Selamat Hari Raya Aidil Adha

Pengorbanan Di Aidil Adha

oleh Mohd Isa pada November 18, 2010

Terlebih dahulu saya ingin memohon ampun dan maaf di atas kelewatan saya mengemaskini blog ini. Saya juga ingin memohon maaf kepada para pembaca yang telah meninggalkan komen di blog ini kerana buat masa ini saya tidak dapat membalasnya di atas sebab-sebab tertentu.

Bagi yang sudah membaca entri sebelum ini iaitu Bilakah Kesedihan Ini Akan Terhenti dan entri Hidup Ini Tidak Selalunya Indah sudah pasti mengetahui masalah yang saya hadapi kini. Sehingga kini, keadaan ibu saya masih di dalam keadaan yang membimbangkan. Kesihatannya juga tidak berada di dalam keadaan yang baik.

Tidak ada perkataan lain yang mampu saya terjemahkan lagi selain daripada perasaan sedih apabila melihat keadaan ibu sehingga kini. Saya hanya mampu berdoa dan menjaganya sahaja, sedikit pengorbanan daripada seorang anak kepada ibu jika dibandingkan dengan pengorbanan seorang ibu kepada saya yang begitu besar bagi saya.

Sempena Hari Raya Aidil Adha yang bakal tiba ini, saya ingin berkongsikan pengorbanan yang dilakukan oleh bapa saya dalam keluarga terutama kepada ibu saya. Dari saya kecil lagi saya sudah mengetahui bapa saya seorang yang penyayang dan bertanggungjawab di dalam keluarga.

Perkara yang saya paling ingat adalah di waktu makan, tidak kira makan tengah hari ataupun malam. Jika ada lauk ayam, bapa saya sanggup tidak menjamahnya kerana ingin memberikan kepada anak-anaknya. Kerana bapa saya mengerti lauk itu kegemaran anak-anaknya, sehingga saya ingin berkongsi dengan bapa. Pasti dia akan menolak, tapi saya tetap akan simpan buatnya.

Bab duit pula sudah pasti ia menjadi perkara yang tidak saya akan lupa sampai bila-bila, bapa saya bukanlah bergaji besar. Hanya cukup untuk membeli makanan dan barang keperluan lain, tapi bila memerlukan perbelanjaan yang besar seperti waktu saya ingin menyambung pelajaran pasti bapa bertungkus-lumus untuk mencarinya untuk memenuhi keperluan saya.

Tambahan pula apabila saya duduk berjauhan daripada keluarga, setiap minggu pasti bapa saya akan memasukkan duit untuk dibuat belanja. Kadang-kadang saya tidak memintanya, walaupun saya tiada duit untuk makan. Kerana saya tahu, bapa saya benar-benar di dalam kesusahan sekarang. Jika saya tidak memintanya, pasti dia akan menghubungi saya untuk memastikan saya mempunyai duit belanja ataupun tidak.

Kadang-kadang saya berbohong juga, menyatakan duit masih ada walaupun dompet saya kosong sahaja. Kerana saya tahu, ibu dan adik-adik lebih memerlukannya untuk makan. Saya fikir, saya minum air kosong pun sudah mencukupi. Mungkin itu sedikit pengorbanan saya jika hendak dibandingkan dengan pengorbanan bapa saya.

Kini bapa saya sudah berhenti kerja beberapa bulan yang lalu, demi menjaga ibu di rumah. Bertambah rumitlah hidup keluarga saya, kereta yang dibeli untuk menjadi kemudahan sebelum ini juga sudah ditarik. Mesin basuh yang digunakan untuk membasuh pakaian kotor juga sudah rosak, bil api dan air juga kadang-kadang terpaksa ditangguhkan dahulu.

Amat besar pengorbanan yang dilakukan oleh bapa saya, tidak dapat saya balas. Saya hanya mampu membantu apa yang termampu sahaja. Hendak membantu dari segi kewangan, saya sendiri masih belum bekerja. Ibu sakit, bapa pula terpaksa berhenti kerja demi menjaga ibu. Umpama sudah jatuh ditimpa tangga.

Apa-apa pun, semoga di Hari Raya Aidil Adha dengan segala pengorbanan yang ada ini. Dapatlah Allah meringankan segala dugaan yang datang ini, mengembalikan kecerian di dalam keluarga saya ini. Amin, salam Aidil Adha daripada saya. Terima kasih di atas sokongan anda semua selama ini.

Nota: Entri ini telah dikarang sebelum Hari Raya Aidil Adha, cuma lewat untuk dipaparkan di sini. Harap maaf di atas kelewatan ini sekali lagi.

Jadi pembaca kami! 

Pengarang...

Blogging With Passion - Menulis blog sekadar hobi dan bukannya sepenuh masa. Berkongsi dan mendatangkan hasil. Terima kasih.

38 komen… baca komen di bawah atau tambah komen

RedBoys 18 November 2010 at 7:09 am

apa2 pon harap bro bersabar ye.. pasti ada hikmah di sebalik semua ni..
Selamat Hari Raya Aidiladha buat bro dan family..
RedBoys recently posted..Flash Banner Percuma Sempena Aidil Adha

Reply

Mohd Isa 22 November 2010 at 8:39 pm

terima kasih bro, insyaAllah. aku akan cuba untuk terus bersabar, terus terang aku cakap. kadang-kadang tu aku hampir berputus asa. :(

Reply

madlut 18 November 2010 at 12:20 pm

semoga allah s.w.t mempermudahkan segala urusanmu wahai sahabat..

Reply

Mohd Isa 22 November 2010 at 8:42 pm

insyaAllah, mudah-mudahan begitulah hendaknya. amin, terima kasih.

Reply

Liena Yusop 18 November 2010 at 3:10 pm

When you have many kinds of troubles, you should be full of joy, because you know that these troubles test your faith, and this will give you patience.
Kadang2 Tuhan sembunyikan matahari, lalu Tuhan berikan hujan dan petir, kita tertanya2 ke mana hilangnya matahari…rupa2nya Tuhan berikan pelangi selepas hujan dan petir itu.
Harap bro byk2 bersabar.

Reply

Mohd Isa 22 November 2010 at 8:45 pm

mudah-mudahan begitulah hendaknya, semoga sinar akan menyusul tiba…terima kasih di atas kata-kata yg diberikan.

Reply

Azizwan 18 November 2010 at 8:42 pm

sedih aku baca entri ni dan entri yg sebelum ni.. berkaca mata aku dibuatnya.. kan best kalau aku ni bergelar jutawan atau paling kurang kerja kat mana2 jabatan yg berkaitan dengan kebajikan, sure dah lama aku tolong bro.. hopefully bro bersabar dan redha dgn ujian dr NYA.. banyakkan berdoa ;(

Reply

Mohd Isa 22 November 2010 at 8:55 pm

maafkan aku, aku tak berniat untuk menitiskan air mata sesiapa. cuma aku insan biasa, tiada tempat lagi untuk aku luahkan selain menulis. insyaAllah bro, aku akan cuba bersabar dengan sebaik mungkin.

Reply

Pisyek 18 November 2010 at 9:35 pm

selamat hari raya bro~ >.<
Pisyek recently posted..GoMobile Expo 2010

Reply

Mohd Isa 22 November 2010 at 8:57 pm

selamat juga untuk bro. :)

Reply

sazuwi 18 November 2010 at 10:03 pm

samer2 doakan agar Allah s.w.t permudahkan situasi saudara..
harap tabah dalam menghadapi dugaan nie..
sazuwi recently posted..Masa Nyata- Status Trafik Di Lebuhraya Utama Negara

Reply

Mohd Isa 23 November 2010 at 1:41 am

mudah-mudahan begitulah hendaknya, semoga Allah dapat mempermudahkan cabaran yg dihadapi sekarang ini dan menabahkan lagi hati ini. insyaAllah.

Reply

naz 19 November 2010 at 10:36 am

sentiasa berdoa bro ye. btw, bila nak lepak lg? sembang projek baru :D

Reply

Mohd Isa 23 November 2010 at 1:43 am

insyaAllah….aha, yg tu kena hold dlu. insyaAllah dalam bulan 12 aku turun sana. nnt aku roger jerk. dont worry.

Reply

Rohaya 19 November 2010 at 1:12 pm

Hi bro, kesedihan anda dapat saya rasakan…dan akan mendoakan agar bro sekeluarga tabah menghadapi ujian Allah ni….Ujian ni menunjukkan Allah sayang akan bro sekeluarga….

Reply

Mohd Isa 23 November 2010 at 1:44 am

terima kasih rohaya atas keperihatinan anda, semoga Allah dapat mengurangkan beban yang ada sekarang ini dan permudahkan cabaran yang dihadapi ini. terasa perit yang amat sekali.

Reply

Syafrizal 19 November 2010 at 11:08 pm

teruskan berdoa dan kuatkan semangat..
insya Allah Allah mendengarnya…
Syafrizal recently posted..Twitter dah ada fungsi analytic

Reply

Mohd Isa 23 November 2010 at 1:45 am

insyaAllah aku akan terus berdoa, terima kasih di atas sokongan yang diberikan. maaf lewat membalas.

Reply

Ayie 19 November 2010 at 11:54 pm

Dugaan yang anda terima sekarang ni telah ditetapkan oleh Allah S.W.T. Jadi kita sebagai seorang manusia haruslah menerimanya dengan redha. Sentiasalah berdoa kepadaNya
Ayie recently posted..Arak didalam kek

Reply

Mohd Isa 23 November 2010 at 1:49 am

insyaAllah aku akan terima dengan redhanya, aku mengerti setiap ketentuan daripada Ilahi. semoga apa yg aku hadapi sekarang ini mempunyai hikmah disebaliknya.

Reply

Nasrul Hanis 20 November 2010 at 8:58 am

semoga Allah mempermudahkan urusan bro sekeluarga.. Amin!

Reply

Mohd Isa 23 November 2010 at 1:49 am

terima kasih bro, mudah-mudahan begitulah hendaknya.

Reply

Nor Ain 20 November 2010 at 11:02 am

kesusahan adakah guru yang tbaik untuk mendidik kita mjadi insan yang tabah n kuat…jangan putus asa thadap rahmat-Nya pasti pertolongan-Nya akan datang.. ;)

Reply

Mohd Isa 23 November 2010 at 1:51 am

insyaAllah, saya akan lebih tabah untuk menghadapinya.

Reply

L@n@ aka Mak Budak 21 November 2010 at 5:33 pm

salam aidiladha .. semoga cekal menghadapi segala rintangan .. yg baik dtg dari allah , yg buruk dtg dari kita..
L@n@ aka Mak Budak recently posted..Top 8 “Nangs” in Innit Nuffnang

Reply

Mohd Isa 23 November 2010 at 1:53 am

salam aidil adha juga, insyaAllah saya akan lebih cekal menghadapinya. semoga Allah dapat meringankan masalah ini hendaknya.

Reply

samanosuke_04 22 November 2010 at 2:55 am

hehe, sabar bro.. aku xleh baca kisah2 camnie.. sedeyh, dahlaa aku dok jauh ngan parents.. hehe.. jom kita cari jalan cari duit bro! kite buat projek, aku bleh tolong XD
samanosuke_04 recently posted..Aidil Adha- Mari Berkorban…

Reply

Mohd Isa 23 November 2010 at 1:55 am

projek apa bro? aku mmg tgh cari jalan nak cari duit lebih skit, tapi maklumlah. aku ckp pun org bkn percaya, org ckp alasan biasa. modal bukan ada, padahal aku nak makan pun kadang2 pinjam org. sedih pun ada.

Reply

syahrilhafiz 22 November 2010 at 8:15 pm

teruskan segala urusan bro dulu dalam belajar..
dan banyakkan lah berdoa..Insyaallah..
pengorbanan bro di hari raya ini

salam aidiladha bro moh isa…

Reply

Mohd Isa 23 November 2010 at 1:56 am

insyaAllah bro, erk cam mana ng final? ok ke? jgn ngadap blog jerk.

Reply

syahrilhafiz 23 November 2010 at 7:53 am

wakaka…final dah abih daa..tengah tunggu result skank..
amin2 semoga boleh result terbaik..
blog err dah addicted lorh sekarang..hehe

Reply

Mohd Isa 23 November 2010 at 7:07 pm

haha, patutlah hepi semacam jerk
exam dah abis rupanya
kaw2 la men blog ni yerk

Reply

syahrilhafiz 24 November 2010 at 11:27 am

betul2 kaw…hehe
tapi idea nak update tu tarak~~~

Mohd Isa 24 November 2010 at 5:48 pm

aku idea nak update byk
tp malas nak mengarang byk2
hehe…

Reply

syahrilhafiz 24 November 2010 at 5:58 pm

bak satu nak karang kat sini..hoho
pasal SEO, memang la pengorbananku yg masih noob lagi…;)

Mohd Isa 24 November 2010 at 6:51 pm

boleh jerk, takda hal.
ko register je dlu kat blog aku
nnt aku up ko as author

Reply

hafizmd 23 November 2010 at 12:12 pm

aku doakan…moga dugaan yg ditanggung bro isa sekeluarga akan diringankan oleh Allah..dan diberi ganjaran dan nikmat yg lebih besar….ameen..insyaAllah…

harap bro tak putus asa…moge terus tabah…
hafizmd recently posted..Buat USD 5 pertama dari internet…

Reply

Mohd Isa 23 November 2010 at 7:11 pm

terima kasih bro, mudah-mudahan begitulah hendaknya. kadang-kadang tu aku sendiri hampir putus asa. semoga Allah dapat meringankan beban yang dialami sekarang ini. insyaAllah.

Reply

Hantar Komen

CommentLuv badge

Sebelum:

Selepas: