Pada hari Jumaat yang lepas bersamaan 21 Oktober 2011, lebih kurang jam 9 pagi. Saya menerima satu panggilan yang dinanti-nantikan sekian lamanya. Panggilan daripada Jabatan Pendaftar Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) untuk memaklumkan keputusan temuduga yang telah saya hadiri sebelum ini, syukur alhamdulillah saya telah berjaya. Bermakna bermulalah episod baru dalam kehidupan ini bagi saya.
Ternyata apabila berada di dalam keadaan susah, memang pelbagai masalah yang akan timbul. Daripada masalah yang timbul, bantuan atau pertolongan diminta. Tidak kira dalam dunia realiti mahupun dalam dunia maya ini.
Salam semuanya, hopefully anda semua berada di dalam keadaan sihat sejahtera. Pertama sekali saya ingin memohon maaf di atas kelewatan untuk mengemaskini artikel terbaru di blog ini. Kerana dalam tiga hari yang lepas saya lebih fokus kepada kejohanan olahraga tertutup UniMAP.
Pertama sekali saya ingin memohon maaf di atas kelewatan mengemaskini artikel di blog ini. Semakin hari semakin sibuk saya dibuatnya, baru-baru ini saya menghadiri majlis perkahwinan sepupu saya di Maran, Pahang.
Seperti yang saya maklumkan sebelum ini iaitu mengenai perlawanan bolasepak persahabatan di antara bekas pemain Malaysia menentang bekas pemain Perlis yang berlansung semalam. Charity Cup 1Malaysia yang menjadi pertaruhan dalam perlawanan ini dilansungkan bagi mengumpul dana untuk tabung pelajar di seluruh Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA).