Nasi Lemak Bahayakan Kesihatan

by on December 16, 2012

bahaya nasi lemak

Nasi lemak merupakan makanan yang digemari oleh rakyat Malaysia, tetapi tahukah anda bahawa nasi lemak mampu membuatkan kesihatan anda terjejas. Jom ikuti artikel di mana makanan menggemukkan bahayakan kesihatan.

Rakyat Malaysia sememangnya sangat gemarkan makanan, lebih-lebih lagi makanan yang lazat seperti nasi lemak dan roti canai. Namun ramai yang tidak tahu makanan yang dimakan itu jika berlebihan akan menjejaskan kesihatan kerana kandungan seperti kalori, nutrisi dan lemak itu adalah salah satu punca penyakit.

Nasi Lemak Berkalori Tinggi

Nasi Lemak
Antara hidangan yang menjadi kegemaran seluruh rakyat Malaysia iaitu nasi lemak. Kandungan lemak dan kalori dalam nasi lemak itu sendiri adalah lebih kurang 450-500 kalori sepinggan dan belum lagi ditambah lauk-pauk yang lain, sekaligus menjadikan pengambilan kolesterol bertambah menjadi 1000 kalori sepinggan.

Kemudian roti canai, makanan yang juga menjadi kegemaran tidak kira waktu. Seperti sedia tahu, ia juga mempunyai kandungan kalori yang tinggi dan bagi menghilangkan kalori itu adalah ibarat berlari dalam tempoh 90 minit. Nasi goreng juga antara makanan yang menggemukkan kerana sepinggan nasi sahaja sudah mengandungi 630 kalori di dalamnya belum lagi ditambah dengan lauk yang lain.

ais krim
Ais krim juga menggemukkan walaupun ianya kecil dan nampak seperti tidak menggemukkan tapi hakikatnya kalori lemak dan gula di dalamnya juga tinggi iaitu dua skop ais krim mengandungi 350 kalori.

Selain itu makanan seperti mee kari dan juga makanan bergoreng juga mampu menjejaskan kesihatan kita kerana mempunyai santan dan juga berminyak. Cuba tukar cara masakan anda dengan merebus ataupun bakar kerana ini mampu megurangkan kandungan lemak dan minyak yang terkandung dalam makanan tersebut.

Selain itu, susu pekat manis, roti manis dan donat serta mayonis turut tersenarai mempunyai kandungan lemak, gula dan kalori yang tinggi. Kesemua jenis makanan ini tidak akan menggemukkan sekiranya kita bijak dan tahu mengawal kuantiti pengambilannya.

Sama ada kurang kuantiti yang diambil atau tidak makan langsung makanan itu, apa yang penting adalah mengawal pemakanan dan tahu sukatan kalori setiap makanan yang diambil.

Cuba bayangkan, hampir kesemua makanan kegemaran rakyat Malaysia mengandungi kalori berlebihan. Mungkin bermula saat ini kita perlu kurangkan makanan seperti ini agar dapat mengamalkan gaya hidup sihat.

ADVERTISEMENT

{ 8 comments… read them below or add one }

titan December 19, 2012 at 8:12 pm

tak leh. memang aku suka makan nasi lemak nih..lagi-lagi ada sotong..
titan recently posted..Komisen ke 5 dari Jobdirumah.com

Reply

Mohd Isa December 21, 2012 at 4:16 pm

haha, samalah kita bro. kena plak sambal sotong. terbaik tu. :P

Reply

titan December 25, 2012 at 10:25 pm

takpe. selalu lepas makan, petang tu aku jog setengah jam..pastu wat kardio sikit. cover balik. haha..
titan recently posted..Pemidato yang menghargai masa.

Reply

Mohd Isa December 27, 2012 at 12:35 pm

wah, kalah aku ni. fit habislah ni ye. hehe

Reply

titan January 1, 2013 at 12:05 pm

nak buat macam mana. kang tak dapat makan plakk..
titan recently posted..Tahun 2012. Sayonara.

Mohd Isa January 1, 2013 at 12:18 pm

yang penting amalkan gaya hidup yang sihat. :)

Reply

Mahamahu December 26, 2012 at 12:45 pm

Makanan kegemaran ni mcm mana nak buat bro hehehehe… tak leh tahan ni..
Mahamahu recently posted..Trailer Dari Zone Fear Factor Edisi Blogger

Reply

Mohd Isa December 27, 2012 at 12:35 pm

boleh je makan selalu, tapi biarlah amalkan gaya hidup yang sihat. selalu bersenam. :)

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: