Pada hari Jumaat yang lepas bersamaan 21 Oktober 2011, lebih kurang jam 9 pagi. Saya menerima satu panggilan yang dinanti-nantikan sekian lamanya. Panggilan daripada Jabatan Pendaftar Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) untuk memaklumkan keputusan temuduga yang telah saya hadiri sebelum ini, syukur alhamdulillah saya telah berjaya. Bermakna bermulalah episod baru dalam kehidupan ini bagi saya.
Baru-baru ini banyak universiti di Malaysia menjalankan majlis istiadat konvokesyen, tidak lupa juga beberapa universiti yang akan melansungkan istiadat tersebut tidak lama lagi. Begitu juga Universiti Malaysia Perlis di mana tempat saya melanjutkan pelajaran pada peringkat ijazah dalam bidang kejuruteraan.
Tinggal hanya sehari sahaja lagi Istiadat Konvokesyen Ke-6 Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) akan dilansungkan pada 17 dan 18 September 2011 di Dewan 2020, Kangar. Tidak sabar rasanya untuk menerima segulung ijazah setelah hampir empat tahun bertungkus-lumus menimba ilmu di UniMAP.
Artikel Wordless Wednesday ini tiada apa-apa perkataan, ayat mahupun karangan panjang berjela. Hanyalah sekadar ingin berkongsikan sekeping gambar yang mempunyai maksudnya tersendiri bagi saya. Bagaimana pula dengan anda, apakah pandangan anda mengenai gambar di bawah?
Ternyata apabila berada di dalam keadaan susah, memang pelbagai masalah yang akan timbul. Daripada masalah yang timbul, bantuan atau pertolongan diminta. Tidak kira dalam dunia realiti mahupun dalam dunia maya ini.
Amaran keras kepada anda yang berusia di bawah 18 tahun, sila tekan butang pangkah di atas untuk tidak terus membaca artikel ini. Kerana artikel ini untuk bacaan orang dewasa sahaja, sila ambil perhatian. Terima kasih.
Salam semuanya, hopefully anda semua berada di dalam keadaan sihat sejahtera. Pertama sekali saya ingin memohon maaf di atas kelewatan untuk mengemaskini artikel terbaru di blog ini. Kerana dalam tiga hari yang lepas saya lebih fokus kepada kejohanan olahraga tertutup UniMAP.