Karak Terbitan KRU Studios

by on May 20, 2011

filem karak

Promosi: Genuine Kaspersky 2012 hanya RM 1.83/bulan

Salam hari Jumaat semua, semoga anda semua berada di dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Perasan atau tidak dalam minggu ini sahaja filem apa yang banyak ditulis oleh blogger? Sudah pastinya Nur Kasih The Movie, sebuah filem cinta dan agama yang dinanti-nantikan oleh semua peminat drama Nur Kasih.

filem karak
Tetapi saya bukan hendak menulis mengenai filem Nur Kasih The Movie ya, saya ingin kongsikan sinopsis sebuah filem terbitan KRU Studios arahan Yusry Abdul Halim. Maklumlah, filem terbitan KRU Studios pasti akan mendapat sambutan seperti filem yang meletop sebelum ini iaitu Hikayat Merong Mahawangsa. Gempak habis!

Paling best, KRU Studios suka membariskan pelakon-pelakon yang tidaklah popular seperti Shaheizy Sam, Farid Kamil, Lisa Surihani dan yang lain-lain. Filem Karak telah membariskan Shahir AF8, Shera Aiyob, Kilafairy dan Md Eyzendy sebagai pelakon utama serta dibantu oleh Sidek Hussain dan Sobri Anuar.

Sinopsis Karak

Filem Karak ini mengisahkan sebuah cerita lagenda dan kisah seram di sepanjang lebuhraya Karak dan merupakan filem seram cubaan pertama terbitan KRU Studio yang diarah oleh Yusry Abdul Halim.

Empat orang pelajar kolej yang sedang dalam perjalanan pulang ke Kuantan setelah menghabiskan masa malam mereka di Kuala Lumpur. Semasa perjalanan pulang, mereka terperangkap di dalam kesesakan jalaraya di sepanjang lebuhraya Karak.

Mereka perlu pulang segera kerana perlu menghadiri kuliah pada keesokan paginya, lantas memilih untuk menggunakan sebatang jalan lama tanpa mengetahui jalan yang mereka pilih akan merubah hidup mereka dengan pelbagai kisah yang menyeramkan.

Video Trailer Karak

Pasti menarik bukan, filem seram pertama terbitan KRU Studios. Jangan lupa untuk menonton filem Karak yang akan mula ditayangkan di pawagam bermula 26 Mei ini.

ADVERTISEMENT

{ 22 comments… read them below or add one }

syahrilhafiz May 20, 2011 at 2:21 pm

hoho, kulit tu nampak macam gempak je
jangan hampeh macam kongsi sudah la
syahrilhafiz recently posted..Blogspot Untuk Siapa

Reply

Mohd Isa May 20, 2011 at 6:54 pm

kongsi hampeh ke? aku belum tgk lagi, hoho. sedut ajalah jawabnya. hehe

Reply

hasrol May 20, 2011 at 2:40 pm

trailer memang seram sebab hantu memang real effect dia.
hasrol recently posted..Harimau mati meninggalkan belang- manusia mati meninggalkan nama

Reply

Mohd Isa May 20, 2011 at 6:54 pm

tahu takpa, byk plak hantu. mesti best ni.

Reply

decrewz May 20, 2011 at 6:58 pm

Harap2 x jadi macam kongsi… Lu konsi, lu pun mati…ha3
decrewz recently posted..Kemana Hilangnya Budi Bahasa Orang Melayu

Reply

Mohd Isa May 20, 2011 at 7:43 pm

haha, dah dua orang cakap KONGSI tak best. takmo layan la citer tu. hehe :)

Reply

yusri May 20, 2011 at 7:37 pm

KRU makin canggih. Diorang buat penggambaran rumah tu dari dalam studio KRU je.
yusri recently posted..Saya bukan Hero- Saya perlukan anda semua

Reply

Mohd Isa May 20, 2011 at 7:45 pm

tahu takpa, maklumlah KRU Studios besar kot kat Cyberjaya nun. memang nak lawan Hollywood habis-habisan dorng ni. :) majulah industri perfileman tanah air. :)

Reply

MDHAFiZ.NET May 20, 2011 at 8:09 pm

nanti akan disebut.. :) insyaAllah :)
MDHAFiZ.NET recently posted..Most Expensive Cars In The World Top 10 List 2010-2011

Reply

Mohd Isa May 20, 2011 at 10:31 pm

akan disebut apa bro?

Reply

Nine May 20, 2011 at 10:42 pm

aku rasa sedut…hehe typo tu…:D

Reply

MDHAFiZ.NET May 21, 2011 at 1:23 am

eh..silap type bro…sedut..bukan sebut..hehe…sapa2 kaki sedut kt sini?? boleh share tempat best nak sedut filem best2..

Reply

Mohd Isa May 22, 2011 at 3:21 am

oic, patutlah tak berapa faham. hehe, ok2. jom2 sedut.org hehe

Mohd Isa May 22, 2011 at 3:15 am

oic, sedut. ingatkan sebut. hehe

Reply

Nine May 20, 2011 at 10:41 pm

Film terbitan KRU mmg best2..cuma cicak man aku kurang sikit, tapi ok , trademark ada….pandai wat duit Yusri KRU, tapi syg sosial artis kita…

Reply

Mohd Isa May 22, 2011 at 3:14 am

biasalah tu, cicakman cubaan pertama. tp better lah daripada filem superhero yang lain. hehe, tahu takpa. memang kaya gilalah yusri ni. tp itulah, duit banyak. byklah godaannya. hehe

Reply

wazy May 21, 2011 at 1:43 am

satu lagi filem dari KRU
harap-harap nanti dapat sambutan yang menggalakkan
kebiasaanya cerita seram ni ramai yang suka tengok
wazy recently posted..10 Laluan Yang Bakal Dilalui Oleh Manusia Dari Dunia Sampai Akhirat

Reply

Mohd Isa May 22, 2011 at 3:22 am

tahu takpa, tgk trailer memang menarik. hehe, memang seramlah…

Reply

titan May 27, 2011 at 11:45 pm

banyak cerita menarik sekarang. tak tahu nak tengok mana satu..baru je tengok kongsi tadi. huhu.. karak ni pun cam best je..

Reply

afique June 7, 2011 at 7:45 am

cerite ni hampeh gila doh.
afique recently posted..Update- Norton dan Captain America

Reply

leenawanina December 17, 2011 at 3:25 pm

emmm,sye dh tg cite nie..p agak palik ckit r….last /ending cite nie cam lain skit…mgkin pihak KRU nk tnjuk klainan sdkt kot,,,yela,,, cite laen ending dia konfirm hero &heroin idup/selmat…. p cite nie heroin jew yg slmat,.p knpe a?
mybe diowg trun kt pekan KARAK 2 je kot…Zura x trun bb 2 die slamat kot,..? p kan npe shahir x idup a? lau shahir idup kan bgs….p ending die mmg sdih glerr…pasti sdih kan kehlangan org yg kite cntai….pe2 pun cite KARAK mmg bgs,,,wlaupun ending die hero innalilah p KRU dpt mmbrikan klainan,,,,
cite lain,,ending die happY :-D p cite nie ending die Sad,,,,:’(

Reply

leenawanina December 17, 2011 at 3:28 pm

cite nie x seram lgsg,,,,,hehehe :-D

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post:

© Blog by Mohd Isa Network ⋅ Hosting by Serverfreak