Selamat tahun baru kepada semua pembaca, rakan-rakan, mak dan abah, adik-adik dan tidak lupa juga kepada sahabat blogger yang dikasihi selalu. Hari ini 1 Januari 2013, bermulalah episod baru di dalam diari kehidupan.
Sebut pasal diari, harap dapatlah diari percuma nanti. Nak beli memang tak mahulah, better beli buku nota dari beli diari. Walaupun hidup dalam teknologi yang maju, tradisional tetap terbaik.
BBQ Tahun Baru 2013
Sambutan tahun baru kali ini agak berlainan pada kali ini jika dibandingkan dengan tahun-tahun sebelumnya. Padahal tahun sebelum ni sambut depan kaca televisyen dan monitor sahaja. Maklumlah, kalau di Perlis 1 Januari merupakan hari kerja. Tiada cuti.
Pada kali ini saya ambil cuti untuk meraikan tahun baru bersama rakan-rakan blogger, media sosial dan internet marketer. Sambutan tahun baru di rumah blogger Fazreen yang juga pemilik Oh Saya Gila Perfume. Sederhana tapi meriah itu penting.

Gaya tuan rumah dengan BBQ dan Domino’s Pizza. – Pic Ariff Shah
Aktiviti sambutan tahun baru kali ini BBQ, Dominos Pizza, Secret Recipe dan Spaghetti. Tambahan layan movie What’s Your Number, Project X dan Captain America: The First Avenger. Memang layan habis.

Sambil makan layan movie Captain America: The First Avenger.
Yang paling best, dapat jumpa rakan-rakan blogger yang sebelum ini hanya dikenali dalam dunia maya sejak sekian lama dahulu. Antara yang turut hadir Ariff Shah, Mohd Ismail founder Rotikaya, Ayong Qiela tukang masak, Haru Elie, Paeh tuan rumah bersama, Khairil Afzal, Arif Ishak, Odin, Fiona RJ, Acul, Tengku Fariduddin a.k.a Cerita Mamat, Sham Hardy, Roslan Nazri, Aman Firdaus founder Amanz.my dan ramai lagi.

Gambar wajib tayang, founder Amanz.my yang sibuk bekerja.
Ada antara mereka yang first time jumpa, memang menarik dan yang penting cool. Macam sebuah famili yang besar, gelak ketawa bersama tambah-tambah bila layan movie Project X yang hyper awesome. Semoga hubungan di antara kita semua tidak akan terputus sampai bila-bila. InsyaAllah.
Selamat Tahun Baru




{ 21 comments… read them below or add one }
Selamat tahun baru juga Isa,wahh seronoknya dapat sambut dengan geng-geng blogger,harap-harap satu hari nanti dapat jumpa korang semua
wazy recently posted..Minisite Mudah Sememangnya Mudah
insyaAllah, satu hari nanti kita akan ketemu juga. amin.
Waaaah…. Blogger-blogger otai Malaysia sambut tahun baru bersama-sama.
Mesti siok kan? Selamat tahun baru.
Malaysia Coin recently posted..Sejarah: Asal-usul nama Malaysia
selamat tahun baru, takda otai mana pun. cuma mengeratkan silaturrahim
Feh, kat sini ko eh
dah ah tak ajak
erk, cam mana nak ajak. bukan aku tuan rumah. hehe
Chill ah, saje je bahan ko
selamat tahun baru bro
haha, no problem bro. selamat tahun baru juga, eh cam mana projek kita? jadi ke idak? senyap je, tak emel pun aku detail semua.
Untunglah ber”gathering” dengan otai² semua
wah, memang terbaik. hoho…
Salam tahun 2013 ya.
Moga berbahagia hendaknya, heh
hafidz recently posted..Wordless Wednesday – Burger Bakar Abang Burn
Salam bro, selamat tahun baru. Terima kasih, samalah kita. Semoga bro terus sukses sentiasa. Amin.
Selamat Tahun Baru kepada pengunjung setia blog.mohdisa.com. Semoga bisa terus berkarya dan Sukses
Hotel di Bandung recently posted..Hotel The Dinar Bandung
Terima kasih, semoga para pembaca terus setia mengunjung blog mohd isa.
selamat tahun baru, salam kenal , n sukses terus ya ..
terima kasih, salam kenal juga buat kamu.
wah.
ada gathering.
aku tahun baru sibuk exam bro. haha
Izwan recently posted..Ambang 2013, Setahun Di 2012
haha, biasalah bro. musim exam. sabar jelah.
memang best gathering begini. Jarang ada gath di buat di rumah kediaman sebab biasanya di restoran. Anyway, next gath saya cuba mengadirkan diri.
tahu takpa, bukan senang nak buat gath di rumah. boleh, tiada masalah.
Aduh saya baru baca…. hikz.. ingin rasanya saya ikut dan nimbrung…