Slot Samarinda TV3 Noktah Buat Erna

by on May 17, 2010

Slot Samarinda TV3 Noktah Buat Erna

Promosi: Genuine Kaspersky 2012 hanya RM 1.83/bulan

Noktah Buat Erna sebuah drama baru di TV3 yang menggantikan drama Asmaradana di slot Samarinda yang sarat dengan mesej yang berkisarkan dengan pengorbanan dalam hidup di dunia yang penuh dengan cabaran ini. Drama ini telah ditayangkan sejak 5 Mei 2010 yang lalu dan ditayangkan setiap Selasa hingga Khamis jam 10.30 malam.

Noktah Buat Erna merupakan sebuah drama yang terjurus dengan kehididupan kekeluargaan, pengorbanan dan kasih sayang seorang cucu dimana dia cuba untuk menyatukan hubungan antara ibu dan datuknya yang sudah lama terpisah. Ikuti sinopsis di bawah.

Sinopsis Noktah Buat Erna:

Berkisarkan kasih sayang antara ahli keluarga terutama antara ibubapa dan anak-anak tiada batas sempadan, tetapi kerap kali kasih sayang itu diuji sehingga menyebabkan kedua-dua belah pihak terluka dan mereka berpisah tanpa kerelaan. Itulah yang dilalui oleh Haji Taufik dan Aishah. Disebabkan ayahnya cuba menjodihkan Aishah dengan calon menantu pilihannya Aishah meninggalkan rumah bersama suaminya, Ismail yang tidak direstui oleh Haji Taufik.

Kedua-duanya Haji Taufik dan Aishah terasa hati dan tersinggung dan tidak mahu mengalah. Perang dingin antara mereka berlarutan selama 25 tahun. Hubungan mereka kembali bertaut dengan kehadiran dan pengorbanan Erna.

Aishah dan Ismail sedang membuat persiapan untuk menyambut kepulangan anak tunggal mereka Erna yang akan pulang dari luar negara setelah menamatkan pengajian di luar negara. Begitu juga dengan keluarga jiran mereka, iaitu Cikgu Sakinah dan En. Mahfuz, mereka juga membuat persiapan untuk menyambut kepulangan Shamsul. Shamsul dan Erna berkawan baik dan sama-sama melanjutkan pelajaran di universiti yang sama. Setelah pulang, mereka terpisah kerana kerja di tempat berasingan.

Cinta yang terpendam antara Erna dan Shamsul teruji apabila kehadiran Kamal sebagai rakan kongsi perniagaan yang juga merupakan cucu angkat Haji taufik. Pada masa yang sama dengan pergaduhan antara ibu dan datuk Erna. Bagaimanakah Erna melakukan pengorbanan dalam kehidupannya? Mampukah dirinya mengatasi masalah kehidupan yang dibelenggu?

Dengan mesej utama iaitu segala ilmu dan kefahaman yang kita perolehi hendaklah di amalkan seterusnya kita dapat melakukan pengorbanan dengan erti yang sebenar dalam kehidupan kita.

Drama Noktah Buat Erna telah dibarisi oleh pelakon-pelakon hebat seperti Rita Rudaini, Aqasha, Awal Ashaari dan turut dimantapkan lagi oleh Jue Aziz, Yalal Chin, Mohd Nor Bond, Liza Abdullah dan Fathil Dani. Jangan lupa saksikan Noktah Buat Erna di slot Samarinda TV3 setiap Selasa hingga Khamis, jam 10.30 malam.

Kredit: Sensasi Selebriti

ADVERTISEMENT

{ 10 comments… read them below or add one }

Syafrizal May 17, 2010 at 12:56 am

Laju betul ko post pasal cite ni. Hehe tak minat aku drama Malaysia ni.
.-= Syafrizal´s last blog ..Tinggalkan komen di blog melalui Google Reader =-.

Reply

Mohd Isa May 17, 2010 at 1:07 am

laju apa, sekarang dah episod 5 bro. esok selasa dah episod 6. memang terlewat dah. hehe, tp nak wat cam mana. atas permintaan ramai. :)

Reply

Syafrizal May 17, 2010 at 1:09 am

Ye ke.. tak tau plak aku..
malas nak amik tau..
lantak la beribu drama pun..
tak menarik minat pun…
buat drama berunsur Islam pun ada jiwang2..
tak abis2 JIWANG..
.-= Syafrizal´s last blog ..Tinggalkan komen di blog melalui Google Reader =-.

Reply

Mohd Isa May 17, 2010 at 12:05 pm

biasalah drama melayu
kalau tak kisah cinta
kisah keluarga
mana nak cari drama macam CSI ke
House ke, macam-macam lagilah
kalau ada dah tentu banyak yang tengok
betul tak?

Reply

Syafrizal May 17, 2010 at 12:07 pm

haha tau takpe…
kalau ada pun skrip macam ayat-ayat sekolah je
kesian tgk.. hehe
.-= Syafrizal´s last blog ..Tinggalkan komen di blog melalui Google Reader =-.

Mohd Isa May 17, 2010 at 12:26 pm

tak tahulah bilalah drama dan fiilem melayu nak maju ni
macam ditakuk yang sama jerk
boleh kira seorang pelakon tu berlakon berapa banyak fiilem
tak macam pelakon luar
berpuluh filem org panggil berlakon
hero malaya rosyam nor apa citer ya?
:)

Reply

Syafrizal May 17, 2010 at 12:28 pm

ntah le tak amik kisah pun
lantak la pelakon mana pun
aku peduli apa hehe…
malas nak layan…
citer tak best langsung
.-= Syafrizal´s last blog ..Tinggalkan komen di blog melalui Google Reader =-.

Mohd Isa May 17, 2010 at 1:51 pm

haha, itu pendapat individu
aku tak boleh nak cakap apalah
tapi tak salahkan
kalau kita support drama melayu
jangan jadi melayu mudah lupa sudah

Reply

remedy May 17, 2010 at 8:47 am

Wah..mungkin ini keyword terbaru dari bro Md Isa untuk menggantikan slot adamaya yg melonjakkan traffic tu…tapi bro ni memang cepat update lah
.-= remedy´s last blog ..E-Book RDS Testimoni =-.

Reply

Mohd Isa May 17, 2010 at 12:07 pm

haha, saja suka-suka. takdalah cepat mana pun, just satu entri sehari jadilah. pasal remedy punya entri dah hampir siap, tunggu ya. :)

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

{ 4 trackbacks }

Previous post:

Next post:

© Blog by Mohd Isa Network ⋅ Hosting by Serverfreak