Walaupun tidak berkesempatan menonton aksi awal 20 minit perlawanan bolasepak Sukan Sea 2011 antara Malaysia menentang Thailand, maklumlah sepak mula pada jam 4.45 petang waktu belum habis kerja lagi. Tetapi sempat juga menonton aksi Harimau Muda melawan Gajah Putih. Jom layan ulasan dan komen saya mengenai perlawanan yang baru tamat sebentar tadi.
Sekalung tahniah dan syabas saya ucapkan kepada pasukan bolasepak Malaysia kerana telah berjaya mencipta sejarah bolasepak tanah air dengan membawa pulang AFF Suzuki Cup buat pertama kalinya setelah menanti selama 14 tahun. Walaupun tewas pada aksi perlawanan akhir kedua di Indonesia 2-1, Malaysia menang secara agregat 4-2. Hasil kemenangan perlawanan akhir pertama di Bukit Jalil [...]
Hari ini mungkin sejarah bolasepak Malaysia akan tercipta jika permainan yang ditunjukkan dalam perlawanan akhir pertama AFF Suzuki Cup 2010 di Bukit Jalil kelmarin dapat diulang sekali lagi pada perlawanan akhir kedua di Indonesia yang akan berlansung jam 8.00 malam nanti.
Pasti semua sudah mengetahui keputusan perlawanan akhir AFF Suzuki Cup yang berlansung di Stadium Nasional, Bukit Jalil semalam di antara Malaysia dan Indonesia. Pasukan Harimau Malaya berjaya menewaskan pasukan jiran dalam perlawanan akhir pertama dengan 3-0 yang boleh dianggapkan bekalan selesa untuk ke perlawanan kedua yang akan dilansungkan di Jakarta 29 Disember nanti.
Pertama sekali saya ingin mengucapkan tahniah buat anak buah Rajagopal yang telah melakar sebuah lagi sejarah apabila berjaya melangkah ke perlawanan akhir AFF Suzuki Cup yang bakal dilansungkan pada 26 dan 29 Disember nanti. Sejak dari awal lagi, peminat-peminat di tanah air sentiasa memberi sokongan kepada pasukan Malaysia untuk melihat kejayaan memenangi piala ini.