Pada entri sebelum ini aku ada menulis mengenai drama terbaru yang sedang ditayangkan dalam slot Samarinda TV3 iaitu Noktah Erna. Drama lakonan oleh Rita Rudaini, Awal Ashaari dan Aqasha memang menarik untuk ditonton oleh pelbagai lapisan masyarakat yang sarat dengan mesej kekeluargaan.
Noktah Buat Erna sebuah drama baru di TV3 yang menggantikan drama Asmaradana di slot Samarinda yang sarat dengan mesej yang berkisarkan dengan pengorbanan dalam hidup di dunia yang penuh dengan cabaran ini. Drama ini telah ditayangkan sejak 5 Mei 2010 yang lalu dan ditayangkan setiap Selasa hingga Khamis jam 10.30 malam.