baju melayu

Mengapa Lelaki Harus Pakai Baju Melayu

Baju Melayu merupakan pakaian tradisional orang Melayu yang khususnya dipakai oleh orang lelaki sejak dahulu lagi. Malah ianya sudah dipelbagaikan corak, rekabentuk dan macam-macam lagi agar ianya kelihatan lebih menarik dan menyerlah di mata orang ramai.

Tetapi jika dilihat zaman sekarang, amat sukar untuk melihat para jejaka memakai baju Melayu lengkap kecuali pada Hari Raya atau hari akad nikah beliau. Jika dipakai pun mungkin pada hari Jumaat sahaja, itu pun belum pasti lengkap bersama songkok dan sampin.

Bersempena Hari Raya yang bakal menjelma, saya ingin mengambil peluang ini untuk berkongsikan lima sebab mengapa orang lelaki perlu memakai baju Melayu.


5 Sebab Mengapa Lelaki Harus Pakai Baju Melayu

  1. Figure Flattering atau Kelihatan Serasi

    Anda tidak perlu risau baju Melayu sesuai untuk dipakaikan dengan tubuh badan anda. Ini kerana baju Melayu telah direka serasi dengan setiap tubuh badan lelaki, tidak kira kecil atau besar. Sehingga mampu kelihatan tegap seperti pahlawan Melayu, Hang Tuah. Paling tidak pun seperti pengantin baru.

  2. Beraneka Gaya

    Baju Melayu bukan untuk bangsa Melayu sahaja. Sesiapa sahaja tanpa mengira bangsa, umur atau status boleh memakai baju Melayu. Ingat lagi betapa tampannya Shah Rukh Khan apabila beliau mengenakan baju Melayu berwarna hitam?

    Shah Rukh Khan Pakai Baju Melayu

  3. Simbol Kepimpinan

    Lelaki yang memakai baju Melayu masih ingat akan asal-usul beliau. Beliau merupakan kombinasi tradisional dan moden pada masa sama. Baju Melayu merupakan pakaian pilihan para pemimpin, oleh itu PM dan Menteri akan berpakaian baju Melayu lengkap sebelum menghadap Agong. Apabila anda memakai baju Melayu, pasti ciri-ciri kepimpinan terserlah.

  4. Faktor Menarik Meningkat Sekurangnya 95 %

    Kita sedia maklum bahawa para jejaka kelihatan lebih kacak apabila mengenakan suit. Tetapi tahukah anda apabila seorang lelaki memakai baju Melayu, beliau akan kelihatan lebih menarik dan kacak.

  5. Menarik Perhatian Gadis

    Siapa yang tidak sukakan seorang jejaka yang mengenakan baju Melayu? Jika jejaka yang memakai suit boleh membuatkan gadis malaya jatuh cinta, apatah lagi jejaka yang memakai baju Melayu. Seorang lelaki yang memakai baju Melayu mampu membuatkan seorang gadis kahwini beliau!

Jadi apa lagi, jangan tunggu Hari Raya baru ingat nak pakai baju Melayu. Paling tidak pun, kita pakai setiap hari Jumaat di waktu ke pejabat ataupun ke kuliah. Pasti akan kelihatan lebih menarik dan tampan. Apatah lagi mampu menarik perhatian para gadis. :p Baju Melayu

• Meet the Author • Mohd Isa


Blogging With Passion - Menulis blog sekadar hobi dan bukannya sepenuh masa. Berkongsi dan mendatangkan hasil. Terima kasih.


23 comments… add one

Don’t Be Shy » Leave a Comment!

CommentLuv badge