Selaras dengan perkembangan dunia blogging di Malaysia, aku juga tidak mahu ketinggalan di dalam dunia yang penuh pancaroba ini. 20 Julai yang lalu genaplah setahun usia Kotak Minda di dalam dunia blogging ini. Blog yang membawa informasi teknologi dan gajet buat anda semua.
Selama setahun jugalah pelbagai masalah yang aku hadapi untuk membangunkan Kotak Minda ini. Termasuklah dari segi mencari hala tuju sesebuah blog untuk menentukan isi yang bakal ditulis atau lebih dikenali sebagai niche. Sehingga kini, Kotak Minda telah mempunyai pagerank yang boleh dikatakan agak baik juga iaitu dengan PR3.
Sehinggalah satu ketika, Kotak Minda menghadapi masalah hosting dan semua data iaitu entri dan komen dari pembaca tidak dapat diselamatkan. Syukur alhamdulillah dengan bantuan daripada Kak Jie dan saudara Ilham, Kotak Minda terus kekal sehingga sekarang dengan mengalami beberapa perubahan sedikit.
Oleh yang demikian, aku dengan bebesar hati ingin menjemput kepada sesiapa sahaja yang berbakat dalam menulis sebarang artikel berbentuk ulasan, tips dan tutorial untuk menjadi penulis sampingan di Kotak Minda. Kepada yang berminat bolehlah terus menghubungi di Twitter ataupun Contact.
Bagi yang bermurah hati, bolehlah membantu aku mempromosikan Kotak Minda ini tidak kira dalam bentuk apa pun. Bagi yang mempunyai blog bolehlah menulis sedikit ulasan mengenai Kotak Minda di entri korang, kalau ada ruang iklan percuma. Tawarlah dekat aku, aku nak juga pasang banner Kotak Minda di blog korang.
Nota Kotak: Semoga korang semua sudi memberi support kepada aku agar dapat terus memantapkan lagi Kotak Minda ini.


{ 20 comments… read them below or add one }
semoga Kotak Minda makin maju jaya di arena blogging tanah air
x-po recently posted..NIAT JADI PLAYBOY-PLAYGIRL SEMATA-MATA MAHU DAPATKAN YANG TERBAIK KE
thanks bro, jangan lupa support aku selalu yerk. hehe
tahniah dan semoga maju jaya dengan Kotak Minda hehe
terima kasih, hope berjayalah projek aku kali ni. hehe
Insya Allah kena istiqamah dan up to date
Syafrizal recently posted..Awas! Teh tarik dicampur lemak babi
InsyaAllah, mudah2an begitulah hendaknya. Amin
Ia kotakminda di hatiku. selamat berjaya dan tahniah.
digitalproduk.com recently posted..Blog sebagai alat pemasaran dan promosi produk
terima kasih, semoga adanya kotak minda ini dapat membantu anda untuk mencari gajet terbaru dan mengetahui info teknologi terbaru.
bro contact atau cotact tu
denaihati recently posted..Taat kepada pemimpin yang dipilih majoriti
uiks, typo la plak. jap2, nak betulkan. thanks bro.
Aku sentiasa support kotak minda ni,semua info yang ada di situ amat bermanfaat,keep it up bro
wazy recently posted..Apabila Bos Sengal…
terima kasih bro, insyaAllah aku akan cuba yang terbaik.
bkn taknak tolong.. tp blog sendiri pun tak terjaga ni.. haha..
ezany recently posted..Pertandingan Cerita Berilhamkan Lagu
haha, its ok. janji tolong support jadi la.
mohdisa recently posted..Keindahan Pantai Ciptaan Tuhan
biar minda aku tak bercelaru sudah.semoga terus kekal dalam arena blogging ye Kotakminda.
Ali ridha recently posted..Makan nasi lemak ikan gulai
terima kasih
tak pernah layan lah pulak kotak minda ni..hehe
haha, layanlah bro. support teman.
semoga berjaya teman2 semua
terima kasih teman
{ 1 trackback }