Waktu untuk membuat review bulan lepas, iaitu bulan Januari 2011. Bulan yang penuh masalah bagi saya di mana duit pinjaman PTPTN yang masih belum masuk ke akaun hasil kesilapan Unit Peperiksaan UniMAP. Nasib baik ada rakan yang sudi memberi bantuan kepada saya, dapatlah saya menjamah makanan. Terima kasih.
Apa-apa pun saya tertarik dengan entri yang ditulis oleh rakan blogger saya iaitu Affan Ruslan yang bertajuk Merendah Diri Dalam Berblog. Dalam entri tersebut menyatakan bahawa kita tidak perlulah menunjuk-nunjuk dengan hasil yang kita perolehi, tidak kisahlah dengan trafik, pendapatan (earnings) dan pengikut-pengikut (followers). Memang benar apa yang ditulis itu ada baiknya, tapi yang penting niat kita.
Bagi saya, menulis review bulanan dan memaparkan trafik itu bukanlah atas niat untuk menunjuk-nunjuk. Tapi lebih kepada perkongsian perkembangan blog kita, manalah tahu ada yang sudi untuk menyewa ruang iklan di blog kita. Betul tak? Hal earnings pula, itu bolehlah dikategorikan menunjuk rasanya, tapi saya memang tidak akan memaparkannya sesekali di blog. Itu adalah rahsia, mana tahu nanti silap-silap kena cukai ke.

Balik kepada review bulan Januari 2011, berdasarkan Google Analytics trafik pada bulan lepas tidaklah terlampau tinggi iaitu 14,499 Unique Visitors. Sedikit peningkatan jika dibandingkan dengan bulan Disember 2010 iaitu 13,641 Unique Visitors dan kedua tertinggi dalam 3 bulan berturut-turut di mana trafik tertinggi dicatat dalam bulan November 2010 iaitu 15,556 Unique Visitors.
Dalam bulan Januari 2011 juga saya telah berjaya menerbitkan 24 entri keseluruhannya. Seperti review sebelum ini, saya akan memilih 5 entri yang rasanya perlu diambil perhatian oleh para pembaca semua. Sedikit ulasan dan rumusan mengenai 5 entri tersebut saya sediakan di bawah:
- Kemeriahan Tahun Baru Di Twitter
Kisah sambutan tahun baru di Twitter, maklumlah saya tidak gemar menyambut tahun baru diluar. Bersesak-sesak di luar dan membuang wang begitu sahaja. Lebih jimat dan selamat menyambut tahun baru di Twitter sahaja bersama rakan-rakan blogger yang turut memeriahkan time line di Twitter saya.
- Keselamatan Terjamin Bersama Kaspersky Internet Security 2011
Ini adalah entri promosi saya yang berbayar untuk pertama pada tahun ini, lebih kepada internet jobs. Sedikit review mengenai Kaspersky Internet Security 2011, memang berbaloi jika anda menggunakan Internet Security daripada Kaspersky ini. Komputer anda dijamin selamat 100%. - 10 Online SEO Tools Daripada Google
Bagi yang gemar dan mementingkan SEO, di sini saya ada kongsikan 10 tools SEO daripada Google secara dalam talian (online). Ianya disediakan secara percuma dan berbayar, rasanya 10 tools ini penting bagi blog yang berniche dan berbahasa Inggeris lebih baik. Tidak perlu lagi mengupah orang untuk menaikkan blog tersebut. Anda mampu membuatnya sendiri.
- Kesalahan Yang Sering Dilakukan Dalam SEO
Antara tips SEO yang saya sediakan di Blog Mohd Isa, khas buat penggemar SEO dan ingin mempelajari ilmu SEO. Dalam tips ini saya ada menerangkan beberapa kesalahan yang sering dilakukan oleh blogger atau pembina laman web. Mudah dan ringkas untuk difahami. - Google Pagerank Akhirnya Dikemaskini
Berita paling hangat bulan Januari yang lepas, terutama kepada blogger dan pembina laman web. Akhirnya Google mengemaskini data Pagerank, ada laman yang naik ada juga yang jatuh. Sehinggalah timbul perasaan kurang senang di antara blogger yang mengambil keputusan untuk tidak mengambil peduli akan Google Pagerank yang banyak kerenah sekarang ini.
Untuk melihat senarai penuh artikel yang telah diterbitkan oleh Blog Mohd Isa pada bulan Januari 2011, anda bolehlah melihatnya di sini. Semoga review ini menjadi rujukan anda semua untuk mengetahui perkembangan Blog Mohd Isa selain menjadi rujukan saya sendiri. Saya berharap agar anda dapat terus menyokong kewujudan blog ini dan memberi semangat kepada saya untuk terus berblog.
Tidak lupa juga kepada yang setia meninggalkan komen di blog ini, buat pengetahuan anda semua. Pada bulan Januari yang lepas, saya telah mengambil keputusan untuk menyediakan ruang bagi 5 blogger yang paling banyak meninggalkan komen di sidebar blog ini seperti yang dibuat oleh rakan blogger saya iaitu eTomyam.
Top 5 Januari 2011
Kepada blogger yang hendak menyedut trafik dari Blog Mohd Isa ini, bolehlah menjadi seperti mereka. Tinggalkan komen banyak-banyak, tetapi harus diingatkan jangan gatal-gatal hendak menjadi spammer plak. Sebab saya akan menapis setiap komen yang ditinggalkan dahulu. Ruang ini akan disediakan setiap bulan, jadi rebutlah peluang ini. Kira iklan percuma di blog inilah katakan.
Bagi yang sudi, bolehlah mengikuti saya di Facebook dan Twitter. Anda juga digalakkan agar melanggan Blog Mohd Isa melalui emel dengan memasukkan alamat emel anda pada ruangan sidebar yang telah disediakan. Terima kasih.




{ 66 comments… read them below or add one }
pergh, dah membuktikan kalau kita buat macam ni bukan nak menunjuk ye, tapi nak berkongsi
kalau sombong tuh tak dapat nak gambarkan lah.hehe
terbaik bro, thesis tidak bagus, salah tu ;D
syahrilhafiz recently posted..Gayakan Tema Windows dengan WindowBlinds
setuju bangat…
Piratz recently posted..Memasang Smiley-Emoticon Pada Ruangan Komen Blog
apa yg ko setuju ni ha? haha
entah aku ta faham apa yg dia setuju..ngeh3
syahrilhafiz recently posted..Gayakan Tema Windows dengan WindowBlinds
haha, aku lagilah tak faham. haha, weh…kira kalau aku tya pasal linux ni mesti ko tak leh jawab lagikan.
haishh, makin ramai dok perli ni..ekeke
semalam pasal monitor tu, bukan plug je ke..
sebab tak pernah aku cuba dalam windows pun..
ha nak tanya apa lagi, silakan..kalau aku pernah cuba, boleh la jawab..heee
haha, apo ler. bukan perli, risau jerk. aku dah test kat fedora, dia auto using 2 monitor. kira workspace aku lagi besar la, tp kedudukan dia terbalik. kalau windows, monitor lappy belah kiri. fedora plak, monitor lappy belah kanan. senget aku dibuatnya. haha
erk, aku tak berapa faham. haha, yg penting tu niat. kalau niat nak menunjuk memang menunjuklah jadinya, kalau nak kongsi memang kongsilah jadinya. penting kot, barulah ada yg minat nak pasang iklan kat sini.
erk, aku ada tulis thesis tidak bagus ke? hehe
yeah, apa da tak faham.
saja nak nyakat kandungan entri ni pasal entri affan tu.adeh.
ha yg pasal thesis tu tak baca hangat.tk tu ke? muehehe
syahrilhafiz recently posted..Gayakan Tema Windows dengan WindowBlinds
patutlah aku kurang mengerti, rupanya dikaitkan dengan entri lain. damn, bagus2. lain kali tinggalkan link gak, tp ng anchor text tau. hehe, jap aku nak p terjah hangat.tk dlu.
wawawa~
baiklah..sekali tuan2 punya entri tu aku tarik sekali masuk sini eaaa..;D
syahrilhafiz recently posted..Gayakan Tema Windows dengan WindowBlinds
haha, bagus gak tu. senang skit aku nak tarik trafik dari dorg, takyah nak bentang karpet merah lg dah.
selalu baca tapi jarang tinggalkan komen..tak boleh sedutlah…nanti tambah gemuk
hehe..apa2 pun moga semuanya dipermudahkan.
Kujie recently posted..Happy Dung Dung Ceng
haha, sy tau kak jie memang jarang tglkan komen kat sini. tp sy tau kak jie sll dtg sini.
aha, klu camtu takleh sedutlah. nnt besau, insyaAllah kak jie. semoga semuanya dipermudahkan. amin
heheheeh.sama macam kak kujie. selalu je baca entry sini.tapi segan nak komen. SEGAN ok.ok,tipu je segan tuh.hahahaha!!! wish u all the best wei. aku dari dulu nak gune thesis theme ni tapi install ade problem jek.hampeh -..-
lizz recently posted..Apa Sebenarnya Yang Korang Cari Dalam Hidup
haha, segan la plak. apa plak ko nak segan ng aku. lol asal plak, aku pakai ok jerk. meh sini aku nak tolong, takda hal punya.
hehehehe.wooo,baiknyer!!! ntah ar,aku rase theme thesis yang aku donlod aritu ada virus kot.ke apa ntah.nak kena cari lain.kalau nak tlg,tlg share theme ni ngan aku.bahahaha! -..-
lizz recently posted..Jadi Blogger- Jangan Sombong Please!
takda hal punya, meh email. aku send.
kiranya ko salah download la tu, mmg ada theme crack. tp aku pakai ori nyer tau.
wohoo!!!!!! terbaekkk ar.nak nak tumpang sekaki theme -..-
lizarazak84[at]gmail[dot]com
itulah,aku rasa mmg crack tuh. huhuhuhu
lizz recently posted..Contest Aksi Makan yanmieonlinecom
hoho, sorry lambat. aku dah send kat emel ko. usyar la. kalau ada masalah sila bgtau yerk.
Salam..
Ok jgk trafik blog ni. Kalau buat review, tak terniat pun nak menunjuk, cuma dapat buat perbandingan la dgn bulan2 lepas…
Sekurang2nya boleh juga up date blog kan..
iza recently posted..25 Fakta Tentang Iza Teratak Usang
salam, setakat ni ok lagilah. cuma kena usaha lebih lagi.
betul tu, at least kita dapat bandingkan setiap bulan dan dapat memberi motivasi kepada kita untuk terus berjaya di masa akan datang.
penting sebenarnya berkongsi…
happy CNY!
Piston Pecah recently posted..Book Smart atau Street Smart Pilihan anda
haha, tahu takpa. happy chinese new year 2!
harap2 orang tak salah anggap entry aku tu.
komen ko aku dah reply.
btw, bounce rate tu, kena bagi berapa ye dikira bagus?
Affan recently posted..Merendah diri dalam berblog
aku tak baca reply lagi, takpa. aku saja nak share kat sini, leh la up trafik ko sekali. bantu membantu, setiap perkara ada kebenarannya. betul tak. hehe
oh, pasal bounce rate aku ada tya pakar seo or seo provider. seelok-eloknya bawah 40%. so memang agak payah nak capai jika pelawat datang tak baca entri lepas tu blah camtu jerk, dan yg paling sesak bila terdapat byk page not found cam aku. hehe, semuanya gara-gara database dan penukaran permanlink.
Asyik cite pasal bounch rate.. Apa bende tu? Apa tujuannya?Sori, Jai mmg x tau pasal ni..he3
deCrewz recently posted..Panduan Perjalanan Cuti Tahun Baru Cina 2011
haha, bounce rate ni penting dalam alexa ranking dan pr/popularity sesebuah laman. bounce rate ni mengira timing berapa lama seseorang pelawat berada di dalam page atau laman tersebut, lagi lama visitor lepak dalam page itu, lagi rendahlah bounce rate itu. mcm spring, lagi lama ditekan, lagi mampan la dia.
Patut la dipanggil bouncee.. Spring daa..hu3. Kiranya tiap2 hari akn berubah la bounce rate tu..
deCrewz recently posted..Panduan Perjalanan Cuti Tahun Baru Cina 2011
yurp, akan berubah setiap kali ada pengunjung. makin lama pengunjung berada dalam blog kita, maka peratusan bounce rate akan berkurangan.
Jai dah daftar ngan google analytics, tapi peratus bounch rate tu kosong je..ha3. Yang tu ke?
decrewz recently posted..Buffered Earning Yang ke-4
yang tulah, kalau blog baru memang sikit bounce rate dia. dah lama nanti, jai tgklah dia naik mendadak. hehe
Salam, ye yan pun slalu je ada cuma kadang jd silent…ehehehe, btw terima kasih atas perkongsihan entry di atas
Salam yan, haha. Its okay, ramai juga silent reader sebenarnya. Maklumlah lebih selesa jadi pembaca daripada meninggalkan komen, betul tak? Anyway, sama-sama yan.
bounce rate aku untuk bulan januari 67%.. byk giler.. adess.. tp kira ade kemajuan gak la.. bulan sbelum tu 69%..
Ezany-Kun recently posted..Harga Minyak Petrol RON97 Naik 10 Sen Mulai 1-2-2011
haha, kena usaha lagi tu bro. kurangkan lagi, aku ingat bln depan aku nak kurangkan bawah 50% plak. hehe
saya baru merangkak belum dpt berjalan lagi. Tapi sharing entri ni mmg bermakna.Terimakasih daun keladi, tulislah lagi
CikSembang recently posted..Interlok jadi bualan di yahoo answer
takpa, pelan2. lama2 ok lah tu, sama2. js nak bangkitkan semangat rakan2 blogger, selain menaikkan motivasi diri.
bagusnya,,semoga terus sukses
eiela recently posted..Hati-hati Dengan Scammer
thanks eiela…
fuhh byk betul visitor dalam blog ko ni ek.. bagus2..
Ayie recently posted..Windows XP SP 3
haha, takdalah byk lagi. kalau nak dibandingkan dengan blog lain, byk lagi kot.
giler lah banyak betul.. mantap.. , memberi semangat kepada blogger lain untuk perbaiki dan improve apa lagi yang terkurang , terlebih ker.. huhu..
zik recently posted..Katak berbisa pembunuh!! Toad Cane-Katak laut
haha, takda mantap mana pun. jauh lagi kot nak kejar blog lain. hope inilah semangat untuk improve lagi.
tahniah bro permulaan 2011 yg baik. lepas ni pasti ngetop terutama kalau dapat fokus kepada organik trafik.
denaihati recently posted..Mesir terkini runtuhnya sebuah Dinasti
insyaAllah bro, hope dapatlah lawan bro nnt. hehe, beranganlah plak. apa kata bro sponsor contest seo plak kat sini. boleh tak? hehe
peh mantap bro… setiap entry blog ni sentiasa bermakna…. semoga semakin bertambah maju…
terima kasih bro, hopefully camtulah hendaknya.
mesti masyuk jugak nuffnang kan?? hehehe…
MDHAFiZ.NET recently posted..FrenbookNetAnother Facebook From INDONESIA
haha, takda masuk nyer. biasa2 jerk.
aku suka baca blog ko Isa, cuma kdg2 tak tinggal komen je..sebab pa tau aku suka, penulisan ko senang baca santai gitu, n selalu ko publish tak tah typo…
tu ramai blog ko…ko kije nanti pun harap terus blogging…:)
tak nah : aku yang typo..haha
haha, patut aku baca cam pelik jerk.
terima kasih bro, aku bab typo ni kalau boleh nak kasi zero terus. maklumlah aku tulis, pastu aku baca dlu. baru aku publish. hopefully camtulah, harap bila aku dah keje nanti. dapatlah aku teruskan blog aku ni. thanks again bro.
banyak trafik tu bro. bagus2. ada nama akulah disitu. hehe. thanks bro
RedBoys recently posted..Laporan Statistik RedBoysInfo Januari 2011
tak banyak mana pun, hehe…mestilah. ko kan pengomen tegar.
penuh dengan informasi…tahniah diucapkan
apaajanews recently posted..REVOLUSI MESIR RAKYAT MALAYSIA DAN BUNGA MAS5
terima kasih, selalulah datang melawat. nanti aku share byk info lagi yerk.
tahniah. Banyak tu trafik. Kena usaha lagi ni nak banyakkan trafik.
tunepal recently posted..How You Protect Your Brain
itulah, kena banyak usaha lagi ni. kasi berjuta-juta plak. hehe
aku akan menjadi pembaca setia blog ni dan pastinya akan tinggalkan komen.
agak-agak lelaki ke pompuan yang ramai bertandang di blog ni?bape charge iklan banner kat blog ni ye?
slimdiet2 recently posted..Promosi SD2
terima kasih, tak tahulah pulak pasal jantina ni. tak pernah buat servey lagi. nak tahu charge sila bertanyakan di CONTACT.
huh ! bole tahan juga blog ko nie yer, heheh. banyak perkara yang berlaku pada tahun 2011 yer.
Anip recently posted..Korang OKU Tak Bermakna Korang Tak Berguna!
haha, biasa jerk. tahu takpa, lepas ni byk lg event ni.
huhu..banyaknya trafikkkkkkk
cikgufaezah recently posted..Mee goreng mamak or fried noodle mamak style
takdalah banyak sangat, jenuh gak nak mengejar trafik camni.
{ 3 trackbacks }