Artikel mudah dan pantas, mesti anda semua sudah tahu akan isi artikel ini apabila membaca tajuk di atas. Ya, selamat tinggal Nuffnang. Sudah semestinya saya telah menanggalkan iklan Nuffnang daripada blog saya.
Sudah sekian lama saya tidak membuat review bulanan setelah berpindah ke hosting baru, review yang saya buat sebelum ini sudah terkubur bersama-sama hosting lama apabila pihak hosting tersebut tidak memberi backup untuk database saya sebelum ini. Jadi semuanya bermula dari kosong apabila menggunakan hosting baru.
Agak lama juga saya tidak menyertai contest yang dianjurkan oleh rakan-rakan blogger, kali ini sekadar ingin memeriahkan majlis dan tanda sokongan saya kepada rakan blogger yang saya respect iaitu Bro Framestone. Contest beliau pada kali ini juga amat mudah untuk dimenangi, tetapi macam biasalah. Setiap perkara mesti ada saingan dan nasib semata-mata.