syukur

Syukur Ke Atas Nikmat Yang Diberikan

Syukur. Salam perpaduan dan salam 1Malaysia buat para pembaca yang tidak jemu-jemu singgah di blog yang tidak seberapa ini. Bersyukur ke hadrat Ilahi dengan limpah kurnia-Nya dapat saya menulis sebuah lagi artikel di blog ini. Tetapi bukanlah berkenaan dengan kes liwat Anwar Ibrahim, malah saya ingin berkongsikan perasaan syukur ke atas nikmat yang diberikan.

Definisi Syukur

Menurut ilmu tasawuf: Syukur bermaksud ucapan, sikap dan perbuatan terima kasih kepada Allah SWT dan pengakuan yang tulus atas nikmat dan kurnia yang diberikan-Nya.
Sumber: Definisi Syukur Menurut Al-Quran

Syukur ke Atas Nikmat Yang Diberikan

Setiap makhluk di muka bumi ini, seharusnya ada perasaan bersyukur kepada Allah s.w.t. yang maha pencipta lagi maha agong kerana diberi peluang dan nikmat untuk hidup. Begitu juga dengan saya, syukur kepada Allah kerana diberi peluang untuk merasa nikmat kehidupan di muka bumi ini.

Walaupun pelbagai cabaran dan halangan yang dihadapi, tetapi masih ada masa dan ruang untuk saya terus menikmati kehidupan ini. Syukur alhamdulillah, tiada ucapan lain yang mampu bermain di bibir saya setiap masa.

Syukur kepada-Nya saya dikurniakan ibu bapa yang penuh tanggungjawab dari saat saya dilahirkan sehinggalah saya dewasa kini. Orang yang sentiasa ada di sisi walaupun susah dan senang, orang yang sanggup bersusah-payah untuk menjaga dan menyara kehidupan saya. Tanpa ibu dan bapa saya, siapalah saya kini.


Syukur kepada-Nya saya diberi peluang untuk mempelajari pelbagai ilmu di dalam kehidupan ini, daripada UPSR sehinggalah saya mampu memiliki segulung ijazah kini. InsyaAllah saya akan melanjutkan pelajaran untuk mendapatkan master pula. Terima kasih kepada cikgu dan pensyarah kerana sudi mendidik saya.

Tidak lupa juga kepada rakan-rakan yang sudi memberi dorongan dan menemani saya di saat susah dan senang. Tidak ketinggalan kepada rakan-rakan blogger yang sudi memberi bantuan kepada saya di saat ibu saya memerlukan rawatan yang hampir membantutkan usaha saya untuk mendapatkan ijazah.

Jika ingin menulis perasaan syukur dalam diri saya ini, mungkin tidak akan habis. Apa-apa pun saya amat bersyukur kepada-Nya kerana diberikan peluang untuk menikmati kehidupan ini. Saya berharap anda juga begitu, sentiasa bersyukur kepada-Nya. InsyaAllah kita akan dikurniakan rezeki daripada-Nya. Syukur.

• Meet the Author • Mohd Isa


Blogging With Passion - Menulis blog sekadar hobi dan bukannya sepenuh masa. Berkongsi dan mendatangkan hasil. Terima kasih.


5 comments… add one

Don’t Be Shy » Leave a Comment!

CommentLuv badge