Slot Akasia TV3 Syah Jihan

by on May 18, 2010

Free Download Slot Akasia TV3 Syah Jihan

Promosi: Genuine Kaspersky 2012 hanya RM 1.83/bulan

Shah Jihan ke Syah Jihan? Sebelum ini banyak blog yang menulis pasal Shah Jihan sampai aku pun pening mana satukah tajuk drama terbaru di Akasia TV3 yang betul. Sehinggalah aku menantinya muncul di TV3 semalam. Tanyata tajuk sebenar untuk drama slot Akasia TV3 bagi menggantikan Adamaya yang tamat pada minggu lepas adalah Syah Jihan.

Syah Jihan merupakan baru terbaru yang ditayangkan dalam slot Akasia TV3 menggantikan drama sebelum ini, Adamaya bermula 17 Mei 2010 yang lalu. Persoalannya, mampukah Syah Jihan memuaskan hati penonton seperti drama Adamaya? Jadi bolehlah peminat drama Melayu menilainya sendiri dengan menonton Syah Jihan setiap Isnin hingga Khamis jam 6.30 petang di TV3.

Sinopsis Syah Jihan TV3:

Mengisahkan seorang wartawan penyiasatan, Jihan yang menyamar sebagai dua individu yang berbeza hanya untuk mencungkil rahsia dari Tuan Haris yang disyaki bertanggungjawab ke atas kematian ayahnya. Namun dilema melanda apabila dua wanita muncul dalam hidupnya dan membawa bibit-bibit percintaan sepanjang penyamarannya. Dapatkan beliau memberkas Tuan Haris yang jahat? Syah Jihan dibintangi oleh Fauziah Ghous, Kamal Adli, Rizman Khuzaimi, Fiza Elite dan Kartina Ayob.

Lagu Tema Syah Jihan TV3:

Pergilah Ayu – The Fabulous Cats

Kosong hidupku tanpa mu
Cermin ku membayangkan bayanganmu
Pameran kaseh ku layu
Tiada dirimu tiada untukku

Tinggalkanku dalam anganku
Sakitku mencintaimu
Deritaku merinduimu
Lemah hati menginginkanmu

Kau hilang terus kau menyepi
Tawaku bila ku ketahui
Berita kau sudah berpunya
Hancur hatiku
Berkeping-keping jadinya

Hilangku bukan kerana cinta
Hilangku bukan untuk menyeksa
Bagiku semua tiada berharga
Biarku telan semua derita

Pergilah kau pergi dariku
Biarkan ku jalani hidup tanpamu
Tiada cinta dan kasehmu
Meski hati merelai

Mati hariku di kotak sepi
Di situ kau mula mahu mengenalinya
Langkahku songsang mula ku sedari
Semula ku hias kau jauh dah pergi

Putus komunikasi kau elakkan diri
Ku mencari jalan kembali kau mahu terus pergi
Ku ingatkan kau memori kau tutupkan telinga
Nyata tiada kita nyata tiada jalan penyambungnya

Ya Allah maha pemurah dan maha pencipta
Terima kasih atas pertemuan antara aku dan dia
Jika nyata bukan dia pemilik tulang rusukku
Kikiskanlah pesonanya dari kedua mata

Dengan kelebihan dan kekurangan yang ada
Bahagiakanlah mereka ku doakannya
PadaMu ku pohon sucikan hatiku
Sehinga dapat melaksana kehendak dan rencanaMu
Amin

Chorus
Pergilah pergilah ayu
Jangan kau
Hiraukan tentang diriku
Pergi kau pergi kau ayu
Ku anggapkan ini satu tragedi

Kau hapuskan semua yang kita bina
Kau hancurkan harapan ku
Untuk hidup bahagia bersamamu

Berkali kau bersumpah untuk berubah
Tapi janji kosongmu
Tak sudah sudah
Entah sampai bila
Kau lepaskan saja aku

Ulang Chorus

Pergilah kau pergi dariku
Biarkan ku jalani hidup tanpamu
Tiada cinta dan kasehmu
Meski hati merelai

Jangan lupa layan Noktah Erna juga dalam slot Samarinda TV3 yang menggantikan Asmaradana baru-baru ini setiap hari Selasa hingga Khamis jam 10.30 malam.

ADVERTISEMENT

{ 10 comments… read them below or add one }

Piston Pecah May 18, 2010 at 10:50 am

semalam episod 1 kan?aku belum tengok lagi..persoalan dapatkah memuaskan hati tu kene tunggu sampai separuh drama Syah Jihan nie lah kan..atau tak sampai separuh..

aku terpengaruh dgn kata kak kiah propa – lakonan fauziah ghouse tu kaku je…terasa macam benar..kot.
.-= Piston Pecah´s last blog ..Kini Gigi Berfungsi Sebagai Handphone =-.

Reply

Mohd Isa May 18, 2010 at 1:42 pm

itulah, nak taknak kena tgu lama skit. aku pun belum tgk episod 1 ni.
rasa macam menarik juga, tapi cam poyo pun ada.

pasal Fauziah Ghous tak tahu la plak, aku tgk sama jerk pelakon2 kat malaysia ni. hehe

Reply

Zida May 18, 2010 at 11:13 am

Cerita dia kelakar. Awal-awal lagi dah tergelak2 tengok. Mungkin best kot nanti.
.-= Zida´s last blog ..Lepas Ni Saya Tak Blogging Dah =-.

Reply

Mohd Isa May 18, 2010 at 1:43 pm

Tahu takpa, rasa macam drama komedi jerk. Mungkin best atau tidak, kena tunggu lama skit. :)

Reply

eiyda May 18, 2010 at 12:17 pm

dh tgk smlm./huhu..so far cam xbp best lg.mybe nnti2 best kot hehe
.-= eiyda´s last blog ..eiyDa:: Kenapa perlu bersikap tidak jujur di alam maya? =-.

Reply

Mohd Isa May 18, 2010 at 1:44 pm

baru episod 1, enjin belum panas tu. maybe lepas ni best kot. :)

Reply

Hafiz Mohd May 18, 2010 at 12:54 pm

belum tengok lagi x sempat..nanti cuba try tengok..mana tau best..

Reply

Mohd Isa May 18, 2010 at 1:44 pm

cuba jangan tak cuba, mana tahu dapat menambat hati. :)

Reply

orang June 16, 2010 at 3:18 pm

salam..

citer suri bakawali xde kat cni yer??
klu xde..adekanlah yer..plssss…huhu..tq

Reply

Mohd Isa June 28, 2010 at 1:40 am

nanti aku carikan. :)

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

{ 4 trackbacks }

Previous post:

Next post:

© Blog by Mohd Isa Network ⋅ Hosting by Serverfreak