Review Filem Cun

Antara Sawah Padi dan KLCC?

Pernahkah anda terdengar atau menonton video mengenai sepasang kekasih bercumbuan di Pavillion dengan si jejaka mengajukan soalan kepada si gadis, “Antara aku dan KLCC, manakah yang kau pilih?” Lebih kurang macam itulah persoalannya.

Jika dilihat video itu berulang-ulang, ternyata satu perkara negatif yang telah berlaku di tanah air tercinta ini. Moral yang kurang enak telah disebarkan di YouTube begitu sahaja. Amat memilukan bangsa kita, Melayu terikut-ikut dengan budaya barat.

Bercumbu-cumbuan di tempat yang terbuka, di depan khalayak ramai tanpa segan dan silu. Di manakah terletaknya didikan agama terhadap pasangan ini? Siapakah yang harus disalahkan? Itulah persoalan yang bermain di fikiran saya.

Review Filem Cun

Kali ini saya ingin berkongsikan sedikit ulasan atau review sebuah filem yang baru ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia. Cun, memang cun habis. Perasaan kecewa setelah menonton filem Dilarang Masuk dapat dihapuskan setelah menonton filem Cun.

Sebuah filem cinta komedi ini memang terbaik untuk tontonan pelbagai lapisan masyarakat. Memang tidak kering gusi apabila menontonnya daripada babak awal hingga ke akhir.

Dicampur pula babak yang lebih menyentuh emosi sehingga mampu menitiskan air mata bagi sesiapa sahaja yang benar-benar menghayati babak tersebut. Siapa yang belum menontonnya, boleh membaca sinopsis Cun sekarang juga.

Pelakon utama, pastinya Maya Karin dan Remy Ishak memang benar-benar mencuit dan menyentuh hati. Kisah percintaan di antara seorang selebriti kota dan jejaka kampung.


Paling menyentuh perasaan apabila Remy Ishak yang memegang watak Atan pergi ke Kuala Lumpur untuk membawa pulang Luna Latisya yang dilakonkan oleh Maya Karin. Dalam babak tersebut Atan telah dipermainkan oleh Candy, penerbit rancangan Meletops.

Memang amat menyedihkan apabila perasaan seseorang dipermainkan di depan khalayak ramai dan disiarkan secara lansung. Sedih habislah, patut anda tonton dan hayati babak ini. Memang terguris habis perasaan Atan apabila perasaannya dipermainkan sebegitu rupa.

Tetapi akhirnya Luna Latisya dan Atan bersatu jua akhirnya setelah Luna Latisya terus melamar Atan pula di kampung, walaupun waktu itu Atan berfikir mana mungkin sawah padi bersatu dengan KLCC. :P

Permulaan yang baik dan diakhiri pula dengan babak yang sungguh hebat. Jadi sesiapa yang belum menontonnya, sila tonton sekarang juga. :)

Nota: Maaf jika komen-komen sebelum ini masih belum dapat dibalas, maklumlah saya agak sibuk dengan projek akhir tahun saya. Student la katakan.

• Meet the Author • Mohd Isa


Blogging With Passion - Menulis blog sekadar hobi dan bukannya sepenuh masa. Berkongsi dan mendatangkan hasil. Terima kasih.


27 comments… add one

Don’t Be Shy » Leave a Comment!

CommentLuv badge