tambah nilai dengan maybank2u

Tambah Nilai Kredit Telefon Bimbit Melalui Maybank2u

oleh Mohd Isa pada November 12, 2011

Dunia di hujung jari, itulah ungkapan yang digunakan pada zaman teknologi ini. Hampir semua urusan kita boleh dijalankan dengan menggunakan internet sahaja, tidak perlu berjumpa atau keluar kemana-mana. Lakukan sahaja dengan telefon bimbit, komputer mahupun tablet. Kini anda boleh tambah nilai kredit telefon bimbit melalui Maybank2u.

Tutorial pada kali ini sesuai sangat untuk sesiapa sahaja yang tidak mempunyai masa untuk keluar rumah atau pejabat semata-mata untuk menambah nilai perkhidmatan prabayar telefon bimbit. Kini ia boleh dilakukan secara talian sahaja dengan menggunakan Maybank2u. Pertama sekali pastikan akaun Maybank anda mempunyai baki yang mencukupi untuk tambah nilai, paling kurang RM10.

Langkah pertama, login akaun Maybank2u terlebih dahulu. Kemudian klik “Buy Online” di bahagian atas sebelah kanan.
topup melalui maybank2u

Seterusnya klik pada “Instant prepaid top up”.
topup melalui maybank2u

Pilih rangkaian prabayar anda, setakat ini hanya dua rangkaian sahaja yang ada. Celcom Xpax dan Maxis Hotlink. Kemudian klik “Continue”.
topup melalui maybank2u

Setelah itu, pilih nilai (Amount) yang diinginkan. Kemudian masukkan nombor telefon dan klik “Continue”.
topup melalui maybank2u

Langkah seterusnya, anda perlu request kod TAC. Kemudian masukkan ke ruangan kod TAC. Kemudian klik butang “Confirm”.
topup melalui maybank2u

Setelah anda menekan butang “Confirm”, bermakna proses tambah nilai melalui Maybank2u sudah selesai. Anda boleh print receipt untuk simpanan anda, mana tahu tambah nilai tidak masuk. Kemudian tunggu sahaja tambah nilai anda masuk, lebih kurang seminit.
topup melalui maybank2u

Tambah nilai kredit telefon bimbit melalui Maybank2u sekarang juga. Selamat mencuba.

Untuk tambah nilai perkhidmatan prabayar telefon bimbit anda melalui CIMB Clicks, anda boleh melihatnya di sini.

Jadi pembaca kami! 

Pengarang...

Blogging With Passion - Menulis blog sekadar hobi dan bukannya sepenuh masa. Berkongsi dan mendatangkan hasil. Terima kasih.

19 komen… baca komen di bawah atau tambah komen

wazy 12 November 2011 at 12:10 pm

Aku selalu guna top up dari M2u ni kalau malas nak ke 7E
wazy recently posted..3 Panggilan Seumur Hidup

Reply

Mohd Isa 12 November 2011 at 1:53 pm

haha, aku baru 1st time guna, sll org len je duk topupkan tuk aku. hehe

Reply

Jaws 12 November 2011 at 2:20 pm

kalau nak topup touch n go leh?
aku tak guna prepaid.. touch n go jer..
Jaws recently posted..Wordless Wednesday #2: BMW

Reply

Mohd Isa 12 November 2011 at 2:53 pm

rasanya boleh, jap aku check. hehe

Reply

Mohd Isa 12 November 2011 at 2:55 pm

tak jumpa la plak, kena wat kat atm gak la jawabnya. sbb nak kena touch kad tu. hehe

Reply

Pacifista 12 November 2011 at 9:28 pm

biasa aku guna ni untuk bonus pacifista :)
Pacifista recently posted..Backlinks Dofollow Dari Ariffshah.com

Reply

Mohd Isa 12 November 2011 at 10:45 pm

aku nak wat reward/bonus tak mampu lagi, maklumlah. duit pun xbyk lg. hehe

Reply

fikri91 12 November 2011 at 9:57 pm

Sekarang sume online saja..
aku rasa zaman cucu aku…sume onlince…
kedai dan mall lansung tak wujud…huhuhu
fikri91 recently posted..Khas Untuk KaKi Seni

Reply

Mohd Isa 12 November 2011 at 10:49 pm

tahu takpa, mau lengang shopping kompleks nanti. hehe

Reply

syahrilhafiz 13 November 2011 at 1:13 am

tolong topupkan untuk aku bro :)
syahrilhafiz recently posted..Aplikasi Data Recovery Untuk Windows 7

Reply

Mohd Isa 13 November 2011 at 8:38 pm

haha, taik ang….klu rajin aku topupkan yerk…hehe

Reply

blackrosehunter 13 November 2011 at 1:25 am

nak guna juga..tapi hari tu nak register tak dapat..apa masalah entah..huhu
blackrosehunter recently posted..Blog Aku Kena Hacked!

Reply

Mohd Isa 13 November 2011 at 8:39 pm

masalah macam mana tu? kena g maybank la jawabnya. :)

Reply

shaharil 13 November 2011 at 7:28 am

Boleh guna maybank2u untuk kecemasan dan saat-saat sangat memerlukan tup up.

Btw, thanks atas toturial. Boleh lah dicuba lepas ni.
shaharil recently posted..Contest RM88 abangensem.com

Reply

Mohd Isa 13 November 2011 at 8:40 pm

tahu takpa, dunia di hujung jarilah katakan. hehe

Reply

ohcikgu 13 November 2011 at 9:56 pm

yapp..selalu guna maybank2u aje. hehe..mudah sikit.
ohcikgu recently posted..Persediaan Peperiksaan Pegawai AntiDadah S41

Reply

Mohd Isa 14 November 2011 at 3:04 pm

betul tu, tak perlu lagi tergesa-gesa nak mencari topup di luar. hehe

Reply

Yus 8 February 2012 at 4:58 pm

malas da nak pergi topup kat luar. sekarang dah macam2 ada,
Yus recently posted..Download Premium Elegant Theme Secara Percuma Part 1

Reply

Mohd Isa 11 February 2012 at 2:11 am

tahu takpa, memang terbaiklah. tak payah susah payah nak kuar rumah lagi semata-mata nak topup kredit. hehe

Reply

Hantar Komen

CommentLuv badge

Sebelum:

Selepas: