Selamat Hari Guru Dari Blog Mohd Isa

by on May 16, 2010

Selamat Hari Guru

Promosi: Genuine Kaspersky 2012 hanya RM 1.83/bulan

Tanggal 16 Mei tidak pernah luput di dalam ingatan aku sejak di bangku sekolah lagi. Iaitu satu tarikh yang amat bermakna untuk mengenangkan jasa seorang guru, cikgu, teacher, sir, lecturer dan pensyarah. Tarikh untuk menghargai jasa dan pengorbanan seorang guru kepada anak-anak murid seperti aku.

Di zaman persekolahan dahulu, hampir setiap tahun aku akan meraikan Hari Guru disamping guru-guru yang aku sayangi. Paling indah di zaman sekolah rendah, maklumlah di waktu usia masih di peringkat kanak-kanak. Hanya tahu dengan kegembiraan meraikan Hari Guru dengan pelbagai acara dijalankan di sekolah aku dahulu, Sekolah Kebangsaan Changkat Jering, Taiping.

Teringat aku dibangku sekolah dahulu, rotan menjadi teman aku ketika belajar. Asal silap sahaja, pasti rotan hinggap di telapak tangan aku. Dirotan oleh guru aku adalah perkara biasa bagi aku, kerana aku mengerti beliau berbuat demikian untuk mendidik aku menjadi seorang insan yang berjaya seperti sekarang. Berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda.

Ada satu ketika dahulu, aku diarahkan berdiri di atas kerusi oleh guru aku setelah keputusan peperiksaan akhir tahun aku menurun dengan teruk sekali. Tidak cukup dengan berdiri di atas kerusi, aku dirotan di kaki. Mengalir air mata aku, tapi sedikit pun aku tidak pernah menyalahkan guru aku. Kerana beliau ingin mengajar aku dan terus mengajar aku. Melawan bermakna aku tidak akan mendapat keberkatan dalam menuntut ilmu.

Tidak seperti zaman sekarang, kalau dirotan oleh guru. Pasti guru akan dipersalahkan, pasti guru akan disaman. Lebih teruk lagi masuk surat khabar hadapan, menyalahkan guru. Kenapa ini semua berlaku? Adakah pernah terfikir derhaka kepada guru juga tidak akan mendapat keberkatan segala ilmu yang telah dicurahkan oleh guru. Fikirkanlah.

Terima kasih guru, terima kasih cikgu kerana sudi mendidik anak muridmu ini sehingga berjaya ke menara gading. Jasamu tetap di dalam sanubari aku hingga akhir hayat. Aku rindukan zaman persekolahan aku dahulu. Terimalah ucapan Selamat Hari Guru buat semua guru dan pengajar di seluruh dunia. Jasa anda semua terhadap anak murid insyaAllah akan dirahmati oleh-Nya. Di bawah ini aku kongsikan video dari YouTube Kami Guru Malaysia khas buat guru-guru di Malaysia.

Video Kami Guru Malaysia

Lirik Kami Guru Malaysia

Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putra putri negara kita

Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua

Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta

Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan

Lagu & Lirik : Hashim Ahmad

ADVERTISEMENT

{ 21 comments… read them below or add one }

zik May 16, 2010 at 2:22 am

selamat hari guru!! walaupun cikgu kat sekolah dulu … selalu denda.. sebab salah sendiri..hehe
.-= zik´s last blog ..Malaysia kecundang, gagal mara ke peringkat akhir piala thomas 2010 Malaysia VS China =-.

Reply

Mohd Isa May 16, 2010 at 9:53 am

tahu takpa, waktu aku sekolah dulu selalu juga kena marah, kena rotan, kena penampar biasa jerk. budak sekarang manja, dah buat salah tak boleh ditegur lansung. baik duk umah je, tak payah pegi sekolah.

Reply

KNizam May 16, 2010 at 4:20 am

selamat hari guru buat semua guru sedunia. hehe :)
.-= KNizam´s last blog ..Selamat Hari Guru 2010! Terima Kasih Cikgu, Kerana Telah Mengajar Saya Tulis Baca! =-.

Reply

Mohd Isa May 16, 2010 at 9:56 am

rindu pula zaman persekolahan dahulu. i want back to school. :(

Reply

arynet May 16, 2010 at 11:58 am

itulah, segala pengalaman semasa sekolah pasti kita ingat sampai bila-bila. tambah pula kena denda kan. perghh.. itulah yang mengajar kita. Selamat Hari Guru!
.-= arynet´s last blog ..Fifa World Cup South Africa =-.

Reply

Mohd Isa May 16, 2010 at 12:27 pm

betul tu bro, paling diingat waktu kena denda, rotan dan pelbagai lagi yang menjadi pengajaran sampai sekarang untuk mendisiplinkan diri agar menjadi manusia yang berjaya. :)

Reply

eiyda May 16, 2010 at 1:07 pm

selamat hari guru jugak……teringat kenangan dulu2..huhu
.-= eiyda´s last blog ..eiyDa: Selamat Hari Guru kepada semua cikgu2 di Dunia!! =-.

Reply

Mohd Isa May 16, 2010 at 2:39 pm

sama-samalah kita menghargai guru kita semua. hanya tinggal kenangan di zaman persekolahan dahulu. :)

Reply

aman May 16, 2010 at 1:46 pm

selamat hari guru..hoho~ rindu kat sekolah. huaaaa~~
.-= aman´s last blog ..Google Chrome 6.0 Sudah Sedia Untuk Di Uji =-.

Reply

Mohd Isa May 16, 2010 at 2:41 pm

aku pun rindu juga, rasa nak balik zaman sekolah dulu jerk. aman, mesin masa tak jumpa lagi ke?

Reply

Syafrizal May 16, 2010 at 6:00 pm

Kadang2 seronok bila tgk gambar masa sekolah dulu hehe
.-= Syafrizal´s last blog ..Tinggalkan komen di blog melalui Google Reader =-.

Reply

Mohd Isa May 16, 2010 at 6:32 pm

tahu takpa, tapi gambar waktu aku sekolah rendah dulu tak banyak la plak. :(

Reply

Syafrizal May 16, 2010 at 6:34 pm

budak2 sekolah aku rajin la plak scan gambar lama dalam facebook
tengok muka aku masa sekolah rendah innocent gila
haha.. ada gambar aku masa lawan bola daerah petaling
time final.. kalah plak tu
.-= Syafrizal´s last blog ..Tinggalkan komen di blog melalui Google Reader =-.

Reply

Mohd Isa May 16, 2010 at 10:14 pm

uiks, budak sekolah aku takda plak nak scan gambar.
nak kena beri cadangan pada dorang semua ni
hehe, mana tahu dorg ada simpan gambar aku ke
hehe, uiks…link ko dah ada ke blm yerk dalam link exchange aku?
kalau takda, tolong bagitau yerk. :)

Reply

Syafrizal May 16, 2010 at 11:48 pm

Aku dah link kat ko.. tapi ko tak link kat aku lagi..
.-= Syafrizal´s last blog ..Tinggalkan komen di blog melalui Google Reader =-.

Mohd Isa May 17, 2010 at 1:02 am

oic, link ko takda lagi yerk. jap aku update. sorry yerk, maklumlah. kena start dari bawah balik ni. :)

Reply

Syafrizal May 17, 2010 at 1:05 am

Ok takpe.. takde hal hehe.
.-= Syafrizal´s last blog ..Tinggalkan komen di blog melalui Google Reader =-.

Anarm May 17, 2010 at 1:59 am

rindu zaman sekolah.. rindu awek sekolah.. huhu
.-= Anarm´s last blog ..Selamat Hari Guru 2010 kepada semua Cikgu =-.

Reply

Mohd Isa May 17, 2010 at 12:10 pm

awek sekolah? haha, teringat plak aku ni jarang berkawan dengan perempuan dulu waktu sekolah. tak ambik port sgt. haha

Reply

ALAM July 30, 2010 at 1:40 pm

guru bagaikan lilin yang mebakar didi

Reply

Mohd Isa August 1, 2010 at 6:59 am

didi tu apa?
hehe, salah perumpamaan ni
guru umpama api yang menyalakan lilin
macam mana boleh masuk ALAM ni.

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

{ 3 trackbacks }

Previous post:

Next post:

© Blog by Mohd Isa Network ⋅ Hosting by Serverfreak