Kad Raya Digital Percuma

Koleksi Kad Raya Digital Percuma Buat Anda

Hari Raya Aidil Fitri sudah semakin hampir, tinggal beberapa hari sahaja lagi kita berpuasa. Bagi yang sudah tertianggal puasa atas sebab-sebab tertentu jangan lupa ganti balik puasa tu. Jadi elok rasanya saya kongsikan koleksi kad raya digital percuma buat anda semua.

Maklumlah, zaman sudah berubah dengan perkembangan teknologi yang pesat di muka bumi ini. Pasti yang kesibukkan untuk membeli kad raya buat teman, sahabat, rakan dan keluarga. Dengan kad raya digital ini lebih mudah, pantas dan mengurangkan kos. Tidak perlu setem dan tidak perlu ke pejabat pos.

Di sini saya sediakan dua link koleksi kad raya digital percuma untuk anda hantar kepada rakan-rakan, keluarga dan kenalan melalui email. Apa yang menariknya, kad raya digital ini juga disertakan lagu. Menarik bukan, apa tunggu lagi. Hantarlah kad raya digital banyak-banyak kepada rakan, keluarga dan kenalan anda sekarang juga.

Kad Raya Digital Percuma – Free Online Greeting Cards
Kad Raya Digital Percuma – The Star Online e-Card Centre


Selain itu juga, anda boleh dapatkan Kad Raya Kartun Ramadhan & Syawal daripada kartunis terkenal Malaysia iaitu Ubi. Tetapi yang ini lagi menarik, boleh MMS sahaja. Tapi yang tidak menariknya, dikenakan bayaran. Tetapi murah sahaja, anda boleh dapatkan ia di Kad Raya Kartun Ramadhan & Syawal Ubi.

Bagi yang rasa berbesar hati untuk menghantar kad raya digital kepada saya, bolehlah emailkan kepada saya di mohdisa[at]live.com

Nota Raya e-Card: Menghitung hari untuk mengetahui keputusan SEO Contest HIDUP SEORANG BLOGGER. :)

• Meet the Author • Mohd Isa


Blogging With Passion - Menulis blog sekadar hobi dan bukannya sepenuh masa. Berkongsi dan mendatangkan hasil. Terima kasih.


29 comments… add one

  • Nice sharing bro… <3

    Reply
    • thanks bro, saja selak2 cari idea nak wat kad raya ni. terjumpa plak koleksi yg boleh dikongsikan. hehe

      Reply
  • Lama tak hantar kad raya neh kan. Rindu zaman-zaman kad raya kertas. baru ada nostalgia.. <– betul ke? hehe..

    Reply
    • tahu takpa bro, dulu rajin hantar kad raya pada kawan-kawan. dapat kad raya dari kawan-kawan, indah sgt rasanya. sekarang ni, kad raya digital jerk. esk lusa ilang terus. haha

      Reply
  • hehe… kenangan waktu “kad raya original” gak yang mantap.. hehe
    mrnamie recently posted..Bermain Mercun

    Reply
    • tahu takpa, itu lagi best. siap gantung-gantung lagi kat umah. haha

      Reply
  • Masih menanti kad raya original dari kawan-kawan, tahun ni dapat sikit kot, sebab setem dah naik jadi 50 sen

    Kad raya digital maleh nak send, aku buat tempek kat blog je raya nanti hehe
    Rjuna recently posted..Suatu Masa

    Reply
    • haha, aku lagi la. tak dapat lansung kot. member2 takda 50sen kot. haha

      samalah kita, wat tempek kat blog ng fb sudah. :)

      Reply
  • kad raya jrg ak dpt..tp mesej raya mesti bertalu-talu masuk mlm raya nanti..haha
    Napie recently posted..Selamat Hari Kemerdekaan Ke-53- Merdeka!

    Reply
    • haha, itu sudah menjadi kepastian. malam raya sediakan space untuk msj masuk je. pastu ready to forward. :)

      Reply
  • salam sahabat..
    nampaknya kad raya yang lama sudh lama d tinggalkan huhu..

    zaman moden..
    semua ada by mms, sms, e-card sesumgguhnya masa itu pt merubahkan sesuatu keadaan ya

    Reply
    • salam, nampaknya begitulah. perubahan yang mengikut masa. :)

      Reply
  • oh ingatkan free :P
    x-po recently posted..TERUKKAH HIDUP SEBAGAI SEORANG BLOGGER

    Reply
  • He he… aku ada terjumpa seorang mamat jual kad raya kat kompleks PKNS, kesian macam takde org beli.. Org dah melupakan kad hari raya dan diganti dengan kad elektronik..

    Anyway… thanks bro..
    zoul recently posted..Proton Waja Lancer Baru

    Reply
  • Zaman sekarang dah berubah,bagi ecard lagi mudah dn cepat,kad raya nak kena modal,lau hantar jauh nak kena stem lagi,hrga stem pn dah naik sekarang…huhu…tpi pada aku dapt kad raya lagi seronok,sebab boleh simpan wat kenangan..

    Reply
    • betul tu, zaman dah berubah. jarang kita nak jumpa orang pakai kad raya dah sekarang ni. kebanyakkan pakai e-card sahaja, paling koman pun sms sahaja. tapi tulah, bagi aku kad raya juga memberi kepuasan.

      Reply
  • kad2 ni sume tak sebest kad yg kita beli senirik..hehe
    aizuddin recently posted..Tanda-Tanda Malam Lailatul Qadar

    Reply
    • betul tu, kad raya juga ada sentimental value tersendiri. :)

      Reply
  • dah lama aku x dpt kada raya dan dah lama jgk x utus kad raya..semua main sms je.hehehe

    Reply
  • wah nice sharing..nak hantar ecard ni kat emel memeber nanti nati
    ishak recently posted..Happy birthday ishak hasimi

    Reply
  • kalau hantar manual cara lama wah nampak lagi klasik tu… namun setem pun sudah naik harga sekarang ni…

    Reply
  • hehe aku dapat kat raya dari Mokteh, Isa..dia suruh aku banyak bersenam hehe..syok juga dapat kad raya manual..E-card Raya unutng sebab memudahkan kerja bagi pengguna internet dan cepat…

    Reply
  • whoa, takde kad raya untuk aku ke bro?

    Reply
  • thanks for sharing…
    =)

    Kiriman dari Sarawak

    Reply
  • menarik nice sharing bro
    sunglasses recently posted..Used ray ban

    Reply

Don’t Be Shy » Leave a Comment!

CommentLuv badge