SEO : Bagaimana Agen Carian Berfungsi

by on May 19, 2010

Proses Yang Dilakukan Oleh Agen Carian

Promosi: Genuine Kaspersky 2012 hanya RM 1.83/bulan

Dalam entri sebelum ini aku ada kongsikan mengenai apa itu SEO, seperti yang dijanjikan dalam entri tersebut. Aku ingin kongsikan pula bagaimana agen carian (search engine – bot) berfungsi dalam meningkatkan trafik sesebuah laman web atau blog.

Baiklah, perkara pertama yang perlu pelajari di dalam SEO adalah “Agen Carian”. Di mana agen carian bukanlah seorang manusia, ianya adalah bot daripada sebuah enjin carian (search engine) seperti Google, Yahoo! dan sebagainya. Terdapat perbezaan yang ketara antara agen carian dan manusia dalam segi membaca atau melihat sesebuah laman web atau blog. Berbanding dengan manusia, pandangan atau bacaan agen carian hanya terhad kepada tulisan atau teks sahaja.

Buat pengetahuaan korang, agen carian kini dilengkapi dengan pelbagai teknologi terkini. Namun ianya masih terbatas untuk merasai, melihat dan menilai sesebuah rakaan atau templat impresif sesuatu laman web atau blog. Ia juga tidak mendengar muzik atau kesan bunyi dan sebarang penayangan video atau animasi yang terdapat di dalam sesebuah laman.

Hakikatnya agen carian hanya merangkak dan melayari sesebuah laman web atau blog dengan menganalisa setiap satu teks atau perkataan yang dimuatkan untuk mendapatkan rangka kasar laman tersebut. Ianya seterusnya akan melakukan beberapa aktiviti lanjut seperti merangkak, mengindeks, memproses, penilaian tahap relevan dan menyimpan.

Proses Yang Dilakukan Oleh Agen Carian

Proses Agen Carian

  1. Melayar/Merangkak (Crawler)
    Perkara pertama yang akan dijalankan oleh agen carian adalah melayar atau merangkak ke laman untuk melihat apa yang ada. Ia dilakukan oleh sebuah perisian yang dipanggil Web Crawler atau Spider (untuk Google ia dipanggil Googlebot). Perisian ini akan melayari dari sebuah laman ke laman yang lain menerusi pautan link. Dalam dunia internet terdapat lebih kurang 20 billion laman dan ianya bertambah setiap hari. Jadi adalah mustahil untuk perisian ini untuk melawati laman korang setiap hari untuk melihat sama ada terdapat artikel baru yang ditambah atau dikemaskini.

    Kadangkala Crawler tidak akan melawat atau menjenguk laman korang untuk sebulan lebih. Ianya memang setuasi yang biasa dan tidak boleh mengawalnya. Jadi apa yang perlu korang lakukan adalah menganalisis dan memeriksa laman apa yang dapat dilihat oleh Crawler.

    Jika laman yang dipenuhi dengan gambar, video, flash, javascript dan frames akan menyebabkan Crawler melihat ianya adalah laman yang kosong sahaja. Agen carian akan mentafsirkan yang laman tersebut adalah tidak wujud.

  2. Mengindeks
    Langkah kedua yang akan dijalankan oleh agen carian adalah mengindeks. Selepas satu laman atau keseluruhan laman dilayari oleh Crawler, ia akan mula mengindeks. Laman yang telah diindeks akan disimpan dalam sebuah pangkalan data yang besar di mana ianya akan dipaparkan dan diguna semula. Proses mengindeks adalah mengenalpasti setiap perkataan atau teks untuk mendapat satu kata kunci (keyword) yang mendefinasi atau menerangkan laman tersebut.

    Oleh kerana proses mengindeks ini melibatkan berjuta-juta kata kunci (keyword), kadangkala agen carian tidak dapat mengaitkan kata kunci tertentu untuk sesebuah laman. Sekiranya korang dapat membantu agen carian dengan melakukan klasifikasi dan pengoptimuman kata kunci, proses ini lebih mudah dilakukan dan tidak mustahil untuk mendapatkan tahap populariti tertinggi dengan mudah.

  3. Pemprosesan
    Setelah berlaku aktiviti carian dalam pangkalan data, agen carian akan mula melakukan pemprosesan. Di mana ia akan melakukan perbandingan frasa carian dengan laman yang telak diindeks. Sekiranya terdapat perbandingan yang sepadan dengan frasa carian, laman tersebut akan dipilih dan dimasukkan dalam penyenaraian sementara.
  4. Penilaian Relevansi
    Proses penyenaraian sementara mungkin akan melibatkan lebih dari sebuah laman dan mungkin sehingga berjuta yang mengandungi frasa carian. Agen carian perlu melakukan satu lagi proses tambahan iaitu penilaian relevansi untuk setiap laman yang tersenarai.

    Penilaian ini dilakukan menerusi algoritma yang tersangat kompleks. Setiap agen carian seperti Google, Yahoo! dan MSN mempunyai algoritma yang tersendiri dan tidak sama antara satu sama lain. Algoritma ini melibatkan banyak elemen-elemen seperti pemberat, ketumpatan, meta tag dan pautan (links) untuk satu-satu kata kunci (keyword).

    Difahamkan yang agen carian sentiasa mengubah algoritmanya dan bagi memastikan laman korang sentiasa berada di barisan yang tertinggi, kandungan setiap laman perlu sentiasa dikemaskini.

  5. Penyenaraian
    Proses terakhir yang akan dilakukan adalah memaparkan atau menyenaraikan semua keputusan yang telah dinilai. Kebiasaanya keputusan akan dipaparkan mengikut populariti yang paling tinggi sehingga yang paling rendah.

Cuba bayangkan kelajuan untuk menjalankan semua proses di atas oleh agen carian, agak-agak berapa saat ya? Rasanya cukuplah setakat ini dahulu pembelajaran kita mengenai SEO ini. Nantikan entri seterusnya, Perbezaan Antara Agen Carian. Untuk tidak ketinggalan, jangan lupa melanggan Feed RSS atau melalui Email. :)

Kredit: Kripkorn Studios

ADVERTISEMENT

{ 55 comments… read them below or add one }

x-po May 19, 2010 at 11:52 pm

info yg panjang lebar bro, rupanya cmtu..banyak step, tp cepat..hehe tak terpikir dek akal

Reply

Mohd Isa May 20, 2010 at 7:09 am

tahu takpa, macam manalah orang boleh terfikir nak buat macamni sekali. hebat tak hebatlah manusia ni. sampai boleh cipta benda ni semuanya.

Reply

MrRollies May 19, 2010 at 11:55 pm

info yg sangat bagus + menarik..
thx for sharing =D
.-= MrRollies´s last blog ..Perangai Jiran Macam ****! =-.

Reply

Mohd Isa May 20, 2010 at 7:09 am

memang menarik
most welcome
:)

Reply

Rjuna May 20, 2010 at 12:16 am

oh panjang jugak proses dia yek, entah server besar mana lah google ni utk 1 dunia, mana ko dpt maklumat ni, translate ke BM ker haha
.-= Rjuna´s last blog ..Selamat Hari Cikgu =-.

Reply

Mohd Isa May 20, 2010 at 7:11 am

tahu takpa, bapa besar server lah yang google pakai untuk satu dunia ni.
aha, dari bm ke bm juga. :)

Reply

Syafrizal May 20, 2010 at 12:52 am

maklumat yang menarik pasal SEO..
memang bagus pun.. artikel aku sampai hari ni dapat top 10 untuk keyword tertentu..
.-= Syafrizal´s last blog ..Radix Chicken House di Kota Bharu =-.

Reply

Mohd Isa May 20, 2010 at 7:12 am

baguslah kalau macam tu
cakap pasal keyword
agak-agak ko
keyword apa yang aku pakai dalam entri ni?
nak aplikasi plak
:)

Reply

Syafrizal May 20, 2010 at 2:26 pm

rasanya ko menggunakan keyword “Agen Carian” dan SEO sebab aku check ko top 10 dalam keyword Agen Carian hehe tahniah…

P/S: aku tengok ada blog guna comment plugin yang keluar “new comment is submitting, please wait a comment”.. plugin apa tu?
.-= Syafrizal´s last blog ..Radix Chicken House di Kota Bharu =-.

Reply

Mohd Isa May 20, 2010 at 3:04 pm

okay, sekarang ni ko dah dapat apa keyword yang aku guna.
sekarang ko tengok cara aku susun keyword “agen carian” macam mana pula. kalau ko dapat yang tu, ko akan faham. :)

yang kita sumbit dia tak refresh page tu ke? yang plugin wordpress thread comment tak silap aku, lepas install kena setting cam mana tah. aku dah lama tak pakai plugin tu. ehehe

Reply

Affan January 19, 2011 at 12:52 pm

owh tu just enable function ajax je rasanya kat bhgn setting plugin ptu
Affan recently posted..Tips- Macam mana kalau ramai blogger buat entry yang sama

sharinginfoz May 20, 2010 at 7:55 am

seronok juga bila banyak visitors masuk melalui search engines kan
.-= sharinginfoz´s last blog ..Malu Bawa Kereta BMW Ke Universiti =-.

Reply

Mohd Isa May 20, 2010 at 12:44 pm

yurp, itu yang kita mahu. barulah lebih bersemangat nak blogging. :)

Reply

Piston Pecah May 20, 2010 at 9:49 am

wah..banyaknya proses..
bukan semudah ABC la yerrr…
.-= Piston Pecah´s last blog ..[Contest] Key Kaspersky Internet Security 2010 Selama 1 Tahun =-.

Reply

Mohd Isa May 20, 2010 at 12:46 pm

tahu takpa
banyak proses yang dijalan agen carian dalam satu masa
cuba banyangkan berbillion laman
agak-agak bape banyak yang ia perlu lakukan

Reply

mancai May 20, 2010 at 11:47 am

wah penerangan padat ni bro dan amat bermakna… banyak2 terima kasih..

Reply

Mohd Isa May 20, 2010 at 12:49 pm

ini baru penerangan mengenai agen carian sahaja, masih banyak perlu diterangkan. nanti kan entri seterusnya ya. :)

Reply

zik May 20, 2010 at 12:55 pm

banyak step dia..ek… nak dapat top 10 susah gak tuh..
.-= zik´s last blog ..Cara untuk mengatasi masalah kesesakan lalu lintas. =-.

Reply

Mohd Isa May 20, 2010 at 1:15 pm

memang banyak, nak dapat top 10 tak susah sebenarnya kalau kita pandai guna keyword bagi setiap content kita. nanti aku ajar. dalam entri aku ni cuba ko search agen carian kat google dapat no. berapa. lepas tu ko perhatikan berapa banyak agen carian dalam entri ni dan macam mana aku susun. :) yang tersirat tu. aku dah ajar skit tu. :)

Reply

wazy May 20, 2010 at 1:52 pm

penerangan yang sungguh lengkap tentang seo ni,aku pun masih terkial-kial belajar nak memahami konsep seo,terima kasih bro di atas perkongsian ini
.-= wazy´s last blog ..Helmet Bergaya Untuk Penunggang Motor =-.

Reply

Mohd Isa May 20, 2010 at 2:57 pm

semoga dengan penerangan ini dapat membantu rakan-rakan blogger yang lain. aku pun masih belajar lagi mengenai SEO. sama-samalah kita belajar, takdalah kita terkial sorang-sorang. most welcome :)

Reply

aizuddin May 20, 2010 at 9:30 pm

banyak lagi pasal seo..ni just pengenalan je baru..hehe
.-= aizuddin´s last blog ..Laman Web Untuk Hantar Sms Secara Percuma =-.

Reply

Mohd Isa May 20, 2010 at 9:37 pm

tahu takpa, just nak buat entri berangkai
baru best
ini baru bab pengenalan
:)

Reply

Frantz-Senpai May 20, 2010 at 9:51 pm

hurm.. info yang lengkap.. thanx bro..

p/s: meh lawat blog peribadi aku plak.. mysenpai.com

Reply

Mohd Isa May 20, 2010 at 9:54 pm

most welcome, baru chapter pengenalan je ni
ada lagi banyak pasal seo yang aku nak kongsi ni

boleh, takda hal. kalau nak link exchange sekali pun boleh

Reply

ariff May 21, 2010 at 12:09 am

soklan luar topik:

camne nak dapat yang benda terapung retweet ni?
plugin apa?
.-= ariff´s last blog ..Migraine – Sakit Kepala Yang Amat =-.

Reply

Mohd Isa May 21, 2010 at 12:28 am

haha, plugin Digg Digg. cari pasal plugin ni kat mrpiratz.com
ada tutorial pasal dia
sebab kena adjust kedudukan dia
:)

Reply

Remedy May 21, 2010 at 11:10 am

informative…dan padat dgn objective seo itu sendiri…bro memang byk info pasal seo ni…remedy seronok baca entri ni dan akan buat panduan dlm entri2 akan dtg…teks, keyword memang penting.
.-= Remedy´s last blog ..E-Book RDS Testimoni =-.

Reply

mohdisa May 21, 2010 at 12:47 pm

terima kasih, sekadar ingin berkongsi ilmu yang ada
kongsi itu sayang, aku sayangkan kawan-kawan aku
tidak kira kenal ataupun tidak
semoga dengan ilmu yang ada ini dapat membantu semua
tidak kira mengenai seo atau sebagainya
yang penting sentiasa berusaha untuk menjadi yang terbaik
gunakan kaedah berblog yang ada jika inginkan pembaca yang ramai
trafik yang tinggi boleh membuatkan kita lebih bersemangat untuk berblog
.-= mohdisa´s last blog ..Tetikus Tanpa Wayar A4-Tech G7-300 =-.

Reply

RedBoy June 30, 2010 at 7:22 am

banyak gila prosesnya.. nampaknya sangat susah la kan kalau kita betul2 nak masuk dalam senarai Google nih.. tapis satu2..
RedBoy recently posted..7 Perkara Yang Merosakkan Persahabatan

Reply

RedBoy June 30, 2010 at 7:23 am

tak sangka rupanya banyak step.. patutlah ada sesetengah blog tu tak tersenarai.. diaorang tapis satu2 before masuk dlm senarai merek…
RedBoy recently posted..7 Perkara Yang Merosakkan Persahabatan

Reply

Mohd Isa July 4, 2010 at 5:12 pm

betul tu, memang banyak step yang dilalui untuk keluar di muka search engine

Reply

munir ardi August 22, 2010 at 11:08 pm

bolehlah saya meminta ijin datang belajar SEO di blog nih
munir ardi recently posted..Hidup Seorang Blogger

Reply

mohdisa August 22, 2010 at 11:34 pm

boleh saudara munir, tiada salahnya. memang untuk dipelajari bersama-sama. :)
mohdisa recently posted..HIDUP SEORANG BLOGGER

Reply

slimdiet2 January 2, 2011 at 12:56 pm

thanks for sharing.ilmu yang sangat berguna
slimdiet2 recently posted..Azam 2011- Misi melangsaikan hutang

Reply

Mohd Isa January 2, 2011 at 8:35 pm

most welcome, hope dapat membantu. jika ada masalah boleh bagitau saya. terima kasih. :)

Reply

Miecyber January 7, 2011 at 5:33 pm

Satu maklumat yang berguna dan detail.Thanks..
Miecyber recently posted..Pencuri kabel di belasah

Reply

Mohd Isa January 8, 2011 at 7:56 am

Most welcome. :)

Reply

shah January 18, 2011 at 11:35 pm

shah nk copy paste boleh x???

Reply

Mohd Isa January 19, 2011 at 12:52 pm

boleh jerk, takda masalah. kalau boleh olahlah sedikit mengikut kefahaman shah. jgn lupa beri backlinks pada posting ni yerk. :)

Reply

Affan January 19, 2011 at 12:57 pm

saya taktau pasal SEO >.<

Pasal step no 4. Penilaian relevensi.
Kat sinilah ramai black hat SEO silap, diorang lebihkan kuantiti dari kualiti macam nak buat blog commenting aka buat backlink.
Aku penah tgk database software2 mengarut tu, bila aku buka satu link tu, tengok2 rupanya blog atau site yang diorang spam tu pun ada beratus-ratus orang lain yang turut spam. Mungkin sbb tu PR blog tu dah 0, kena penalti agaknya. hehe

err, komen aku ada kaitan ke? hehe
Affan recently posted..Tips- Macam mana kalau ramai blogger buat entry yang sama

Reply

Mohd Isa January 19, 2011 at 3:57 pm

komen lari dari tajuk, tp still dalam content SEO. bagus. cam pengulaslah plak aku ni. hehe

dalam black hat SEO memang kejar backlink yang banyak, tak kisahlah backlink daripada laman PR0. janji dapat backlink, itu lebih kepada backlink spammer. selalunya dorang buat untuk contest sahaja, google robot lambat detect skit. so dalam masa tu maybe dorg boleh menang. tp untuk jangkamasa panjang, aku tak galakkanlah. ada je komen yg aku dapat berunsurkan backlink builder, guna html memang lepas. tp aku selalu tapis, so ke bakul sampahlah aku campak. hehe

Reply

senangin February 19, 2011 at 4:56 pm

tip berguna utk blogger baru seperti saya…

Last blog: Cara buat duit mudah@1

Reply

Mohd Isa February 20, 2011 at 2:19 pm

semoga tips ini dapat membantu para blogger semua. :)

Reply

vaithi February 28, 2011 at 2:04 pm

hi…how if i want follow u…. memang menarik pasal SEO….how to apply SEO to blog….
vaithi recently posted..weekend story

Reply

Mohd Isa March 1, 2011 at 3:48 am

just follow my instructions, klik pada SEO di atas. byk tips dan tutorial mengenai seo telah disediakan. :)

Reply

riff March 13, 2011 at 12:55 am

tips yg berguna.. thnx :)
riff recently posted..Gadis-gadis Lara Croft Tomb Raider Yang Menawan

Reply

Mohd Isa March 15, 2011 at 2:37 pm

most welcome riff..

Reply

nizam April 18, 2011 at 12:44 pm

bercakap pasal SEO ni ada dua kan..white and black..
yang white ok la…tapi yang black ni yang buat sakit hati…ada siap SPAM trackback lagi… macam blog nizam bulan lepas kena trackback dari mana2 web ntah…nasib sempat prevent .. hehehe
nizam recently posted..Adakah Kau Lupa

Reply

Mohd Isa April 20, 2011 at 10:45 pm

aha, memang ada black dan white. white seo bersih la, black seo ni kira jahat punyalah. lebih kepada spammer link. tp dapat tahu kat google, terus kena penalti. drop terus blog tu or kena ban terus.

Reply

cik tom April 26, 2011 at 10:19 am

penerangan yg mantap dan jelas…tq

Reply

Mohd Isa April 26, 2011 at 7:32 pm

terima kasih cik tom, harap dapat membantu. :)

Reply

Arya Putra June 13, 2011 at 4:36 pm

menarik abeh!
Arya Putra recently posted..Tutorial SSH Tunneling

Reply

chekgu naman June 15, 2011 at 10:36 pm

macam lagi susah daripada subjek add maths je ni..hehe

Reply

darkbatman June 22, 2011 at 2:16 pm

bro,blog ak mcm bmslh ngn google. blh x minta jasa baik ko tlg tgkkan mane silap nya.ak xtau dh nk wt ape.. :)

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

{ 12 trackbacks }

Previous post:

Next post:

© Blog by Mohd Isa Network ⋅ Hosting by Serverfreak