Setiap blogger pasti inginkan trafik yang tinggi dengan pelawat-pelawat unik bukan dengan cara atau kaedah blogwalking sahaja. Tapi yang pasti dengan pelawat yang datang dari enjin carian seperti Google dan Yahoo! Oleh yang demikian, blogger harus mahir dalam ilmu SEO.
Oleh yang demikian, hidup seorang blogger perlu mendalami apa itu SEO. Mengenalpasti keywords yang digunakan agar mudah untuk agen carian mengindeks setiap entri untuk dipaparkan di enjin carian. Berikut adalah 10 perkara penting dalam SEO untuk anda ketahui dan diamalkan.
- Pemilihan Tag Unik
Pertama, anda perlu menggunakan tag yang unik untuk setiap artikel yang anda paparkan dan perlu berkaitan dengan kandungan artikel tersebut. Pastikan tag-tag tersebut dihasilkan secara automatik oleh sistem blog anda supaya perbezaan yang ketara antara satu artikel dengan artikel yang lain bagi meningkatkan “ranking” atau pangkat satu-satu artikel secara total. - Kandungan Kaya Dengan Kata Kunci
Kandungan laman web dan artikel yang paparkan seharusnya kaya dengan kata kunci (keywords) dan setiap penulisan dirancang dan dibina secara lebih teratur dan senang dibaca. Sebagai tambahan, gunakan “point” atau sistem penomboran, tekankan kata kunci penting dan juga penggunaan “heading” bagi memudahkan proses mengindeks oleh agen carian. - Lokasi Menu Navigasi Utama
Adalah lebih baik dan disarankan supaya meletakkan menu utama (pautan yang paling besar) pada bahagian atas laman web anda supaya memudahkan pengguna melayarinya. Sekiranya laman web anda mempunyai kedalaman pautan yang tersangat banyak, pastikan ia dilengkapkan dengan kemudahan “Site Map” atau “RSS” bagi mempercepatkan proses pengindeksan. - Lakukan Proses Kemaskini Dengan Lebih Kerap
Kemas kini blog anda setiap masa bagi membolehkan blog sentiasa kelihatan baru dan penuh dengan maklumat terkini. Perkara ini lebih mudah dilakukan dengan menggunakan Sistem Pengurusan Kandungan seperti Drupal, Joomla atau WordPress. Artikel-artikel terbaru yang dimuatkan akan menambahkan bilangan kata kunci dalam keseluruhan blog sekaligus meningkatkan fungsi carian oleh pengguna. - Optimumkan Penggunaan Kata Kunci
Elakkan dari menggunakan tag-tag atau kata kunci yang sama pada setiap artikel anda kerana ia akan merendahkan nilai satu-satu kata kunci tersebut. Ia juga menyusahkan agen carian menetapkan kata kunci tersebut untuk artikel tertentu. - Berhati-hati Dengan Penggunaan Flash
Penggunaan “Flash” untuk sebarang iklan dan multimedia mencantikkan blog. Tetapi perlu ingat yang “Flash” tidak membantu dalam menaikkan “ranking” blog anda. - Bersih dan Ringkas
Jadikan paparan blog anda sebersih dan seringkas yang boleh. Ini menyenangkan agen carian merantau secara menyeluruh. Lebih bagus sekiranya anda mengguna “Cascading Style Sheet” atau CSS untuk menaikkan mood blog dan pastikan CSS luaran digunakan (external). - Atribut Bantuan ALT Pada Gambar
Oleh kerana agen carian tidak dapat membaca gambar (images ), pastikan setiap elemen gambar dilengkapkan dengan atribut ALT. - Sediakan Ruangan Peta Laman
Sekiranya anda mempunyai pautan berbilang dan banyak, pastikan ia dimasukkan dalam kategori utama agar memudahkan agen carian mengakses ke semua pautan tersebut sekali gus. - Amalkan Penulisan Alamat URL Penuh
Apabila menamakan satu pautan, pastikan alamat penuh digunakan seperti “http://www.contohlaman.com/contoh-laman.html” dan bukan hanya menumpukan pada nama fail sahaja.
Selain perkara di atas, teknik backlinks juga dapat membantu meningkatkan trafik dan ranking blog anda. Backlinks adalah link anda yang dipaparkan di laman atau blog orang lain. Jika banyak link anda yang dipaparkan di laman atau blog orang lain, semakin meningkatlah link popularity blog anda.
Nota SEO: Jangan lupa untuk melanggan Blog Mohd Isa untuk mengetahui ilmu SEO selanjutnya dengan memasukkan Email anda di ruangan sidebar. Nantikan entri seterusnya mengenai tips meningkatkan link popularity blog.
Kredit: Kripkorn Studios
{ 67 comments… read them below or add one }
terbaikla sa. nice share ni
. proses mengulangkaji yang cepat dan padat hehehehe
thanks bro, aku pun banyak hendak belajar dari ko pasal backlinks ni. ko kan power pasal bab ni.
huhuhu.. semakin berjaya ye… tahniah le.
lepas ni aku nak blajar plak dengan hang.
Kreuger recently posted..Contest- Hidup Seorang Blogger
boleh ja, aku pun dalam proses belajar lagi ni. kalau aku dah superb bolehlah jawab direct. kalau tak boleh tu, aku tak superb lagi la jawabnya. haha
no 10 tu aku kurang paham skit la bro. leh terangkan skit kat aku…
zaryl recently posted..Foto Pixel Trigger Dicuri Syarikat Hantu
aku pun kurang pasti sebenarnya, nanti aku semak balik kat forum…aku pun tengah belajar lagi ni. tapi apa yang aku faham, url yang hedak dinyatakan di dalam entri hendaklah penuh jika hendak nyatakan url dalam penulisanlah…tapi better pakai anchor text.
info yang menarik.. kena cuba ni…
qimie recently posted..Perbualan Samad- Brother Love dan Tunangnya yang Materialistik
terima kasih, jangan cuba sahaja qimie. perlu amalkan.
Dahsyat sungguh penangan SEO ni. Sampai makhluk asing pun boleh berjumpa dengan blogger dibumi. Nice pic bro, huhu
hafidz recently posted..Minggu Kedua Ramadhan
haha, ala2 jin notti gak. nak turun bumi kena on9 dlu. haha
10 info nie dah cukup untuk tune blog nie..hehe
sazuwi recently posted..Khas Merdeka 1- Bendera Malaysia
betul tu bro, just perlu amalkan selalu jerk.
masih dalam kebingungan.kah2.. seo o seo..yang aku tau, nakkan dptkan no1 di gugel, PR mesti tinggi. dan blog tu mesti kena banyak update.
DonHa recently posted..Untuk menjadi terkenal
bro amal jerk perkara di atas…yg penting sentiasa update blog…jgn lupa ping blog bro kat mana2…:)
tips menarik dan sapa2 yang nak belajar SEO boleh amalkan tips2 ni… biar konsisten..
Syafrizal recently posted..Sijil Halal- Jakim ibarat ‘harimau tanpa taring’
thanks bro…hope dengan perkongsian aku di sini dapat membantu blogger2 malaysia…:)
Insya Allah memang ramai blogger akan mencari tu
aku suka part tag2 tu… kadang2 dapat trafik kat situ hehe
Syafrizal recently posted..Sijil Halal- Jakim ibarat ‘harimau tanpa taring’
betul tu, aku dlu pun tak berapa sgt pasal tag ni. tp lama kelamaan tahu juga bagaimana nak menggunakan tag yang betul. yg aku dapat pagi tadi, tak silap aku utk tag tak perlu lebih dari 4 patah perkataan.
aku letak sikit2 je.. tapi trafik masuk
tu yang seronok tu.. lagi2 bab halal haram makan ni…
siap dapat customer beli produk HPA lagi haha
wah, untung lah tu. macam azuanrazi. tag dia skit jerk, tak lebih dari 5 tak silap aku. tp PR4, trafik mencanak naik. syukur alhamdulillah, rezeki bro tu.
Patutlah rasa nak baca jer komen ni.. ada something rupanye.. thanks bro.. maksud bro, tag yg bawah entry (Tagged as:) tu ke? Or meta tags?
Hidup Seorang Blogger recently posted..Cabaran Hidup Seorang Blogger Melalui Aktiviti Online
Salam…
Terima kasih sudi berkongsi ilmu…
salam, sama-sama. harap dengan perkongsian ini dapat membantu anda.
erk tak berapa faham..
insyaallah slow2 saya belajar ilmu seo ini…
takpa, lama-lama fahamlah. sy dlu pun macam ni gak. tak faham satu apa pun.
bagus perkongsian ni..aku belajar la slow2
adamfaiz recently posted..Korban Mercun Melambung Ke Atas Pokok
terima kasih, semoga dapat dimanfaatkan.
terbaik nyer info ni
memang best
tq for sharing bro
wazy recently posted..Antara Realiti Dan Fantasi
sama-sama
semoga ia dapat membantu para blogger semua
insyaAllah.
mantap…. erm flash , google tak boleh nak search…
zik recently posted..Psikologi Harga
tahu takpa, tak guna pun letak flash. tp ada ke org wat entri pakai flash? hehe
Semua tips yang berguna. Saya kena banyak belajar lagi pasal SEO ni =)
Blinkky recently posted..21 Billion Tweets Made By Twitter Users
belajar bro, jgn tak belajar. rugi kalau kita tak amalkan bersama-sama.
bro… mcm mana ek nak buat kotak feedburner tu??
A-Y-I-E recently posted..Hidupku sebagai seorang blogger
kotak feedburner? senang jerk tu, ko perlu ada akaun feedburner. kalau dah ada bagitau aku. aku ajar ko wat cam mana.
aku dah ada akaun feedburner…
A-Y-I-E recently posted..Blogger terbaik
ko masuk feed utuk blok ko…then klik pada tab publize kot…kat bawah menu tu ada…tak silap aku email subscribe…situ ko activekan…then ambik kod dia…settle…:)
ok bro… done.. thanks….
A-Y-I-E recently posted..Hari Wanita Malaysia 2010
jadi ke? good. kalau ada masalah, tya jerk. aku sedia membantu.
Yup.. dah jadi semua benda yang dalam feedburner tu.. aku dah activate kan dia…
A-Y-I-E recently posted..Hari Wanita Malaysia 2010
perg, ko pasang semua ke? hehe, ganaz.
ilmu yang sangat berguna ni bro..thanks
sama-sama.
menarik bro.mana yg aku paham bole amalkan.hehe..thanks share ye..
azizan4444 recently posted..Keywords Menarik Sempena Hari Raya – Edisi Ramadhan 2
sama-sama, kalau tak faham boleh bertanya.
bro kalu ade lagi info pasal SEO kongsi la tau best baca tentang SEO ni
ray ban recently posted..Ray ban Classic Metal Leather
mesti, jangan lupa langgan blog aku. pasti ada info pasal SEO ni lagi. memang banyak aku nak kongsikan ni.
Adushh…kena perbaiki ni, kalau tak nanti google tak jumpa..
rashid recently posted..Mari Bertaubat Selagi Masih Sempat
takpa, pelan-pelan. satu lagi bro, kalau nak cepat ping utk index
bro ping kan setiap entri baru bro di pingdevice.com
salam saudara..
terima kasih perkongsian
ilmu SEO ini..amat di hargai
oleh blogger yang rabun seperti saya
he he..
zulkbo recently posted..Im Malaysian Proud To Be
memang blog terbaik…banyak tips ni. dah bookmark. hehehe… keep it up
amry recently posted..Masih Tak Percaya Dengan HyprobulkSMS
aku nak fokus kat blog ni pulak lah..hehehe
fokus, jgn tak fokus.
terima kasih bos
sama-sama, daus. cuba ajar aku plak, cam mana nak compress blogspot bagi laju. klu wp pakai plugin, bs pakai apa plak?
bro, nk tanya, wordpress dgn blogger mana paling mesra SEO?
kalau guna hosting dan domain sendiri, mestilah wordpress. kalau blogspot kena rajin dapatkan backlinks la. template plak kena customize kasi mesra seo.
haha, tagged as…tag yang dibawah entri.
Oh.. post tags tu.. hehe..
aha, post tags bro, skit je aku tgk. apa rahsianya? bro sorry, aku punya bb dah kena block. takleh on ym dah. bro ada gtalk tak?
Rahsianya related keyword.. nanti aku kupaskan lebih lanjut tips optimumkan penggunaan post tag, rata2 aku tgk ramai yg kurang bijak menggunakan bende ni..
Gtalk ada jer.. add azuanrazi
kalu pape hal nak sembang kat dgn aku, ko msj dulu kat fon aku..
sebab aku jarang guna gtalk..
Hidup Seorang Blogger recently posted..OST Epilog Syurga Cinta – Fida Ku Memohon Padamu
oic, takpa2. nnt bro ajar aku yerk. aku dah add gtalk ko. nnt ada masa kita sembang. nnt aku msj ko dlu.
Ok bro.. nnti aku buka aku approve.. mlm ni aku nak tido awal skit.. ngantuk dah.. hehe
Hidup Seorang Blogger recently posted..OST Epilog Syurga Cinta – Fida Ku Memohon Padamu
haha, takda hal. nnt ada masa kita chat, aku pun takda mood nak on9 sgt. internet unimap ni slow sgt. susah betul kalau bb dah kena block ni. ades
hehe.. no hal bro.. beres2..
Hidup Seorang Blogger recently posted..Geng Blogger diserang Malware
bro org mana yerk? lupa plak nak tanya. hehe
haha.. orang tganu.. bro lak?
Hidup Seorang Blogger recently posted..Geng Blogger diserang Malware
{ 11 trackbacks }