myFriends2u.com

myFriends2u.com Laman Sosial Menarik Buatan Malaysia

oleh Mohd Isa pada November 1, 2010

Rasa bersawang pula blog kesayangan saya ini, mana tidaknya sudah masuk tiga hari saya tidak update dengan artikel terbaru buat anda semua. Maklumlah, saya juga insan biasa. Ada kehidupan dan tanggungjawab lain selain mengadap blog ini sahaja. Harap maaf.

Kali ini sekadar update pantas, kerana artikel saya seterusnya masih dalam pembikinan. Sekadar ingin berkongsi apa yang dibaca melalui majalah mengenai laman sosial buatan Malaysia yang menarik. Iaitu myFriends2u.com yang telah dibangunkan oleh NetXpert Sdn Bhd yang baru dilancarkan kira-kira empat bulan yang lalu.

Bagi yang sudah mengetahuinya, ceritalah sedikit mengenainya. Maklumlah, saya sendiri baru dapat tahu. Belum habis explore lagi orang cakap, GengWP dan ResmiPadi pun tak habis-habis lagi diuji oleh saya. Apa yang saya tahu mengenai pembacaan saya, myFriends2u.com telah dibangunkan sepenuhnya oleh orang kita.

Kiranya, myFriends2u.com ini sebagai alternatif laman sosial Facebook. Sekali pandang macam Facebook pun ada saya rasa. Tetapi apa yang menariknya, myFriends2u.com menawarkan My Places sebagai rujukan tempat-tempat menarik, My MarketPlace untuk orang ramai mengembangkan perniagaan dalam talian, My Career sebagai tempat carian pekerja atau mengiklankan diri di dunia kerjaya, U Life untuk mengumpulkan penuntut-penuntut universiti dalam satu tempat dan pelbagai lagi.

Menarik bukan, jadi apa tunggu lagi. Jom support buatan Malaysia, manalah tahu. MyFriends2u.com dapat pergi dengan lebih jauh lagi, boleh lawan Facebook ataupun Twitter. Siapa lagi nak support jika bukan kita, betul tak? :)

Promosi: Dapatkan Kupon Percuma Kugeeku yang bernilai sehingga RM50 sekarang juga dan anda berpeluang untuk memenangi SmartPhone Blackberry Curve serta tajaan produk Kugeeku.com klik banner di bawah:

Kupon Percuma kugeeku

Jadi pembaca kami! 

Pengarang...

Blogging With Passion - Menulis blog sekadar hobi dan bukannya sepenuh masa. Berkongsi dan mendatangkan hasil. Terima kasih.

53 komen… baca komen di bawah atau tambah komen

syahrilhafiz 1 November 2010 at 8:04 pm

betul3…support!!!
syahrilhafiz recently posted..Pic Profil Facebook SyahrilHafizCom Terbaru!

Reply

Mohd Isa 1 November 2010 at 8:25 pm

support, jangan tak support. haha

Reply

RedBoys 1 November 2010 at 8:42 pm

dua menjak ni bnyk plak laman sosial yg tumbuh.. tak terkawal nak support semuanya..

p/s: bro, ni theme thesis ker? bukan mahal ker?
RedBoys recently posted..NetKL – Penyedia Domain &amp Hosting Terbaik

Reply

Mohd Isa 1 November 2010 at 8:51 pm

itulah pasal, takpa. persaingan yg baik org kata. hehe

aha, thesis. memang mahal pun. :)

Reply

RedBoys 1 November 2010 at 8:57 pm

nak jugak theme thesis ni bro.. nak tgk koding2 dia jap.. leh ker?

Mohd Isa 1 November 2010 at 9:09 pm

erk, thesis theme tak sama dgn theme lain. sebab kita kena custom sendiri. aku bg kosong punya bolehlah.

Reply

RedBoys 1 November 2010 at 9:44 pm

aku tahu bro.. dgr kata juga thesis theme ni mesra SEO betul ker? kalau betul, patutla selalu bila aku search je blog bro first page atas sekali.. boleh bro.. bg jer dkt email..
RedBoys recently posted..NetKL – Penyedia Domain &amp Hosting Terbaik

Mohd Isa 1 November 2010 at 10:59 pm

okay, nnt aku send kat email ko. kalau ada masalah, tya jerk. aku leh ajar. hehe

Reply

RedBoys 1 November 2010 at 11:30 pm

okay bro.. thanks banyak2 ye..
RedBoys recently posted..NetKL – Penyedia Domain &amp Hosting Terbaik

Mohd Isa 2 November 2010 at 5:48 am

okay bro, aku dah send. belek2 la dlu yerk. kalau ada masalah tya lah. aku sedia membantu. :)

Reply

RedBoys 2 November 2010 at 3:17 pm

okay bro.. dah terima.. nak belek jap.. thanks ye.. kalau nak tnya, nak tnya kt ner bro?
RedBoys recently posted..NetKL – Penyedia Domain &amp Hosting Terbaik

RedBoys 2 November 2010 at 4:12 pm

giler bro.. aku tengok pening kepala.. huh.. dasyat betul theme ni.. nak belek theme ni amik masa bro..
RedBoys recently posted..NetKL – Penyedia Domain &amp Hosting Terbaik

Mohd Isa 2 November 2010 at 5:03 pm

kalau ada soalan, just add aku kat skype. id bloggerboy
kalau aku tak on9 skype, just tinggal komen kat sini jerk
tak pun send email kat aku
haha, tau takpe
ingat senang ke
erk, kalau ko nak edit
ko just edit kat custom editor bawah menu thesis tu
jgn ko edit coding dia plak

Reply

syahrilhafiz 2 November 2010 at 5:17 pm

ha taw tak pa..
sampai la ak tak sentuh apa2 lagi..
pening ooo..haha
syahrilhafiz recently posted..Pic Profil Facebook SyahrilHafizCom Terbaru!

RedBoys 2 November 2010 at 5:42 pm

aku send email je lah senang.. hehe.. bro pakai email mybands.emo ker?
ok2.. tapi bagus gak dia buat cm tu.. senang nak edit..
RedBoys recently posted..NetKL – Penyedia Domain &amp Hosting Terbaik

syahrilhafiz 2 November 2010 at 5:18 pm

sampai ko invite aku join aper.my no..haha
syahrilhafiz recently posted..Pic Profil Facebook SyahrilHafizCom Terbaru!

Reply

Mohd Isa 2 November 2010 at 5:20 pm

aper.my sapa punya plak?

RedBoys 2 November 2010 at 5:43 pm

haha.. aku just invite je.. ko tak usik lg ker? aku dah usik sikit2.. saja gatal tngn..
RedBoys recently posted..NetKL – Penyedia Domain &amp Hosting Terbaik

Mohd Isa 2 November 2010 at 5:47 pm

ok2, ko send email jerk
kalau ada masa aku reply
tp kalau nak chat lagi senang
pakai skype je la
benda lain dah kena block
hehe

Reply

RedBoys 2 November 2010 at 5:49 pm

email slalu on tak?
skype aku x de akaun..
FB aku dorang suspicious smpi x leh nak on..
aku yg lain pon x leh on gak..
RedBoys recently posted..NetKL – Penyedia Domain &amp Hosting Terbaik

Mohd Isa 2 November 2010 at 7:09 pm

aper.my tu menda apa? best ke?

Reply

RedBoys 2 November 2010 at 7:49 pm

aper.my tu laman sosial terkini.. aku ada buat review.. bro dah baca? kutip poin, redeem, jawab soalan dapat hadiah.. best gak ler..

Mohd Isa 2 November 2010 at 7:14 pm

email selalu ushar gak la
tapi rugilah kalau reply by email
lambat skit, maklumlah ambil masa skit nak buka email
kalau ko rajin buka la akaun skype satu
hehe

Reply

RedBoys 2 November 2010 at 7:46 pm

skype.. hurmm.. best ker? meh link aku nak ushar jap..
RedBoys recently posted..NetKL – Penyedia Domain &amp Hosting Terbaik

Mohd Isa 3 November 2010 at 1:07 am

search je skype, takpun masuk filehippo.
mudah dan pantas untuk share, boleh buat conference room, call dsb.
sbb skype pakai port 8580…

Reply

RedBoys 3 November 2010 at 1:33 pm

ok2.. nanti aku buka akaun.. kalau rajin.. haha..
RedBoys recently posted..NetKL – Penyedia Domain &amp Hosting Terbaik

Mohd Isa 3 November 2010 at 1:12 am

oic, aper.my tu sapa punya?
hadiah menarik tak? hehe
kalau menarik, aku nak join gak…
aku tak baca lagi pasal review tu…
jap aku g baca sekarang juga
hehe

Reply

RedBoys 3 November 2010 at 1:37 pm

aku pon x tahu.. syarikat mana ntah buat.. aku lupe..
hadiah menarik gak.. ade psp, handphone dan mcm2 lagik..
ok2..
RedBoys recently posted..NetKL – Penyedia Domain &amp Hosting Terbaik

Mohd Isa 4 November 2010 at 9:02 pm

haha, bilalah ko rajin nak buka akaun skype yerk. :P

Reply

Mohd Isa 4 November 2010 at 9:06 pm

aku dah join, tapi macam susah jerk nak join. nak kena rajin kumpul point and jawab soalan la. dahlah soalan tak berapa jelas. hehe, anyway…apa2 pun semoga berjaya bro untuk dapatkan PSP. hehe

Reply

RedBoys 5 November 2010 at 10:42 am

biasalah tu bro.. bro dah jawab ke soalan dia? aku tak usha lagi.. senang tak? hehe.. insya-Allah..
RedBoys recently posted..NetKL – Penyedia Domain &amp Hosting Terbaik

Mohd Isa 18 November 2010 at 1:32 am

dah join dah
cuma wat masa skg ni aku takda masa nak on9
sibuk jaga mak aku kat umah jerk
kat umah mmg takda tenet dah
ni pun lepak umah member jap

Reply

Mohd Isa 2 November 2010 at 5:19 pm

uiks, ko tak sentuh apa lagi?
patut la lepas aku bg
senyap jerk
haha

Reply

Amry 1 November 2010 at 8:38 pm

menarik function dia….terjahh….
Amry recently posted..InspiraSatu Inspirasi Atau

Reply

Mohd Isa 1 November 2010 at 8:48 pm

yurp, tp tak mesra lagi. kena explore lebih lg..hehe

Reply

RedBoys 1 November 2010 at 8:44 pm

best ke bro? aku tgk sama mcm FB je.. kot ye pon, ubah ler kaler sikit.. bina identiti sendiri..

Reply

Mohd Isa 1 November 2010 at 8:50 pm

aha, lebih kurang cam facebook la. caler cam twitter. hehe, takpa. benda baru lagi. lama-lama oklah tu.

Reply

Pisyek 1 November 2010 at 10:22 pm

mmg best la kalau ada sharing tempat2 yg menarik… yang jobless tu pulak boleh dapat kerja.. cun habis la.. :D
Pisyek recently posted..WebCamp 1001 – MindValley

Reply

Mohd Isa 1 November 2010 at 11:01 pm

itulah, kira beruntung dak2 zaman skg ni. hehe

Reply

aizuddin 2 November 2010 at 12:12 am

entah kenapa..bila dah ada facebook..aku macam dah tak pandang lain dah..huhu
aizuddin recently posted..Tutorial Cara Nak Buat Facebook Shoutbox Di Blog

Reply

Mohd Isa 2 November 2010 at 5:50 am

haha, samalah aku pun…tp kalau nak wat review…kena test gak..betul tak? hehe

Reply

madlut 2 November 2010 at 6:05 am

banyak sangat nak daftar nie..facebook dan twitter pun kadang2 tak terlayan, tapi kadang2 best jugak..

mana taw jumpa jodoh je, sebab orang2 malaysia je kan..hahaha

Reply

Mohd Isa 2 November 2010 at 2:49 pm

haha, samalah kita. tp aku byk refer pada facebook jerk, maklumlah. rakan2 lama smua ada kat situ. yg ni sekadar nak mencuba. :) amboi berhajat nak cari jodoh la ni yerk. hehe

Reply

ProfHariz 2 November 2010 at 2:14 pm

Support.. Tapi macam x best je.. Biasa pakai lagi fb ngan twitter :P
ProfHariz recently posted..Harga Petrol Ron 97 Naik 5 sen

Reply

Mohd Isa 2 November 2010 at 2:51 pm

haha, awal lagi. tu tak best lg. tak tau la esok lusa dah ok, makin mantap la jadinya kot.

Reply

hyprobulksms 2 November 2010 at 10:00 pm

Saya pun ada akaun myfriends2u tapi saya tak aktif, pengguna terlalu sedikit la setakat ni bro.
hyprobulksms recently posted..Teknik pemasaran MLM- jana trafik

Reply

Mohd Isa 3 November 2010 at 1:15 am

samalah kita, aku jarang jenguk gak. nak cari member kat sana pun tak jumpa. hehe

Reply

wazy 2 November 2010 at 10:02 pm

terbaik gak myfriends2u ni
100% hasil dari anak tempatan
kena support gak
wazy recently posted..Tentang Keyboard Komputer

Reply

Mohd Isa 3 November 2010 at 1:18 am

support bro
jgn tak support
tp maklumlah
benda baru
tak ramai yg guna lagi

Reply

Ayie 4 November 2010 at 6:39 am

Apabila buatan Malaysia itu jatuh dan kalah, pelbagai pihak katakan orang Malaysia ini tidak kreatif.

Pada pendapat saya, itu adalah salah sebab orang Malaysia sendiri tidak menyokong buatan Malaysia.
Ayie recently posted..Gambar-gambar yang menarik

Reply

Mohd Isa 4 November 2010 at 9:45 pm

benar tu bro, memang itulah hakikatnya keadaan di Malaysia sekarang ini. tambahan pula orang mentaliti orang Melayu sendiri, tidak mahu menyokong sesama Melayu. Malah menjatuhkan sesama sendiri. Bukan sekadar omong kosong, itu pengalaman aku sendiri.

Reply

ray ban 16 November 2010 at 12:11 am

just baru register tapi member2 aku xguna macam leceh pulak nak buka.
ray ban recently posted..Types lens use by Ray ban

Reply

ray ban 16 November 2010 at 12:13 am

Lagi satu kalau bukak banyak sanagt tab untuk laman sosail nampak serabut pulak
ray ban recently posted..Types lens use by Ray ban

Reply

Hantar Komen

CommentLuv badge

Sebelum:

Selepas: