Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Dan Bulan Kemerdekaan

by on August 1, 2010

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Dan Bulan Kemerdekaan

Promosi: Genuine Kaspersky 2012 hanya RM 1.83/bulan

Salam sejahtera dan salam 1Malaysia, semoga para pembaca semua dalam keadaan sihat walafiat sentiasa hendaknya demi menyambut bulan Ramadhan dan bulan kemerdekaan yang ke-53 buat negara kita yang tercinta Malaysia, tanah tumpah darahku. Syukur alhamdulillah aku ucapkan kepadaNya, semoga bulan ini penuh dengan keberkatan kepada seluruh umat manusia.

Dengan rasa yang amat bersyukur kepada Allah swt, Blog Mohd Isa ingin mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Dan Bulan Kemerdekaan kepada seluruh umat manusia dan rakyat Malaysia khasnya. Bulan Syaaban bakal melabuhkan tirainya, maka bulan Ramadhan akan menjelma. Seluruh umat Islam akan berpuasa, bagi memberkati bulan yang mulia ini. Mari ketahui beberapa kelebihan bulan Ramadhan ini.

KELEBIHAN BULAN RAMADHAN

Berikut beberapa hadith yang menceritakan fadhilat bulan Ramadhan untuk kita hayati bersama dan mendapat keberkatannya:

  1. Dari Abi Hurairah beliau berkata: Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:

    “Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan.”

    Hadis riwayath Bukhari, Muslim& Nasaaei.

  2. Daripada Abu Hurairah berkata Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud:

    “Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu.”

    Hadith riwayat oleh Nasai’e, Ibn Majah dan Baihaqi

  3. Dan Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang ertinya :

    “Sesiapa yang mendirikan Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan maka akan diampunkan baginya dosanya yang telah lalu.”

    Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Abu Daud, Nasai’e dan Baihaqi

  4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud:

    “Solat yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan (iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan: Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar).

    Telah berkata Abu Hurairah: Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah, adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda: Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah.”

    Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim dan Baihaqi

  5. Daripada Abi Solih Az-Zaiyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud:

    “Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untuk Ku dan Aku sendiri yang akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri isterinya pada hari itu dan tidak meninggikan suara.

    Sekiranya dia dihina atau diajak berkelahi maka dia berkata: Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri Nabi Muhammad saw didalam kudratNya maka bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. ”

    Hadis riwayat imam Bukhari& Muslim.

Sumber: Ustaz Azhar Idrus

Semoga apa yang disampaikan di atas, dapat memberi semangat kepada kita untuk terus menunaikan kewajipan kita sebagai umat Islam dan sentiasa dirahmati olehnya. Sempena bulan kemerdekaan ini juga aku ingin menyerukan kepada seluruh rakyat Malaysia dapat mengebarkan bendera kebanggaan Malaysia, Jalur Gemilang. Demi mengenangkan sejarah kemerdekaan Malaysia. :)

ADVERTISEMENT

{ 32 comments… read them below or add one }

zik August 1, 2010 at 10:37 pm

banyak manfaat bulan ramadhan nie…
zik recently posted..Imam muda minggu ke 9

Reply

Mohd Isa August 2, 2010 at 8:57 am

betul tu zik, oleh itu
banyak kan beribadah pada bulan ini
insyaAllah, banyak pahala akan diperolehi

Reply

Blinkky August 2, 2010 at 2:38 am

Sedikit sebanyak dapat menginsafkan diri saya =)

Reply

Mohd Isa August 2, 2010 at 8:59 am

syukur alhamdulillah…semoga Allah merahmati diri kita…

Reply

boy_bersahaje August 2, 2010 at 10:03 am

Ramdhan yang sentiasa dinanti. Semoga ramdhan kali ini lebih baik dari ramdhan yang lepas =)

Reply

Mohd Isa August 2, 2010 at 10:43 am

InsyaAllah, mudah-mudahan begitulah hendaknya. Amin.

Reply

yanmie August 2, 2010 at 11:17 am

tak sabar nak tunggu ramadhan, bulan yang dinanti2 oleh semua umat islam…

jom kita rebut2 buat amal dan pahala di bulan yang mulia bulan ramadhan :)

Reply

Mohd Isa August 3, 2010 at 3:16 pm

jom2, menambahkan amal dan ibadah kepadaNya. insyaAllah dikurniakan pahala berlipat kali ganda di bulan ramadhan nanti.

Reply

Wan August 2, 2010 at 12:06 pm

bulan yang byk kelebihan
bykkan amalan sunat
Wan recently posted..Perkhidmatan Internet di Malaysia

Reply

Mohd Isa August 3, 2010 at 3:18 pm

insyaAllah, sama2lah kita terus beramal.

Reply

Nine August 2, 2010 at 12:39 pm

Tak sabaq tunggu bulan puasa, sifat sabar dapat tanam dalam diri :) aku suka..time pas terawikh yang plg best…selamat berpuasa bro Isa & selamat menyambut hari kemerdekaan tak lama lagi..:D
Nine recently posted..Jom Senyum2 Kalau Masalah Datang

Reply

Mohd Isa August 3, 2010 at 3:20 pm

betul-betul, tp paling best. time berbuka, makan ramai2 dari makan di hari2 biasa. g bazar. best moment. hehe, thanks bro. salam ramadhan dan salam merdeka buat bro juga. :)

Reply

catzer August 2, 2010 at 12:48 pm

aku masih ingat lagi kalau bulan pose mesti cite umah kedai glamer gile..hehehe..time balik sekolah agama akan lepak depan tv layan cite umah kedai.. :)
catzer recently posted..GoDaddy Scam Pembeli Domain

Reply

Mohd Isa August 3, 2010 at 3:23 pm

haha, samalah kita. tapi itu tahun bila. skg ni umah batu je semua. hehe

Reply

wazy August 2, 2010 at 12:53 pm

Setahun menanti,kini bulan Ramadhan menjelma lagi,Selamat Bepuasa bro

Reply

Mohd Isa August 3, 2010 at 3:25 pm

selamat berpuasa juga untuk bro wazy. semoga dirahmati Allah selalu. amin

Reply

wans August 2, 2010 at 2:57 pm

Assalamualaikum Bro Mohd Isa,
Satu peringatan shahdu melembutkan hati , sedia menyambut bulan al-mubarak penuh barakah penuh keimanan keikhlasan beribadat , semoga penghuni bumi umat Rasulallah ini dirahmati, amien.

.. saya pernah post 2 komen , ingin rakam tk for responding & return vst.

Reply

Mohd Isa August 3, 2010 at 3:30 pm

InsyaAllah, semoga di bulan yang dinantikan ini kita semua mendapat keberkatan daripadaNya. Teruskan beribadah dan beramal dengan seikhlas hati kita.

Sama-sama.

Reply

SelambuT SuTera August 2, 2010 at 3:18 pm

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN

Reply

Mohd Isa August 3, 2010 at 3:34 pm

terima kasih, salam ramadhan. :)

Reply

MySuperKids August 2, 2010 at 3:36 pm

Selamat menyambut Ramadhan
MySuperKids recently posted..Atasi Susu Badan Kurang Di Bulan Puasa

Reply

Mohd Isa August 3, 2010 at 3:36 pm

thanks….selamat berpuasa juga. :)

Reply

Mr.Bintang August 2, 2010 at 10:34 pm

selamat menyambut ramadhan.. :)

nnt kalau wat gathering bukak pose best gak ni… :P

Reply

Mohd Isa August 3, 2010 at 3:45 pm

tahu takpa
tapi kat perlis ni ramai ke nak join
takkan nak g kl lg
hehe

Reply

ishak August 3, 2010 at 4:01 pm

time bulan puasa nilah syaitan dan iblis kena ikat
ishak recently posted..Selaraskan wordpress plug in wp125

Reply

Mohd Isa August 3, 2010 at 9:08 pm

tahu takpa, time2 macam nilah kita nak pertingkatkan amalan kita. insyaAllah.

Reply

naz August 5, 2010 at 9:53 pm

alhamdulillah,tiba lg ramadhan.rindu dey.hehe.
naz recently posted..Protect Your Dreams

Reply

Mohd Isa August 5, 2010 at 11:16 pm

syukur, mudah2an bulan puasa ni dapat kita berbuka bersama ye. insyaAllah. kalau ada rezeki balik kl.hehe

Reply

ray ban August 8, 2010 at 2:47 pm

semoga tahun ini amal ibadat kita diterima-Nya
ray ban recently posted..Size guide

Reply

Mohd Isa August 8, 2010 at 3:02 pm

insyaAllah, mudah-mudahan begitulah hendaknya. amin

Reply

mancai August 9, 2010 at 2:36 am

selamat berpuasa…

Reply

Mohd Isa August 9, 2010 at 2:46 am

thanks bro, selamat berpuasa juga. :)

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

{ 2 trackbacks }

Previous post:

Next post:

© Blog by Mohd Isa Network ⋅ Hosting by Serverfreak