semakan permohonan kplspm 2012

Semakan Tawaran Kursus Perguruan Lepasan SPM (KPLSPM) Ambilan Jun 2012

oleh Mohd Isa pada June 14, 2012

Semakan tawaran KPLSPM merupakan informasi terkini bagi mereka yang telah memohon Kursus Perguruan Lepasan SPM ambilan Jun 2012. Semakan ini adalah untuk mengetahui sama ada mereka layak memasuki Institut Pendidikan Guru (IPG) dan telah menjalani temuduga dan Ujian Insak yang telah ditetapkan.

Semakan Keputusan Permohonan KPLSPM 2012

Terdapat dua kaedah untuk membuat semakan tawaran atau permohonan KPLSPM untuk memasuki IPG iaitu melalui internet dan SMS.

Semakan Melalui Internet
Semakan tawaran boleh dibuat melalui portal rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia di Semakan Tawaran Kursus Perguruan Lepas SPM (KPLSPM) Ambilan Jun 2012.

Semakan Melalui SMS
Semakan keputusan permohonan KPLSPM melalui SMS boleh dibuat seperti berikut:
MOE[jarak]KPLSPM[jarak]NOKP dan hantar ke 15888
contoh: MOE KPLSPM 910121102324 dan hantar ke 15888

Bagi semakan nama kursus yang berjaya ditawarkan melalui SMS seperti berikut:
MOE[jarak]KURKPLSPM[jarak]KODKURSUS dan hantar ke 15888
contoh: MOE KURKPLSPM S01010101P dan hantar ke 15888

Pengesahan & Surat Tawaran KPLSPM

Semua calon yang berjaya perlu membuat pengesahan tawaran dan memuat turun surat tawaran sementara dan dokumen berkaitan bagi tujuan pendaftaran menerusi portal di atas.

Borang Am 402 KPLSPM

Borang Laporan Perubatan bagi pemeriksaan doktor untuk perlantikan ke perkhidmatan kerajaan boleh dimuat turun di Borang Am 402.

Permohonan Rayuan KPLSPM

Sebagaimana tahun lepas tiada permohanan rayuan dijangka akan dibuka untuk mereka yang gagal mendapat tawaran ke IPGM ini. Walaupun begitu tidak ada halangan untuk anda menulis surat rayuan ke Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia, Aras 3, Blok E13, Parcel E, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya (u.p : Unit Pengambilan dan Penempatan Pelajar).

Pertanyaan

Sebarang masalah atau pertanyaan berkenaan Keputusan Permohonan KPLSPM 2012 ini sila hubungi Unit Pengambilan dan Penempatan Pelajar, Bahagian Pendidikan Guru di talian 03 88844 1260/ 1245/ 1243/ 1235/ 1229/ 1228.

Sumber: ePutra

Semakan Tawaran KPLSPM

Jadi pembaca kami! 

Pengarang...

Blogging With Passion - Menulis blog sekadar hobi dan bukannya sepenuh masa. Berkongsi dan mendatangkan hasil. Terima kasih.

4 komen… baca komen di bawah atau tambah komen

Jebeng Otai™ 14 June 2012 at 10:25 pm

tahniah kepada yg berjaya.. :)
Jebeng Otai™ recently posted..Pemadam Api ABC

Reply

muazfaris 15 June 2012 at 12:33 am

tak larat dah nak update pasal ni..hahaha..

gud luck kpd yg berjaya ye!
muazfaris recently posted..Filem Prometheus sesuai untuk bakal doktor

Reply

Mohd Isa 17 June 2012 at 1:25 am

haha, apo ler. bukan selalu pun. :P

Reply

titan 15 June 2012 at 7:04 am

hoho..dah kuar dah..kuar dahh..
titan recently posted..EURO 2012 – Lelaki Germany lebih kacak.

Reply

Hantar Komen

CommentLuv badge

Sebelum:

Selepas: