Selamatkan Entri Anda Dengan Google Reader

by on May 13, 2010

Backup Entry With Google Reader

Promosi: Genuine Kaspersky 2012 hanya RM 1.83/bulan

Salam sejahtera dan salam 1Malaysia buat pembaca Blog Mohd Isa. Syukur alhamdulillah, sudah tiga hari Blog Mohd Isa berjaya kembali ke arena blogging dengan bantuan daripada saudara Ilham dan Kak Jie setelah hosting lama Blog Mohd Isa mengalami masalah suspended tanpa sebarang sebab yang munasabah.

Usaha untuk mendapatkan backup file dan entri-entri dari hosting lama masih giat dijalankan walaupun kerjasama daripada pihak hosting lama amat kurang memuaskan. Mana tidaknya, email, mesej tidak dibalas, malah panggilan telefon juga tidak dijawab. Memang amat menyedihkan bila blog yang aku sayang ini mengalami masalah yang tidak diduga. Pelbagai cara dan kaedah telah aku cuba untuk mendapatkan kembali entri-entri lama untuk dimuatkan kembali ke Blog Mohd Isa dengan hosting baru, ServerFreak.

Akhirnya aku menjumpai satu jalan penyelesaian yang boleh dikatakan merupakan jalan terakhir untuk mendapatkan entri-entri sebelum ini. Terima kasih kepada Khairil Afzal kerana membantu memberi idea untuk mendapatkan entri-entri sebelum ini dengan menggunakan Google Reader. Kira amat bertuah juga aku kerana melanggan blog sendiri sebelum ini, dapatlah aku mencari beberapa entri untuk dimasukkan kembali ke Blog Mohd Isa walaupun tidak keseluruhannya.

Langkah Penting Untuk Selamatkan Entri Anda Dengan Google Reader:

  1. Pastikan Feed RSS blog memaparkan entri penuh dan bukan dalam bentuk summary. Untuk pengguna CMS WordPress sila ke dashboard anda, kemudian pergi ke Reading di bawah bahagian Settings dan tandakan Full text pada For each article in a feed, show.
  2. Kemudian pergi ke Google Reader dan login dengan menggunakan akaun Gmail anda. Setelah login, klik pada Add a subscription dan masukkan URL blog anda. Serta merta Google Reader akan memaparkan Feed RSS dari URL tersebut.
  3. Untuk lebih selamat, upload gambar atau files untuk entri anda ke hosting lain seperti ImageShack atau Flickr. Ini adalah untuk memastikan agar imej tersebut tidak hilang dengan hosting yang bermasalah.
  4. Setelah semua perkara di atas selesai dilaksanakan, anda boleh melihat entri anda sentiasa walaupun hosting anda mengalami masalah atau suspended seperti hosting Blog Mohd Isa sebelum ini.

Kelemahan Menggunakan Kaedah Google Reader:

  1. Anda terpaksa copy dan paste satu-satu entri untuk dimasukkan semula ke blog anda berbanding menggunakan backup files.
  2. Segala komen dari pembaca sebelum ini hilang begitu sahaja.
  3. Entri anda dianggap entri plagiat jika URL untuk entri anda berlainan dengan URL sebelum ini. Betul tak?

Apa-apa pun aku ingin mengucapkan terima kasih kepada Google kerana menyediakan perkhidmatan Google Reader ini. Bukan sekadar untuk membaca Feed RSS, juga sebagai backup entry dikala sesebuah blog mengalami masalah kehilangan entri lama. Terima kasih Google Reader. :)

Reader: Jom menangi netbook Acer Aspire One sekarang juga! Jangan lupa langgan Feed RSS Blog Mohd Isa untuk mendapatkan update terkini dan ikuti Twitter Mohd Isa.

ADVERTISEMENT

{ 48 comments… read them below or add one }

denaihati May 13, 2010 at 12:36 pm

Aku suka TIPS ni. heee 1Malaysia ya macan nak tumpang sedut PR je…bijak tu…
.-= denaihati´s last blog ..100Malaysia Senarai Blog Page Rank 2 – 7 =-.

Reply

Mohd Isa May 13, 2010 at 2:31 pm

thanks bro, bro juga yang ajar pasal PR ni. kalau letak domain PR tinggi boleh naikkan PR kita. betul tak?

Reply

yangbaik May 13, 2010 at 2:57 pm

suka tip ni… menarik… tumpang ayat DH … mau sedut PR… hehehe

Reply

Mohd Isa May 13, 2010 at 3:34 pm

thanks, haha. tumpang ayat dh yerk. hanya yang terbaik untuk anda. :)

Reply

khairil May 13, 2010 at 3:05 pm

nice tips…thanks for link back =)
.-= khairil´s last blog ..Hari Belia Negara 2010 =-.

Reply

Mohd Isa May 13, 2010 at 3:35 pm

thanks bro, :)

Reply

fina fento May 13, 2010 at 3:52 pm

oooo..camtuuu..oke, terima kasih untuk info..dapat dua ilmu kat sini hari ni :D
.-= fina fento´s last blog ..Peraduan Online 2010, menantu mak dara & kasut tumit tinggi =-.

Reply

Mohd Isa May 13, 2010 at 4:34 pm

dua ilmu? apa tu? hehe, sama-sama fina. :)

Reply

Pisyek May 13, 2010 at 6:10 pm

bro hosting kat mane sblm ni eh..? cm menarik je servis mereka… :P
.-= Pisyek´s last blog ..13 Perisian Wajib Pasang =-.

Reply

Mohd Isa May 13, 2010 at 7:15 pm

itu nanti dahulu, aku akan ceritakan kemudian. demi menjaga nama baik orang lain yang mencari rezeki. kena faham juga, tak semua orang perfect. betul tak? hehe

Reply

Pisyek May 14, 2010 at 7:07 am

dah betul da tu… hehe… XD
.-= Pisyek´s last blog ..Jadi hensem dengan Google Apps? =-.

Reply

mohdisa May 14, 2010 at 7:22 am

tahu takpa, haha. :)
.-= mohdisa´s last blog ..Selamatkan Entri Anda Dengan Google Reader =-.

Reply

Syafrizal May 13, 2010 at 6:12 pm

Nampaknya entri aku pun dah berbentuk “Tolong backup blog anda”. Heheh
.-= Syafrizal´s last blog ..Backup blog Wordpress anda dengan WP-DB-Backup =-.

Reply

Mohd Isa May 13, 2010 at 7:16 pm

wah, dah buat entri pasal WP-DB-Backup. hehe, baru bagitau dah wat entri. pantas. :)

Reply

Syafrizal May 13, 2010 at 7:51 pm

Kene buat cepat2 sebab takut terlupa nak buat backup. Kena jadi rujukan hehe.
.-= Syafrizal´s last blog ..Backup blog Wordpress anda dengan WP-DB-Backup =-.

Reply

Mohd Isa May 13, 2010 at 9:49 pm

wah, bagusnya. camtulah yang kita nak. boleh jadi rujukan pada blogger lain juga. :)

Reply

Wan Perlis May 13, 2010 at 8:31 pm

huh seram la bila jadi camni
ada kan plugins utk backup entri dan comment?
.-= Wan Perlis´s last blog ..Soaljawab bersama Wan Perlis part 2 =-.

Reply

Mohd Isa May 13, 2010 at 9:50 pm

memanglah ada, wp-db-backup. hehe, tapi seblum ni aku dah pasang. cuma tak aktif. hehe

Reply

farhan May 13, 2010 at 9:59 pm

lebih kurang la teknik aku cite kat fb tu jugak la tu :] last2 kena copy jugak .haha . nice bro. aku pernah rasa jugaj macam ni,hhah
.-= farhan´s last blog ..Photos : April hingga 13 Mei 2010 =-.

Reply

Mohd Isa May 13, 2010 at 11:26 pm

thanks bro, aku tak perasan plak ko ada cerita kat fb. memang jalan terakhirlah ni. hehe

Reply

Anarm May 14, 2010 at 2:38 am

entri2 n komen2 biasanye aku sedut dr dashboard.. function export.. save jadi fail .xml pastu simpan dengan selamat kt mane2.. pastu time takde keje aku import fail xml tu masuk wordpress kt localhost aku.. wp localhost aku jadi sama macam kt blog yg tgh run.. ade sume page, sume entri, sume komen..

plugin wp-db-backup.. seting bg auto backup masuk email, baru selamat skit.. huhu..

ko sound tepat hosting lama ko tu.. jgn sampai bende camni jadi kt blogger2 lain plak..
.-= Anarm´s last blog ..Blog down? Angkara siapa? =-.

Reply

Pisyek May 14, 2010 at 7:09 am

backup di localhost… same cm pisyek dulu… skg da x buat… agak kemalasan…

hahaha…
.-= Pisyek´s last blog ..Tips menjadi pelajar cemerlang =-.

Reply

mohdisa May 14, 2010 at 7:18 am

susah ke nak wat backup ke localhost?
.-= mohdisa´s last blog ..Selamatkan Entri Anda Dengan Google Reader =-.

Reply

Pisyek May 14, 2010 at 7:28 am

kire cm ade 2 website yg sama la, 1 online, 1 offline.

dulu aku tulis dlm yg offline dulu, baru masukkan dlm yg online punye… hehehe…
.-= Pisyek´s last blog ..13 Perisian Wajib Pasang =-.

Reply

mohdisa May 14, 2010 at 3:12 pm

oic, sllnya aku akan tulis dalam wordpad dahulu. baru aku copy paste dalam wp aku balik. malas nak menaip terus ke wp, mana tidaknya. tgh tulis2 kang tetiba tenet takda. wat penat jerk. :)
.-= mohdisa´s last blog ..Adamaya Mengajar Untuk Bersabar Dalam Blogging =-.

mohdisa May 14, 2010 at 7:17 am

ye tak ye gak, aku tak teringat pun pasal local host aku. thanks bro, satu idea yang menarik tu. takdalah kita lupa apa yang kita tulis. :)

bab nak sound orang ni aku tak pandai sangat. nantilah, aku masih tunggu backup files aku. semalam reseller tu ada call aku, dia takda 5 hari. pergi kursus.
.-= mohdisa´s last blog ..Selamatkan Entri Anda Dengan Google Reader =-.

Reply

blinkky May 14, 2010 at 3:13 am

Penting backup ni. Kalau boleh, buat hari-hari =)
.-= blinkky´s last blog ..Iron Man 2 Movie Wallpapers =-.

Reply

mohdisa May 14, 2010 at 7:19 am

wah nak buat hari-hari yang tak larat tu, tapi aku dah setting untuk backup seminggu sekali. okay tak?
.-= mohdisa´s last blog ..Selamatkan Entri Anda Dengan Google Reader =-.

Reply

Pisyek May 14, 2010 at 7:30 am

aku pun x mampu hari2… hahaha… backup time ade entri baru je… XD
.-= Pisyek´s last blog ..Cara terpantas selesaikan Rubik =-.

Reply

mohdisa May 14, 2010 at 3:17 pm

tahu takpa, kalau nak backup hari-hari kenalah rajin selalu. hehe
.-= mohdisa´s last blog ..Adamaya Mengajar Untuk Bersabar Dalam Blogging =-.

Reply

grapple May 14, 2010 at 7:15 am

tips yg sgt berguna.. takut2 nnt sy pn kna mcm ni jgk.. sp tau kn.. thnx bro !

Reply

mohdisa May 14, 2010 at 7:20 am

most welcome, sharing is caring right. :)
.-= mohdisa´s last blog ..Selamatkan Entri Anda Dengan Google Reader =-.

Reply

Kujie May 14, 2010 at 8:09 am

Kak Jie mmg guna wp auto backup tu..
tapi yang kat Google Reader ni guna juga
dah lama…sejak guna blogspot lagi..kiranay lebih 2thn dah guna cara ni
.-= Kujie´s last blog ..Badminton Piala Thomas 2010 Online ( Live ) =-.

Reply

Mohd Isa May 14, 2010 at 4:15 pm

kenapa kak jie tak bagitau dari awal
sedihnya tak dapat backup files lagi ni
nasib baik server tu jauh
kalau tak dah kena serbu
:(

Reply

Kujie May 14, 2010 at 6:04 pm

mana la kak jie tau korang tatau
.-= Kujie´s last blog ..Badminton Piala Thomas 2010 Online ( Live ) =-.

Reply

Mohd Isa May 14, 2010 at 7:51 pm

hehe, kak jie tak ajar. :)
kak jie, cam mana ni.
provider tak menunjukkan kerjasama yang baik ni
backup files pun tak dapat lagi
sedih pun ada.
ades

Reply

zik May 14, 2010 at 9:06 am

hurm… rasanya tak register lagi google reader nie… kena ada banyak backup… takut2 tak function yang lain tuh..huhu
.-= zik´s last blog ..Malaysia menewaskan china Piala Sultan Azlan Shah 2010! =-.

Reply

Mohd Isa May 14, 2010 at 4:16 pm

tak perlu register, perlu ada akaun gmail sahaja dah boleh guna. :)

Reply

Mus May 15, 2010 at 2:07 am

blog aku masih bermasalah..
akan up tak lama lagi..

Reply

Mohd Isa May 15, 2010 at 7:41 am

blog bro kenapa ya? apa masalahnya, hosting suspended juga ke?

Reply

rashid May 21, 2010 at 4:48 pm

Salam bro…name tak gune option export dari WP???kalau kena buat blog baru pun, just import file .xml tu…hmmm…
Tapi masalah tak backup adalah kelalaian sendiri, nasib baik bro ingatkan kitorang sume…huhu
.-= rashid´s last blog ..Solat Jumaat, Rebut Saf Hadapan Selagi Boleh. =-.

Reply

Mohd Isa May 21, 2010 at 4:55 pm

sudah terlewat, server suspended tanpa sebab. macam mana nak export nya. hehe, apa-apa pun lepas ni kenalah lebih berhati-hati.

Reply

rashid May 21, 2010 at 5:07 pm

Owh yeke…kalau macam tu dah terhantuk baru nak mengadah la ni…sorry for u bro…hmm
.-= rashid´s last blog ..Solat Jumaat, Rebut Saf Hadapan Selagi Boleh. =-.

Reply

Mohd Isa May 21, 2010 at 6:08 pm

haha, lebih kurang macam tu lah
haha, its okay
boleh mula dari bawah balik
:)

Reply

nelly February 18, 2011 at 11:01 am

Nelly mahu tanya ..
kenapa bila kita pakai google reader , hanya sekejap sahaja BLOG I’M FOLLOWING ada , kemudian hilang . Nelly masih baru dan minta tunjuk ajar ya .
nelly recently posted..Bila orang menyedari tentang hidup – dunia akan menjadi lebih indah

Reply

Mohd Isa February 20, 2011 at 2:10 pm

ini sekadar pendapat, sebab dah lama tak pakai google reader ni. selalunya google reader yang disediakan pada blogger.com adalah sekadar widget yang sedia ada. jadi rasanya elok setting dahulu untuk google friends connect kemudian copy paste code yang diberikan. rasanya ia lebih berkesan daripada memakai widget yang sedia ada. :)

Reply

Affan March 18, 2011 at 4:20 am

Saja nak tambah.
Satu lagi keburukan, pembaca tak datang blog kalau kita full feed.
Kalau buat summary, nak taknak pembaca kena datang blog gak :)
Affan recently posted..Beza Air Liur dan Air Liur Basi

Reply

Mohd Isa March 18, 2011 at 8:44 am

Setiap perkara ada baik dan buruknya. Betul tak? :)

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

{ 4 trackbacks }

Previous post:

Next post:

© Blog by Mohd Isa Network ⋅ Hosting by Serverfreak