tevt & ilka

Semakan Keputusan Permohonan Kemasukan Ke TEVT & ILKA 2012

oleh Mohd Isa pada May 31, 2012

Keputusan Permohonan TEVT & ILKA – Kepada sesiapa yang telah membuat permohonan ke Institut Pendidikan Teknikal & Latihan Vokasional (TEVT) dan Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA) bagi lepasan SPM dan setaraf lepasan SKM melalui UPU boleh membuat semakan keputusan permohonan bermula 30 Mei 2012 yang lalu.

Semakan Keputusan Permohonan TEVT & ILKA

Semakan bagi keputusan permohonan ke TEVT & ILKA bolehlah dibuat melalui kaedah berikut:

Pengesah Penerimaan Tawaran TEVT & ILKA

Bagi calon yang berjaya, anda dikehendaki membuat pengesahan penerimaan tawaran melalui laman web berikut:

Kemudian anda dikehendaki membuat semakan maklumat dan cetak surat tawaran melalui laman web di atas.

Rayuan Permohonan Kemasukan TEVT & ILKA

Bagi calon yang tidak berjaya menerima tawaran ke Institusi Latihan TEVT & ILKA bagi sesi kemasukan ini boleh membuat rayuan dengan mengemukakan rayuan terus kepada Institusi atau Agensi TEVT & ILKA yang berkaitan dalam tempoh 14 hari selepas keputusan diumumkan.

Dasar pemilihan permohonan rayuan tertakluk kepada kekosongan tempat yang berlaku mengikut kursus dan Institusi Latihan TEVT & ILKA selepas pendaftaran pelajar baru. Jika tiada sebarang tawaran diterima dari TEVT & ILKA empat minggu selepas tarikh pendaftaran ke Institusi Latihan TEVT & ILKA berkaitan, maka rayuan mereka dianggap gagal.

Mereka yang gagal boleh membuat permohonan ke Institusi Latihan TEVT & ILKA bagi sesi kemasukan seterusnya yang akan dikendalikan oleh Institusi atau Agensi yang berkenaan.

Maklumat Permohonan TEVT & ILKA

  • Sebarang pertanyaan yang berkaitan boleh dikemukakan kepada pihak UPU di talian 03 8883 5858 atau 03 8883 5848 atau 03-8883 5801/5802 atau faks 03 8889 4260 atau e-mel : upu@mohe.gov.my
  • Pertanyaan boleh juga dikemukakan terus kepada TEVT & ILKA yang berkenaan.

Sumber: ePutra – TEVT & ILKA

Jadi pembaca kami! 

Pengarang...

Blogging With Passion - Menulis blog sekadar hobi dan bukannya sepenuh masa. Berkongsi dan mendatangkan hasil. Terima kasih.

3 komen… baca komen di bawah atau tambah komen

farisBlogger 1 June 2012 at 8:27 am

tahniah pd yang dpt melanjutkan pelajaran

Reply

hatiputera 1 June 2012 at 9:32 am

tahniah kepada yang berjaya,,,semoga berjaya meneruskan cita-cita..
hatiputera recently posted..TOP COMMENTATOR LELAKI KACAK MEI

Reply

kulanz 3 June 2012 at 11:22 pm

moga mereka yang berjaya dapat menggunakan peluang yang ada sebaik mungkin

Reply

Hantar Komen

CommentLuv badge

Sebelum:

Selepas: