Hari Guru 2011

Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara

Pertama sekali saya ingin mengucapkan Selamat Hari Guru kepada seluruh warga pendidik di Malaysia. Pengorbanan dan jasa baik anda semua amatlah bermakna sebagai seorang pendidik yang bakal melahirkan seorang pemimpin di masa yang akan datang di Malaysia ini.

Tanggal 16 Mei pada setiap tahun merupakan hari yang penuh bermakna buat warga pendidik di Malaysia ini, tidak kira cikgu sekolah dan pensyarah di institut pengajian tinggi. Mereka diraikan dalam satu hari yang dinamakan Hari Guru. Pada tahun ini, Hari Guru genaplah ia disambut selama 40 tahun.

Pada tahun ini juga, tema atau slogan untuk hari guru pada kali ini adalah “Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara” yang melambangkan warga pendidik mampu melakukan transformasi bagi melahirkan lebih ramai lagi golongan yang bijak pandai.

Ianya mampu dilaksanakan selaras dengan perkembangan teknologi negara, jika dahulu pelajar hanya boleh mendapatkan sumber rujukan melalui buku sahaja. Kini pelbagai kaedah rujukan mampu dilakukan, ini termasuk penggunaan internet dan sebagainya.


Semoga Hari Guru pada tahun ini mampu memberi semangat kepada warga pendidik di seluruh Malaysia bagi meneruskan usaha murni mereka untuk melahirkan anak-anak muda yang bijak pandai dan golongan yang berilmu tinggi untuk memimpin negara pada satu hari kelak. Selamat hari guru daripada saya. :)

Jom layan video Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara:

• Meet the Author • Mohd Isa


Blogging With Passion - Menulis blog sekadar hobi dan bukannya sepenuh masa. Berkongsi dan mendatangkan hasil. Terima kasih.


15 comments… add one

  • yes 1st! nak jadi cikgu perlu juga tanam sifat saing tu ye..haha
    oh cikgu kau la segalanya sampai aku dok kat mana jauh dari rumahku..:D
    selamat hari cikgu <3
    syahrilhafiz recently posted..Blogspot Untuk Siapa

    Reply
  • hehe..
    saya sampai termimpi zaman persekolahan semasa tidur tadi..
    naimulfirdaus recently posted..blogger yang teruk

    Reply
    • haha, samalah kita. :)
      rindukan zaman persekolahan dulu.

      Reply
  • Assalam…
    masa sek dulu mmg best, hari guru sambut meriah je….
    tambah2 bila boleh bermain dgn cikgu yg selalu garang…
    iza recently posted..Teratak Usang Bebas Malware

    Reply
    • salam iza
      tahu takpa, guru dan murid-murid menjadi rapat umpama ibu bapa dan anak-anak. memang best. :)

      Reply
  • membesar dalam keluarga dan suasana yang berkait rapat dengan hal ehwal cikgu-cikgu ni, aku hanya mampu tersenyum jerr… :D
    MuJE recently posted..Domain MY Dot MY semurah RM 10!

    Reply
  • kadang2 tu kesian pulak tengok cikgu2 yang dok mengajar kat pendalaman,terutama sekali kat sabah& serawak,
    pantaidalam recently posted..Apa Yang Ada Di Negara Russia

    Reply
    • rasanya tiada masalah kot, cukup masa dorg akan berpindah juga. cikgu baru pula yg ganti. duit elaun yg dorg terima pun lebih byk. member ada juga mengajar di sana. :)

      Reply
  • Selamat hari guru.
    Video klip paling best yang altromen nyanyi. Kreatif betul

    Reply

Don’t Be Shy » Leave a Comment!

CommentLuv badge