matrikulasi

Permohonan Fasa 2 Kemasukan ke IPTA Sesi 2012/2013 Lepasan Matrikulasi Dan Asasi

Permohonan fasa 2 kemasukan ke IPTA bagi sesi akademi 2012/2013 bagi lepasan matrikulasi dan asasi akan dibuka. Bagi pelajar lepasan matrikulasi dan asasi yang telah membuat permohonan sebelum ini, bolehlah mengemaskini permohonan dalam fasa 2 ini.

Permohonan fasa 2 ini adalah bertujuan untuk memberi peluang kepada lepasan matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia, Prgram Asasi Sains Universiti Malaya (PASUM) dan Program Asasi Teknologi Mara (Asasi UiTM) yang bakal memperolehi keputusan peperiksaan akhir.

Para lepasan matrikulasi bolehlah mengambil peluang ini untuk mengemaskini permohonan sebelum ini agar selaras dengan keputusan semester akhir. Ini dapat meningkatkan peluang untuk mendapat tawaran ke IPTA.

Cara Permohonan Untuk Fasa 2 Lepasan Matrikulasi

Pengemaskinian Permohonan Fasa 2 ini sama seperti Permohonan Fasa 1 dahulu iaitu:

  • Melalui UPU – Permohonan ke semua IPTA kecuali USM
  • Melalui USM – Permohonan ke USM sahaja

Melalui UPU

  • Pengemaskinian Permohonan Fasa 2 untuk semua universiti kecuali USM perlu dibuat melalui laman web Permohonan Kemasukan Ke IPTA Program Pengajian Lepasan STPM/Setaraf Kategori Matrikulasi KPM/ PASUM/ Asasi UiTM – Fasa 2. (pautan akan diberi bila telah dibuka nanti)
  • Tempoh membuat kemaskini adalah mulai 26 Mei 2011 tertakluk kepada perubahan.
  • Pengemaskinian Permohonan Fasa 2 ini hanya terbuka untuk mereka yang telah membuat permohonan semasa Fasa 1 sahaja.

Melalui USM

  • Pengemaskinian Permohonan Fasa 2 untuk Universiti Sains Malaysia (USM) perlu dibuat melalui laman web https://pohon.usm.my
  • Tempoh membuat kemaskini adalah mulai 26 Mei 2012 sehingga 1 Jun 2012.
  • Pengemaskinian Permohonan Fasa 2 ini hanya terbuka untuk mereka yang telah membuat permohonan semasa Fasa 1 sahaja.

Tarikh Tutup Permohonan

Pengemaskinian Permohonan Fasa 2 ini akan ditutup seperti berikut:


  • UPU – akan dimaklumkan
  • USM – 1 Jun 2012

Pertanyaan

Sebarang pertanyaan memgenai permohonan Fasa 2 boleh dikemukan kepada;

  • UPU di talian am: 03 8870 6755/6766, kaunter: 03 8870 6778, faks: 03-8870 6864 atau E-mel : upu@mohe.gov.my
  • USM di talian 1300 888 876 atau faks: 04 653 3328 atau e-mel: admissions@notes.usm.my

Sumber: ePutra

Permohonan IPTA untuk lepasan Matrikulasi

• Meet the Author • Mohd Isa


Blogging With Passion - Menulis blog sekadar hobi dan bukannya sepenuh masa. Berkongsi dan mendatangkan hasil. Terima kasih.


4 comments… add one

Don’t Be Shy » Leave a Comment!

CommentLuv badge