2011 at 12:18 am

mana tau kalo mintak awal² dapat spesel.. kehkeh
Apih recently posted..Drama Ramadhan Terakhir Di TV3

Reply

Mohd Isa July 27, 2011 at 12:22 am

haha…mcm tu pun ada ke? haha

Reply

Piston Pecah July 27, 2011 at 12:54 am

sekejap saja masa kan?
dah tak lama nak puasa dah..
Piston Pecah recently posted..Dua Puluh Empat.. Apa Lagi Yang Tak Dapat?

Reply

Mohd Isa July 27, 2011 at 1:07 am

itulah bro, kejap je dah nak masuk bulan ramadhan. rasa baru sahaja seronok berhari raya…hehe

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

{ 1 trackback }

Previous post:

Next post:

© Blog by Mohd Isa Network ⋅ Hosting by Serverfreak