Sindrom Malas Sudah Kembali

by on July 29, 2010

Sindrom Malas

Setiap manusia pasti ada kelebihan dan kekurangan, terpulanglah kepada kita sendiri untuk menghargai setiap kelebihan dan memperbaiki setiap kekurangan yang ada. Tetapi apa yang pasti bagi aku, setiap manusia di dunia ini pasti mengalami sindrom malas dalam sesuatu masa. Tidak kiralah sewaktu belajar ataupun bekerja, pasti akan merasai sindrom malas ini.

Jika yang tidak pernah mengalami sindrom malas ini, aku rasa orang itulah yang paling bertuah di muka bumi ini. Bukan mudah untuk menghilangkan sindrom malas ini daripada diri kita sendiri jika tidak menanamkan perasaan ingin berubah daripada malas kepada seorang yang rajin. Pasti semua orang ingin menjadi seorang yang rajin dan akhir sekali menjadi seorang yang berjaya.

Begitu juga aku, sindrom malas tidak pernah lekang dari hidup aku. Tidak kira daripada bangku sekolah lagi sehingga kini. Ada masa rajin, ada masa menjadi malas. Malas boleh membuatkan seseorang itu kurang berjaya dan tidak berjaya dalam mengejar cita-citanya. Itulah yang ingin aku jauhi, sindrom malas. Aku ingin menjadi seorang yang berjaya, aku perlu terus berusaha dan berusaha menghapuskan sindrom malas ini.

Tetapi sindrom malas sudah kembali, itu yang aku rasa sekarang ini. Rasa malas bangun pagi, tapi kerana rasa tanggungjawab. Aku bangun juga pagi menunaikan tanggungjawab aku. Rasa malas berfikir, masalah yang paling ketara sekarang ini. Sindrom malas berfikir, membuatkan aku terpinga-pinga di dalam kursus yang aku hadiri. MSC Malaysia Job Camp, aku faham atau tidak. Aku sendiri pun tidak mengetahuinya.

Pada pendapat korang semua, apakah yang patut dilakukan untuk menghilangkan perasaan sindrom malas ini? Sehingga hendak menulis entri ini juga, jenuh aku menyusun ayat. Sindrom malas, argh malasnya!

ADVERTISEMENT

{ 22 comments… read them below or add one }

blinkky July 30, 2010 at 3:38 am

Malas tu salah satu sifat manusia. Tapi mengapa rasa malas, tapi yang penting cara kita mengatasinya =)

Reply

mohdisa July 30, 2010 at 4:54 am

betul tu bro, pasti ada cara untuk mengatasinya. mungkin memerlukan ketenangan. sesuatu yang boleh membuatkan kita lebih bersemangat. :)
tapi setiap orang ada caranya, right bro? thanks for comment.
mohdisa recently posted..HP Pavilion dv3 Laptop Hiburan Kuasa Tinggi

Reply

adamfaiz July 30, 2010 at 10:35 am

Cara mengatasi? Kalau malas buat ini, buat yang itu..
adamfaiz recently posted..Bila Melayu Bukan Islam…

Reply

Mohd Isa August 1, 2010 at 6:54 am

uiks, kalau dah malas macam mana nak buat yerk?

Reply

MrNamie July 30, 2010 at 11:26 am

hakhak.. kadang2 aku pon macam ni..bila MALAS dah datang, segala menda buat serba tak kena.Last2 terbengkalai je. Bila tengah rajin, hampir semua nak buat.. wakaka
MrNamie recently posted..Limbang-daerah yang kecil tapi aman…Part 2

Reply

Mohd Isa August 1, 2010 at 6:55 am

tahu takpa, bila dah malas
semua kerja tak jalan
bila dah rajin
sampai tak tahu nak wat apa plak
haha

Reply

haru July 30, 2010 at 12:29 pm

kalu gua pasrah je la bro..haha
haru recently posted..Tshirt Design- School of Mechatronic UniMAP

Reply

Mohd Isa August 1, 2010 at 6:56 am

pasrah memang pasrah
sampai nak terkeluar darah pun ada
memerah otak
haha

Reply

mancai July 30, 2010 at 3:38 pm

aku kalau malas pergi tido je… harap2 bangun tidur nanti jadi rajin pulak
mancai recently posted..pengenalan fungsi bahasa pengaturcaraan

Reply

Mohd Isa August 1, 2010 at 7:03 am

aku lain, nak tdo pun susah kalau tak mengantok atau tak penat. apa org kata, penyakit susah nak tdo tu…lupa la plak nama dia…hehe

Reply

boy_bersahaje July 30, 2010 at 4:07 pm

eh ko pg kursus tu kat mane? waaa seronok la tahun ni ko konvo kan…congratz bro!

Reply

Mohd Isa August 1, 2010 at 7:05 am

kursus kat unimap gak, pusat perhubungan industri
aku tak jadi konvo tahun ni
sebab aku drop satu paper
tahun depan jelah jawabnya baru konvo

Reply

boy_bersahaje August 1, 2010 at 11:56 am

ic, xpela beb, x semestinya konvo on time tu bagus pun. ikut apa yang dah ko rancang. so skang ko dok kolej mane?

Reply

Mohd Isa August 1, 2010 at 2:13 pm

skg aku duk kat kg wai, tak tahulah macam mana
aku akan cuba wat yang terbaik, aku pun tak nak tangguh2 lagi

Reply

RedBoy July 31, 2010 at 8:20 pm

semua org akn merasa malas bila syaitan menghasut.. itu semua terpulang kepada individu tu sendiri samada akn melawan atau mengikut saja hasutan syaitan itu.. itu je.. anyway, nice post n aku retweet entri ni..
RedBoy recently posted..Abdullah Bin Jaafar Yang Dermawan

Reply

Mohd Isa August 1, 2010 at 7:12 am

betul tu bro
tp kita ni manusia
kadang2 pasti kita akan terikut hasutan syaitan
terima kasih bro

Reply

ishak August 3, 2010 at 3:55 pm

aku kalau malas aku dengar lagu biasanya stress boleh mendatangkan malas
ishak recently posted..Selaraskan wordpress plug in wp125

Reply

Mohd Isa August 3, 2010 at 9:06 pm

aku kalau bab stress ni, aku suka melangut. tak pun pasang ayat orang mengaji. tenang skit rasanya. :)

Reply

ray ban August 8, 2010 at 2:48 pm

malas terumatanya waktu tengah hari ini semua sbb semangat kita yang kurang dan gangguan syaitan
ray ban recently posted..Size guide

Reply

Mohd Isa August 8, 2010 at 3:04 pm

betul tu, antara waktu puncak bermulanya perasaan malas. hampir semua kerja tidak mampu dijalankan dengan sempurna jika kita takda motivasi diri yang tinggi.

Reply

epul October 21, 2010 at 6:27 pm

hye,.~

Reply

Mohd Isa October 22, 2010 at 3:12 pm

hye epul…hehe

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

{ 1 trackback }

Previous post:

Next post:

© Blog by Mohd Isa Network ⋅ Hosting by Serverfreak