Peranan Ibubapa Untuk Anak Berjaya

Peranan Ibubapa Untuk Anak Berjaya

oleh Mohd Isa pada November 18, 2011

Dewasa ini, isu berkaitan keibubapaan dan institusi kekeluargaan bukanlah satu isu yang baru. Malah ia adalah isu yang selalu diperkatakan dan sering diperdebatkan. Institusi keluarga dan ibubapa merupakan satu institusi yang penting dalam sistem sosial Islam.

Justeru itu Islam memandang mulia kedudukan, tugas, peranan dan tanggungjawab ibubapa kerana mereka adalah tunggak dan pencorak generasi masakini yang bakal menggalas kepimpinan negara pada masa hadapan. Merekalah yang menjadikan anak-anak sebagai aset negara yang tidak ternilai.

Ibubapa berfungsi sebagai penggerak yang paling penting dalam mendidik anak-anak dan keluarga ke arah membina kehidupan berumahtangga yang baik, sempurna dan diredhai oleh Allah. Skima penilaian ibubapa yang berjaya tidak meletakkan faktor kebendaan atau aspek lahiriah semata-mata tetapi lebih dari itu.


Faktor keterampilan dan kemampuan untuk melahirkan dan membentuk satu generasi anak-anak yang berilmu, bertakwa, beriman dan beramal soleh adalah penentu dalam situasi dan ruang lingkup tugas dan tanggungjawabnya sebagai ibubapa. Inilah ukuran yang menjadi kriteria utama kejayaan mereka.

Jika kita mengukur dan menilai ibubapa berjaya berdasarkan kebolehan atau pencapaian aspek kebendaan semata-mata tanpa memikirkan soal adab, kesopanan, maruah dan budi pekerti sudah tentu ianya akan hanya melahirkan generasi ynag tempang dan seterusnya masyarakat yang pincang.

Ibubapa yang memahami, memperlengkapkan diri dan membentuk dengan asas-asas pengetahuan Islam untuk membina keluarga berlandaskan asas keagamaan akan dapat merealisasikan tuntutan sebenar dari perkahwinan tersebut. Persediaan keagamaan ini penting sebagaimana ditegaskan dalam firman Allah bermaksud:

“Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan juga keluarga kamu dari api nereka.” ( Al-Tahrim:6)

Kemuliaan institusi ini dipelihara oleh Islam di mana ianya perlu dimulai dengan peraturan tertentu iaitu perkahwinan dan bukannya melalui hubungan sulit atau perzinaan. Maksudnya batasan dan kefahaman agama menjadi pendorong utama apabila perkahwinan hendak dilaksanakan.

Kita juga tidak mahu keruntuhan sistem kekeluargaan adalah berpunca dari faktor kurangnya pengetahuan atau didikan agama yang dimiliki oleh ibubapa. Hakikatnya ibubapa yang memiliki didikan agama dan menghayati falsafah perkahwinan dan diterjemahkan dalam rumahtangganya dapat menjalankan fungsinya dengan baik dalam kehidupannya. Ini adalah kerana pertimbangan soal dosa dan pahala adalah asas penting dalam menunaikan tugas dan tanggungjawab kita terhadap diri, keluarga masyarakat dan negara.

Jadi pembaca kami! 

Pengarang...

Blogging With Passion - Menulis blog sekadar hobi dan bukannya sepenuh masa. Berkongsi dan mendatangkan hasil. Terima kasih.

7 komen… baca komen di bawah atau tambah komen

Piston Pecah 18 November 2011 at 6:37 pm

memang pon… kalau boleh biar berjaya dalam dua2 bidang kan…
akademik je tapi dari segi lain kureng pon tak guna…
Piston Pecah recently posted..Wordless Wednesday #4 – Basikal

Reply

levelsatu 18 November 2011 at 10:03 pm

risau gak tengok bebudak sekarang..nakal kan main..
levelsatu recently posted..Seteru lama – Malaysia vs Indonesia di Sukan SEA Indonesia 2011

Reply

blackrosehunter 19 November 2011 at 8:10 am

sekarang ini ibubapa ramai yang terkejar-kejar mencari harta dan wang ringgit. Sehingga anak-anak tidak mendapat kasih sayang mereka tetapi mendapat kasih sayang amah dari indon. Kalau kita banyangkan, apa akan terjadi kepada anak itu?tidak mustahil untuk dia lebih mendengar cakap amah daripada mendengar cakap ibubapa mereka sendiri.
blackrosehunter recently posted..Satu Penghinaan : Gambar Pope Bercium dengan Imam Al-Azhar

Reply

MDHAFiZ.NET 19 November 2011 at 10:45 am

Benar tuan…..
MDHAFiZ.NET recently posted..Malaysia vs Myanmar 2011 (2011 SEA Games Indonesia)

Reply

syahrilhafiz 19 November 2011 at 4:01 pm

derhakakah kita..hehe hampir sama dengan entri wazy..
dan nak dikatakan sekarang, anak-anak kurang didikan agama dan akhlak..
syahrilhafiz recently posted..4 Sebab Mengapa ANDA Harus Miliki Samsung Galaxy Note

Reply

sensasi2020 20 November 2011 at 2:19 am

Anak2 memerlukan pengawasan yg semaksiman mungkin. Byk pengaruh luar mempengaruhi tingkah laku dan tindak tanduk mereka.
sensasi2020 recently posted..Gadget Impian Saya Adalah…."Samsung Galaxy Tab 10.1"

Reply

zai 31 January 2012 at 3:09 am

emm menarik artikel ni, selain tu sy jg tgk ada byk artikel menarik mengenai keluarga di http://www.kemahirankekeluargaan.blogspot.com mgkin ada berminat

Reply

Hantar Komen

CommentLuv badge

Sebelum:

Selepas: